PAGARI BULAN MEMAPARKAN SEMANGAT PATRIOTISME DAN SEMANGAT KEBANGKITAN WANITA

Thursday 28 September 2023

Malam Gala Tayangan Perdana Filem Pagari Bulan yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada filem tempatan. Filem yang diterbitkan oleh ELEVEN FIELD CREATIVE SDN BHD bertujuan memaparkan semangat patriotism dalam memperjuangkan Wanita yang bangkit dari penindasan askar Jepun. 

Pihak produksi ELEVEN FIELD CREATIVE SDN BHD serta edaran METROWEALTH mengucapkan setinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) MELALUI PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) ATAS DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan seterusnya dapat menemui penonton di pawagam. 

Pengarah Pagari Bulan, Ts Raja Mukhriz telah mempertaruhkan Nazeera Sardi sebagai tunjang utama bagi memegang watak sebagai pejuang yang memartabatkan kaum Wanita. Selain itu, filem ini turut dibarisi pelakon hebat tanah air iaitu Aniq Durar, Trisha Ooi, Andy The, Alvin Wong dan Michael Ang. Idea filem ini datang dari Ellyna Ahmad dan Ts Raja Mukhriz setelah melihat belum ada genre ‘comfort women’ yang diketengahkan dalam filem tanah air. Skrip dan lakon layer Pagari Bulan oleh Siti Jasmina Ibrahim.

Pagari Bulan mengisahkan tentang Bulan yang merupakan anak sulung perempuan kepada pengusaha tanaman dan pemburu yang cekap iaitu Ismail dan isterinya, Hasnah yang berhadapan dengan kedatangan pihak Jepun ke Kelantan. Penduduk kampung berdekatan dan kampung lain terpaksa mempertahankan kampung mereka daripada didera, dibunuh dan mempertahankan anak gadis yang menjadi sasaran tahanan oleh tentera Jepun. Bulan bersama-sama adiknya, Kasih dan sahabatnya Sui Li juga ditangkap dan dipaksa mengikuti segala kemahuan askar Jepun demi memuaskan nafsu. 

Sharifah Shahora selaku penerbit filem Pagari Bulan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik, bloggers, influencer termasuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan filem ini. Filem Pagari Bulan akan disiarkan mulai 5 Oktober 2023 lebih daripada 60 pawagam di seluruh Malaysia dan Singapura

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.