SEPAHTU REUNION LIVE TOUR TAWAN JOHOR BAHRU OKTOBER INI!

Friday 22 September 2023

Selepas mendapat sambutan yang hangat pada tahun lepas, Astro kini kembali menjelajah bersama Jep, Rahim, Pak Ya dan Ebby Yus dalam Sepahtu Reunion Live TOUR 2023 bermula Oktober ini. Aktif sebagai pelawak dalam industri hiburan buat hampir sedekad menjadikan Sepahtu sebuah nama yang tersohor sehingga mampu mempunyai pengikut-pengikut tegar di seluruh negara. Apatah lagi penjelajahan pertama yang dilakukan mereka pada tahun lepas telah mendapat sorakan yang kuat serta reaksi yang memuaskan daripada para peminat yang sanggup hadir ke lokasi-lokasi penjelajahan dari jauh semata-mata untuk menyaksikan persembahan mereka secara LIVE.

Menyahut permintaan para peminat yang ingin melihat mereka beraksi sekali lagi, Astro kini menyambung penjelajahan ini buat kali kedua bersama-sama dengan warga Johor Bahru. Jep, Rahim, Pak Ya dan Ebby Yus bakal membawa gelagat-gelagat mereka dalam variasi sketsa dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk meluangkan masa bersama para peminat serta sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan mereka.

Sepahtu Reunion Live Tour 2023 akan berlangsung selama dua hari di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru pada 6 dan 13 Oktober 2023, membawa pelbagai sketsa dan lakonan spontan tetapi padat dengan pengajaran berdasarkan isu-isu semasa.

Elemen istimewa yang digemari para penonton menerusi penjelajahan ini adalah konsep interactive yang dibawa dengan mengadakan sesi bersama para penonton seperti membalas pickupline atau menyertai persembahan mereka, selain menampilkan rakan-rakan selebriti popular dan tetamu undangan misteri yang akan membuat kemunculan dalam sketsa mereka.

Aktiviti kemuncak yang dikekalkan daripada penjelajahan pertama adalah pemilihan pakaian mengikut tema paling menarik di kalangan penonton yang hadir iaitu dalam The Best Audience OOTD serta pencarian penonton yang paling berbakat untuk menyertai mereka di atas pentas.

Ketua Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh, berkata “Reaksi, sorakan dan tepukan yang diberikan ketika penjelajahan pertama bersama Sepahtu pada tahun lepas memberi inspirasi kepada kami untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti bersama para peminat. Ternyata ramai yang ingin menyertai penjelajahan ini untuk berjumpa dan meluangkan masa bersama mereka.

Oleh kerana sambutan di Johor tahun lepas amat mengagumkan, tahun ini kami akan berada di Johor Bahru selama dua hari. Kami juga ada merancang untuk ke negeri-negeri yang lain dan pastinya berita gembira itu akan diumumkan kemudian. Kami berharap para peminat yang tidak berpeluang untuk hadir pada tahun lepas dapat menyertai penjelajahan kali ini. Akhir kata, pihak Astro tidak sabar untuk bersama-sama peminat-peminat komedi dan pelanggan-pelanggan Astro di Johor Bahru”, tambah Norzeha.

Sepahtu Reunion Live TOUR 2023 ini akan berlangsung pada setiap hari Jumaat, bermula pada pukul 8.00 malam. Para peminat yang ingin menonton Sepahtu secara LIVE di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru boleh mendapatkan tiket di http://t2u.asia/e/32538 dengan harga RM250 (Zone 1), RM100(Zone 2), RM100 (Zone 3), RM80 (Zone 4) dan RM40 (Zone 5). Bagi pembelian tiket di Zone 1, mereka akan mendapat hadiah eksklusif Sepahtu Reunion Live Tour iaitu Payung Ekslusif dan woven bag.

Eksklusif untuk para pelanggan Astro, mereka boleh melanggan masuk menerusi aplikasi My Astro untuk menebus tiket secara percuma. Tiket adalah terhad kepada 5 tiket bagi setiap akaun. Sepahtu Reunion Live TOUR 2023 akan menjelajah ke Johor Bahru pada 6 dan 13 Oktober ini di Stadium Tertutup Arena Larkin, jam 8.00 malam. Persembahan penjelajahan ini juga akan ditayangkan secara langsung di Astro Warna (Saluran 107) pada hari dan masa yang sama. Para pelanggan juga turut dapat strim rancangan ini menerusi On Demand di Astro Box dan Astro GO.

3 comments

  1. Menawan sampai ke Johor pula ye..

    ReplyDelete
  2. Nak tanya budak2 bole x masuk tgk sepahtu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak umur berapa ye? Organizer kata tak ada had umur kecuali infant age

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.