Drama Review | Forensik (2021)

Sunday 3 September 2023

Pengarah: Faisal Ishak, Lee Thean Jee

Penulis Skrip: Umie Isa

Pelakon: Yuslina Yusof, Fauzie Laily, Hamidah Salim, Erwin Dawson, Sharon Ismail, Wan Hanafi Su, Siti Hajar Gani, Erika Huey Tan, J Kishan, Awad Salim Ramli, Zachary Pang, S Siva Kuma, Danian Saravanan 

Syarikat Produksi: Weiyu Films

Penyiaran: Saluran 5 (Singapura), Toggle (Singapura), Astro Citra, Astro Go, Astro on Demand, Netflix 

Genre: Jenayah / Drama / Aksi

Jumlah Episod: 8 Episod (40 minit setiap episod)

Tarikh Tayangan: 10 Mei 2021

Trailer : N/A

Naskhah Forensik adalah spin-off dari drama Code of Law yang popular di Singapura. Mengisahkan tentang ketua pasukan forensik bernama Juliana Hamid (Yuslina Yusof) yang baru saja pulang dari UK setelah menamatkan pengajiannya dan bertugas di Singapura di bawah kelolaan Superintendent Audrey Soh (Sharon Ismail). Juliana juga bekerja bersama Inspektor Razali (Fauzie Laily) yang tegas. 

Pertama kali berjumpa pun dah ada perbalahan kecil antara mereka berdua sampaikan Juliana rasa susah untuk bekerjasama. Nasib baik Razali jenis cepat angin, cepat juga cool down jadi perkenalan mereka dari rakan sekerja bertukar menjadi cinta. Superintendent Audrey Soh dah boleh hidu percintaan mereka berdua tapi tak menghalang pun sebab kedua-duanya bagus bila masuk bab kerja. 

Dalam masa yang sama, Ayah Kamal (Wan Hanafi Su) perasan isterinya, Siti (Hamidah Salim) mula menjadi pelupa sampai mula mengganggu rutin seharian mereka sekeluarga. Kerap juga Puan Siti hubungi Juliana semasa waktu kerja sampai anaknya naik risau. Bertambah lagi satu konflik keluarga bila Juliana tergerak hati untuk buka semula fail siasatan kemalangan arwah ayah kandungnya 19 tahun lepas. 

Setiap episod dalam drama Forensik mengisahkan satu jenayah yang berlaku kecuali episod berjudul Elly yang mempunyai dua bahagian. Naskhah Forensik ni bukan saja terhad pada thriller dan misteri tapi sarat juga dengan drama menerusi konflik yang wujud dari barisan pelakon utama. Kalau Juliana dengan konflik keluarga, Superintendent Soh pula dengan misi dia untuk satukan kembali Mariam dan anaknya, Iskandar. 

Tak kurang juga dengan elemen komedi yang wujud dari watak Inspektor Razali yang angau jatuh cinta terhadap Juliana. Keliru dengan kes jenayah yang disiasat tak seteruk keliru dengan perangai Juliana. Staff Sarjan Farid (Erwin Dawson) geleng kepala tengok perangai ketua dia tak tentu arah. Pegawai-pegawai dekat Jabatan Forensik pun sama naik je membahan Inspektor Razali. Even Isaac yang baru masuk pun dah nampak drama merajuk Juliana. 

Momen Rzali dengan Juliana sweet jugak sebab tu lah kot pengarah tak kisah masukkan banyak love angle mereka berdua. Chemistry Yuslina dengan Fauzie membantu menghidupkan kisah cinta dua pegawai super dalam dunia Forensik.

For me, drama Forensik ni seronok lah dilayan secara santai sebab drama ni tayang dekat TV jadi penulisan dia pun ringan tapi berisi. Nampak lah penulis buat homework sebab banyak ilmu dan fakta dikongsi dalam perbualan antara watak tanpa nampak seperti baca teks. Setiap episod pun ada pengajarannya tersendiri tanpa nampak preachy.

‘Sedih kan? Bila salah satu daripada kita ditangkap atas kesalahan jenayah. Dia seorang kawan yang baik, peramah, kelakar, suka tolong orang.’ 

Yang kurangnya bila pelakon extra untuk setiap episod tak berapa pandai berlakon. Nak pamerkan muka bersalah atau takut pun tak mampu. Filter yang digunakan untuk beberapa babak pun tak berapa cun sangat tapi okay lah sebab bajet rendah. Sepanjang layan drama Forensik ni rasa janggal dengar perbualan semua watak sebab ada masanya guna bahasa baku tapi nak sembang lebih pun tak boleh sebab tak tahu sangat slang orang Singapura macam mana. 

Nevertheless, I suka drama Forensik ni sebab jalan cerita berkisar penyiasatan jenayah dipaparkan dengan baik, seimbang juga dengan konflik peribadi beberapa watak. Tak pasti kalau produksi ada plan untuk buat musim kedua tapi yang pastinya drama ni layak dikembangkan lagi. 

p/s: Dekat Netflix tak ada siri asal Code of Law

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.3/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.