NABIL AHMAD TERAPKAN NILAI MURNI DAN PENGAJARAN DALAM SIRI ANIMASI ‘SUPER NABIL’

Wednesday 27 September 2023

Selepas kejayaan siri animasi ‘Lu Pikir La Nabil, Tuudeh...!’, Astro meneruskan karya hebat ciptaan selebriti versatil Malaysia, Nabil Ahmad dengan siri musim terbaharu, ‘Super Nabil’. Berbeza dengan penceritaan sebelumnya, animasi kali ini memberi penekanan terhadap nilai murni dan pengajaran yang boleh diterapkan ke dalam kehidupan para penonton, khususnya golongan kanak-kanak.

Siri animasi ini merupakan spin-off daripada kisah penceritaan zaman kanak-kanak Nabil Ahmad yang diselitkan dengan pelbagai pengajaran dan moral yang bermanfaat. Mengikut jejak langkah ‘Lu Pikir La Nabil’, penceritaannya menerusi 12 episod masih mengekalkan sisi nostalgik serta pembawaan elemen tradisional. Namun menerusi ‘Super Nabil’ yang ditayangkan di Astro Ceria, konsep comedy dan sci-fiction yang ditonjolkan bertujuan untuk memberi keserasian terhadap minat para penonton dengan elemen ‘superhero’ yang lebih dekat di hati kanak-kanak pada masa kini.

Nabil Ahmad, pencipta idea asal serta pelakon suara watak utama siri animasi ini, berkata “Setelah menerima maklum balas yang amat baik dari para peminat dan penonton siri animasi Lu Pikir la Nabil sebelum ini, saya bersama Astro dan pihak produksi telah menjalankan survey bagi menghasilkan siri terbaharu ini. Maka terciptalah ‘Super Nabil’ yang di inspirasikan dari pengalaman saya sewaktu kecil bersama rakan-rakan ketika bermain permainan tradisional. Nama siri baharu ini dipilih kerana bersesuaian dengan jalan cerita yang banyak elemen komedi dan sci-fiction yang begitu dekat di hati kanak-kanak masa kini”.

Selain menampilkan jalan cerita kelakar, ‘Super Nabil’ padat dengan pengajaran mengenai pentingnya keyakinan diri melalui kelebihan yang dimiliki. Tambah Nabil, setiap manusia perlu percaya pada diri mereka sendiri berbanding sumber luar kerana kekuatan diri itu datangnya dari dalaman. “Kejayaan kita bergantung kepada usaha kita sendiri” merupakan nasihat yang diberi menerusi kisah yang dilalui watak Nabil dalam siri animasi ini.

“Saya berharap kekuatan yang dipaparkan dalam siri ini dapat membuka peluang dan membuka mata para penonton tentang keperluan memperluaskan animasi tempatan di Malaysia seperti animasi yang lain. Saya juga berharap agar ‘Super Nabil’ terpahat di hati para penonton di kalangan kanak-kanak dan juga ibu bapa serta mendapat tempat sebaris dengan animasi-animasi tempatan popular”, tambah Nabil.

Para penonton kini boleh menyaksikan ’Super Nabil’ menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

SINOPSIS SIRI MINI ANIMASI ‘SUPER NABIL’

Siri animasi Super Nabil ini mengisahkan Nabil, rakan karibnya dan seekor kucing misteri yang berusaha keras menentang team Poser yang penuh tipu muslihat untuk memenangi pertandingan Super Jaguh Kampung.

1 comment

  1. bagus ni... sambil tgk katun sambil boleh belajar something kannn

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.