SPX Meraikan Pemerkasaan Wanita

Friday 22 September 2023

SPX Meraikan Pemerkasaan Wanita | Kurier e-Dagang mengambil 40 kali ganda pekerja wanita sejak dua tahun lalu

SPX, pembekal perkhidmatan penghantaran kumpulan SEA dengan 118 hab di seluruh negara meraikan dua tahun memperkasakan wanita dan merapatkan jurang jantina dalam industri kurier yang secara tradisionalnya dikuasai lelaki. 

Sejak 2021, SPX telah mengatasi pesaingnya dengan memperkenalkan inisiatif terangkum di tempat kerja dan meningkatkan pekerja wanita sebanyak 40 kali ganda dalam pelbagai peranan pengurusan seperti penyelia, ketua hab dan ketua syif. Ini termasuk di bahagian operasi seperti pengisihan, penghantar dan penunggang. Kini, sebanyak 13% penghantar dan 40% pengisih adalah wanita. SPX juga satu-satunya rakan kongsi kurier e-dagang di Malaysia yang diterajui pengarah wanita, Cheah Lee Sun.

“Saya mengalu-alukan wanita penghantar di seluruh negara kerana tidak memandang industri ini dipelopori lelaki. Tiada pekerjaan yang terlalu berat bagi wanita di sini, sama ada tugas itu memerlukan mengangkat barang berat atau memandu kenderaan komersial. Semua orang dialu-alukan, dalam semangat keterangkuman dan memberi sokongan kepada peningkatan kemahiran bakat tempatan di komuniti yang kami beroperasi,” kata Lee Sun, Ketua SPX.

Polisi Terbuka di Seluruh Syarikat untuk Tempat Kerja Lebih Selamat

Lee Sun berkata, mendapatkan kapasiti logistik tambahan pada kemuncak kempen e-dagang boleh menjadi sangat kompetitif. Dia turut melawat hab-hab SPX, kemudahan pengisihan dan gudang. Malah, Lee Sun turut mengikuti penghantar lelaki dan wanita bagi memastikan setiap pekerja diberi layanan sama rata, seterusnya memberi maklum balas untuk mempertingkatkan prestasi. SPX telah melaksanakan inisiatif Polisi Terbuka bagi pekerja melaporkan isu berkaitan integriti atau gangguan tanpa perlu mendedahkan nama pengadu. 

Siti Sakinah Yusof, 33, mula bertugas sebagai penyelia kontrak di hab Kuala Terengganu Selatan. Berpegang teguh kepada integriti dan beretika melayakkan dia diserap sebagai pekerja tetap dengan SPX. Sebagai ibu kepada tiga anak, Siti Sakinah menjadi contoh mewujudkan persekitaran pekerjaan yang positif dan boleh dipercayai. “Wanita harus tahu bagaimana untuk melindungi diri dan jangan teragak-agak untuk menegur individu dengan tingkah laku yang tidak beretika," katanya.

Fleksibiliti Kerja Memacu Prestasi Lebih Baik

Sebagai pelatih Program Pemangku Pengurus Kawasan, Nadiah Mohd Shukor, 34, menjaga kebajikan pekerja wanita yang mempunyai anak-anak di hab seliaan di Hulu Langat, Balakong, Serdang, dan Titiwangsa. “Saya memastikan mereka mengambil cuti apabila anak sakit, rehat tengahari dan makan secukupnya ketika kerja, walaupun pada waktu kemuncak," katanya. Sebagai ibu kepada tujuh anak, Nadiah memahami keperluan segelintir pekerja wanita dengan dua pekerjaan yang perlu bekerja mengikut syif. 

Lee Sun menyokong usaha tersebut yang memperkasakan wanita dengan memberi kelonggaran untuk menguruskan jadual penghantaran sambil membina kerjaya sendiri. Ketika bekerja sebagai penghantar SPX, golongan ibu boleh menghantar anak-anak ke sekolah sambil menguruskan penghantaran bungkusan sebelum syif tamat.

Menghantar Dengan Lebih Empati

Hasil daripada dasar pengambilan pekerja yang inklusif, terdapat budaya pematuhan dasar, disiplin dan pembinaan komuniti yang menggalakkan di SPX. “Lebih berhati-hati dalam mengendalikan bungkusan dan mengingati pelanggan setia kami merupakan sikap yang diterapkan oleh wanita yang bertugas di semua kawasan kami. Berdasarkan pemerhatian ketika mengikuti mereka bertugas, saya dapati mereka lebih bersabar, sopan dan mengambil berat terhadap orang di sekeliling,”' kata Lee Sun.

Ruzita Puzi, 45, mempunyai 20 tahun pengalaman kerja dalam industri kurier dan dia berazam untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk wanita di Kedah di hab Alor Setar. “Saya mahu wanita dari semua lapisan masyarakat untuk percaya kepada diri sendiri kerana mereka juga boleh berjaya, sama ada dalam perniagaan atau memegang peranan kepimpinan dalam syarikat. Sebelum ini, hab tersebut tiada pekerja wanita. Kemudian, kami mengupah dua wanita untuk bekerja sebagai pengisih dan berharap dapat mengambil lebih ramai wanita untuk menutup jurang jantina,” katanya.

Sementara itu, sempena sambutan Hari Malaysia, penghantar SPX di seluruh negara berganding bahu untuk menghantar sebanyak 15,000 buku percuma berjudul Unveiling Malaysian Gems kepada pelanggan tetap sambil mengibarkan bendera negara dan mengambil gambar. Buku ini mengetengahkan perniagaan milik wanita di setiap negeri dengan segelintir mereka menyokong wanita  dalam komuniti dengan mengupah dan memasukkan ke dalam perniagaan yang diusahakan.

*****************************

About SPX

Launched in 2020, SPX offers reliable and cost-effective delivery services across Southeast Asia, supporting SMEs, brands, and sellers. In Malaysia, it operates a nationwide network of delivery centers across 118 hubs. SPX continues to innovate its services, introduce new technologies, and develop local talent to serve customers better in the country. https://spx.com.my/

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.