Movie Review | Jaane Jaan (2023)

Tuesday 26 September 2023


Director: Sujoy Ghosh
Writers: Sujoy Ghosh, Raj Vasant
Cast: Kareena Kapoor Khan, Jaideep Ahlawat, Vijay Varma
Production Companies: Balaji Motion Pictures, 12th Street Entertainment, Kross Pictures, Boundscript, Northern Lights Films
Distributor: Netflix
Genre: Crime / Thriller
Running Time: 139 minutes
Release Date: 21 September 2023
Trailer :


Naskhah thriller terbaru arahan Sujoy Ghosh diadaptasikan dari novel popular Jepun berjudul The Devotion of Suspect X karya nukilan Keigo Higashino. Sebelum filem Jaane Jaan, ada beberapa filem adaptasi juga dari novel yang sama – Suspect X (2008) filem Jepun, Perfect Number (2012) filem Korea Selatan, Dhrisyam (2013) filem Malayalam, Dhrisyam (2015) filem Hindi, The Devotion of Suspect X (2017) filem China dan Dhrisyam (2019) versi Tamil.

Filem Jaane Jaan mengisahkan tentang Maya D’Souza (Kareena Kapoor Khan) yang melarikan diri dari suaminya, Ajit Mhatre (Saurabh Sachdeva) selepas dijual kepada kelab malam untuk bekerja sebagai penari tiang. Dari nama asalnya Soniya (Uditi Singh) bertukar kepada Maya D’Souza dan bekerja sebagai pemilik restoran di Kalimpong. Maya membesarkan anak perempuan tunggalnya bernama Tara (Naisha Khanna) yang cantik dan aktif dalam sukan. 


Entah bagaimana selepas 14 tahun Ajit berjaya menjejak Maya dan Tara di Kalimpong. Tujuan utamanya bukan berniat baik sebab Ajit nak jual anaknya kepada kelab malam, sama seperti dia jual Soniya dulu untuk langsaikan hutang dadah. Tak mungkin Maya nak perkara yang sama terjadi kepada Tara. Akibat pergelutan mereka pada malam tersebut, Ajit mati tanpa sengaja. 

Jiran sebelah rumah Maya, Teacher Naren (Jaideep Ahlawat) datang untuk membantu selesaikan masalah dua beranak tersebut. Mereka tahu tak lama lagi pasti ada polis yang akan mencari Ajit jadi masa untuk Naren dan Maya tersangatlah suntuk di pekan yang kecil tersebut. Inspektor Karan Anand (Vijay Varma) ditugaskan untuk mencari Ajit untuk kes dadah terpaksa selesaikan misteri pembunuhan pula. 


Maya yang menjadi target utama Karan cuba berlagak tenang dan menurut saja apa yang diajar oleh Naren. Berjaya tak Maya dan Tara keluar dari kemelut ni kena tengok sendiri lah di Netflix. 

Sebelum ni tahu tentang Jaane Jaan dari IG Bebo sebab dia selalu update shooting dekat mana. Excited la bila tengok Bebo berlakon dengan Vijay Varma dan Jaideep Ahlawat sebab gabungan co-star baru. Tengok diorang dua pun dah tahu, filem ni intense and dark sebab genre filem diorang pun ke arah tu. 


Nak kata filem Jaane Jaan ni dark thriller pun tak juga sebab Sujoy Ghosh olah dalam template yang ringan sedikit bila dia lebih ketengahkan kisah cinta Teacher Naren terhadap Maya dan bawa masuk love angle antara Karan dan Maya. Tak sangka pun chemistry Bebo dengan Vijay menjadi walaupun momen duo ni tak banyak. Tapi bila muncul, jadi tersengih sendiri sebab sweet. Favorite scene haruslah dekat kelab karaoke bila Maya menyanyi lagu Jaane Jaan. 

Ramai terkejut Bebo boleh berlakon dalam filem thriller macam ni padahal banyak je movie Bebo yang intense macam ni. Aitraaz, Heroin, We Are Family, Talaash, Chameli dan banyak lagi. Ramai yang stuck dengan persona Poo dan Geet sampai tak tahu bakat Bebo lebih dari tu. Setakat watak Maya ni bukan sesuatu yang susah pun untuk dia. 


Nothing much pun untuk watak Karan, senang sangat untuk Vijay carry dan deliver dengan cemerlang. Yang mencuri tumpuan dalam filem Jaane Jaan adalah Teacher Naren yang misteri dan pendiam. Rutin seharian dia adalah pergi beli makanan di restoran kepunyaan Maya, pergi ke sekolah untuk mengajar kemudian aktif Jiu Jitsu pada waktu malam. Kebanyakan masanya juga dihabiskan untuk jawab soalan Matematik. 

Orang yang pendiam ni lah yang lebih menyeramkan sebab kita tak boleh baca pemikiran dia. Sama juga dengan watak Naren yang cerdas dan pandai memanipulasikan situasi menggunakan ilmu matematik. Mudah juga untuk dia bila Karan adalah rakan sekelas jadi dia tahu strong point inspektor polis tu. Kalimpong juga tempat tinggal dia, mudah untuk cari tempat hapuskan bukti. 


Filem Jaane Jaan tak ada elemen misteri tentang pembunuhan tapi lebih kepada macam mana cara watak-watak utama nak lari dari ditangkap sebagai penjenayah. Walaupun filem ni bagus dari perkembangan cerita namun tersungkur pada plot akhir. Kecewa sedikit lah tapi hukuman tu layak untuk dia juga. 

Kalau nak compare Jaane Jaan dengan Dhrisyam, I pilih Drishyam lah sebab yang tu betul-betul terjerat dalam keadaan. Personally I rasa lebih elok kalau Teacher Naren tak beria sangat sebab Maya boleh lepas dengan mudah dari hukuman sebab semua pun sedia maklum Ajit seorang plis yang korup dan manusia sampah dalam masyarakat. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.4/10

3 comments

  1. dah to my list dah but x layan ni.. byk baca review ckp best ni

    ReplyDelete
  2. Terkadang menonton film India yang temanya dark begini, emosi penonton ikut teraduk 😄. Apalagi kalo udah menyangkut polisi korup, yang malah makin menjerumuskan korban. 😅

    Penasaran dengan ending yang Kaka bilang agak mengecewakan, tapi hukuman tuh patut untuk dia. Berarti ending dah sesuai tapi hukumannya terlalu rendah kah 😁?. Memang harus saya tonton juga rasanya.

    ReplyDelete
  3. Ada nampak filem ini tapi bila baca review Farhana macam lebih tertarik nak tengok Drishyam..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.