Astro Melancarkan SYOK dan My Astro pada Ultra Box dan Ulti Box

Tuesday 19 September 2023

Astro Melancarkan SYOK dan My Astro pada Ultra Box dan Ulti Box | Pelanggan Astro akan mendapat akses kepada 14 aplikasi premium

Aplikasi SYOK dan My Astro kini boleh diakses oleh lebih 930 ribu pengguna Ultra Box dan Ulti Box. Dengan penambahan ini, pelanggan Astro akan menerima akses kepada 14 aplikasi premium secara keseluruhan. Astro Box kini memberi tawaran hebat kepada penstriman hiburan dan penstriman radio berkualiti tinggi yang merangkumi berita, artikel, video, podcast, peraduan dan kemas kini trafik, juga pengurusan langganan yang lancar. SYOK merupakan aplikasi gaya hidup dan hiburan tempatan, dicipta oleh rakyat Malaysia untuk semua masyarakat Malaysia. Manakala, My Astro adalah portal mudah-untuk-digunakan yang membantu para pelanggan Astro untuk mengurus akaun Astro mereka.

Tambahan kepada kesemua jenama Astro Radio, pelanggan juga boleh menikmati 60 stesen radio dalam talian di Astro Box dengan pelbagai jenis dan kompilasi muzik yang menawarkan pendengar genre dan kategori muzik kegemaran mereka merentasi bahasa, termasuk balada, klasik, muzik akustik, muzik tarian, muzik senaman, K-pop, hip-hop, kegemaran di tahun 70an, 80an, dan 90an, rock, Jiwang, Cintan, Nasyid, Arab, lagu Bollywood, Irama Malaysia, Dangdut dan banyak lagi.

Pelanggan juga boleh mengakses lebih 360 podcast dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil yang popular dan pemenang anugerah, termasuk Life Confession, Sembang Atas Dulang, Selebriti Podcast, menampilkan selebriti seperti Ziana Zain, Dato' Sheila Majid, Moon Parenting Tips, Master Kong Paranormal Cases, Raagavil Marma Desam, Pei Diari with Lingkesvaran, dan banyak lagi.

Selepas mendengar maklum balas pelanggan kami, kami juga telah mengaktifkan pengurusan langganan lancar di My Astro yang membolehkan pelanggan Ultra Box dan Ulti Box mengakses aplikasi ini terus pada TV, selain daripada peranti mudah alih mereka. Pelanggan kini boleh klik pada pautan 'My Astro' di rel pada halaman utama kotak mereka untuk melihat butiran akaun atau tukar/kemas kini langganan mereka.

Nikmati ciri-ciri My Astro di Ultra Box dan Ulti Box anda:

  • Pengurusan akaun: Semak baki tertunggak, butiran langganan, kemas kini nombor telefon berdaftar anda dan banyak lagi.
  • Kemudahan pembayaran bil: Anda kini boleh membayar bil dengan mudah melalui kod QR pada TV anda.
  • Pembelian add-ons: Dapatkan lebih banyak aplikasi penstriman, saluran atau pas masa terhad ditambahkan pada langganan anda seperti Viu, Sports Extra, saluran Korea atau Kanak-kanak, Liga Malaysia atau pas Piala Dunia Ragbi dan banyak lagi.
  • Menaik taraf Pek TV anda: Pelanggan boleh bertukar kepada Pek TV Astro baharu kami yang disusun khas untuk kemudahan dan penjimatan yang lebih baik.

Pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi My Astro pada peranti mudah alih mereka untuk menerima ganjaran eksklusif termasuk tiket konsert Sid Sriram, pas ke Sepahtu Reunion Live Tour di Johor dan tiket acara langsung sukan.

Berikutan pelancaran aplikasi ini, pelanggan boleh menikmati lebih 14 aplikasi premium di Astro termasuk Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, ZEE5, WeTV, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+, BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, Qalbox, Astro GO, My Astro dan SYOK.

Akses SYOK dan My Astro melalui Ultra/Ulti Box serta muat turun aplikasi untuk peranti mudah alih melalui pautan di bawah:

SYOK: Google Play | iOS App Store

My Astro: Google Play | iOS App Store

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.