Movie Review | Apprentice (2016)

Tuesday 26 September 2023


Pengarah: Boo Junfeng 
Penulis Skrip: Boo Junfeng 
Pelakon: Firdaus Rahman, Wan Hanafi Su, Mastura Ahmad, Boon Pin Koh, Nickson Cheng
Syarikat Produksi: Akanga Film Productions
Pengedar: Clover Films / Golden Village Pictures (Singapore), Version Originale (France) 
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 115 minit
Tarikh Tayangan: 16 Mei 2016 (Cannes), 1 Jun 2016 (France), 30 Jun 2016 (Singapore)
Trailer:


Apprentice mengisahkan tentang Sarjan Aiman Yusof yang baru mula bertugas di Penjara Larangan sebagai pengawal penjara. Dek kerana latar belakang pengajiannya pernah belajar dalam sekolah vokasional, Aiman mengajar banduan di bengkel. 

Sarjan Aiman tak jenis banyak bercakap, dia lebih gemar mendengar kakakknya, Suhaila (Mastura Ahmad) bercerita. Di tempat kerja juga dia lebih banyak diam atau senyum namun satu perkara yang pasti, dia selalu mengintip pergerakan Chief Executioner Rahim (Wan Hanafi Su) juga merangkap  Senior Warden di penjara tersebut. 


Satu hari Sarjan Aiman dapat peluang untuk membantu Chief Rahim untuk hukuman gantung bantuan. Aiman juga tawarkan bantuan untuk betulkan alat penimbang di situ. Dari situ Sarjan Aiman ditawarkan untuk menjadi pembantu Chief Rahim kerana hasil kerja yang bagus. Hubungan mereka sebagai mentor-mentee juga semakin rapat.

Namun Suhaila tidak gembira dengan berita tersebut kerana ayah mereka, Yusof Ibrahim juga meninggal kerana dihukum gantung. Suhaila tahu adiknya sengaja bekerja dengan Chief Rahim untuk tahu tentang hukuman tersebut. 


Naskhah drama Apprentice yang diarahkan oleh Boo Junfeng merupakan filem Singapura yang terpilih untuk ditayangkan secara perdana di Cannes Film Festival 2016. Walaupun tak tercalon dalam kategori Best Foreign Film tapi filem Apprentice ada nilainya yang tersendiri. 

Unik bila plot bermula dengan Aiman cuba untuk mencari executioner yang menggantung arwah ayah dia. Dari awal filem sehingga lah takdir take over hidup Aiman pun, tak diceritakan pun apa sebabnya Aiman mencari Rahim. Apa jawapan yang dia perlukan dari Rahim sebab Aiman tak sempat pun membesar dengan Yusof. 


‘Kau bukan bapak lah! Tapi apa salahnya kalau kau macam bapak pun kan? Dia cuma buat satu je mistake. Everybody does. Aku tahu kau memang tak pernah jumpa dengan dia. Dia tak sejahanam yang kau fikir. Dia bapak aku, dia betul-betul sayang dekat aku.’ - Suhaila

Pace Apprentice perlahan sebab genre drama yang diketengahkan tapi sesuai dengan suasana cerita bila watak utamanya hilang arah tuju. Dalam pencarian tu ada saspennya tersendiri. Firdaus Rahman cemerlang dalam personaliti anak penjenayah kejam yang terbeban dengan hukuman dunia. Rahim pula menyerlah dengan sifat tegas waktu bekerja tapi lembut di sebalik persalinan uniform penjara. Bekerja selama 30 tahun dah cukup untuk dia kendalikan banduan yang dijatuhkan hukuman gantung. 


Awalnya filem Apprentice bersifat filem balas dendam yang biasa tapi semakin filem bergerak, semakin kompleks maslah psikologi yang dihadapi oleh watak Aiman dan Rahim. Tak ada pun yang seronok jadi tukang gantung di penjara, Rahim cuma jalankan tugas dan hadirkan rasa belas dengan pastikan tali yang digunakan tak menyeksa banduan. Ada penjara yang biarkan banduan terseksa menggelupur atau sesak nafas sebelum mati. 

Tengok watak Jason yang tak mampu nak tarik tuas untuk hukuman gantung tu pun dah cukup beri gambaran yang pekerjaan tu bukan untuk semua orang. Walaupun kuat untuk tarik tuas tapi tak semestinya boleh hidup tenang. Seram tengok banduan lemah lutut bila nampak Rahim di hadapan pintu bilik gantung. Tersilap langkah atau memang berniat untuk buat jenayah, bila sudah dijatuhkan hukuman gantung, semua orang terpaksa terima hakikat tu. 


Masa tengok ending filem ni baru nampak twist yang pengarah guna bila Aiman terjerat dalam permainan sendiri. Tak tahu kenapa dia cari tukang gantung yang laksanakan hukuman kepada arwah ayah dia sampai sanggup gadaikan karier dan keluarga sendiri. Sudahnya takdir hukum dia di hujung cerita. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.