Movie Review | 12 Cerita Glen Anggara (2022)

Sunday 24 September 2023


Pengarah: Fajar Bustomi
Penulis Skrip: Alim Sudio
Pelakon: Prilly Latuconsina, Junior Roberts, Angga Yunanda, Adhisty Zara, Abun Sungkar, Dannia Salsabilla
Syarikat Produksi: Falcon Pictures, Kharisma Starvision Plus
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 117 minit
Tarikh Tayangan: 18 Ogos 2022 (Indonesia), 26 Januari 2023 (Netflix)
Trailer :


Rutin harian Glen Anggara (Junior Roberts) setiap hari sama saja bila kebanyakan masanya melepak bersama dua orang rakan baiknya, Rian (Abun sungkar) dan juga Iqbal (Angga Yunanda). Anehnya pagi tersebut berbeza dengan hari lainnya kerana mereka didatangi oleh senior di sekolah menengah, Shena Rose Hunagadi (Prilly Latuconsina) bertanyakan siapa yang single, baik dan kaya antara mereka bertiga. 

Jawapannya ternyata lah Glen kerana Rian sudah bercinta dengan Amanda (Dannia Salsabilla) sementara Iqbal bersama Natasha Kay Loovi a.k.a. Acha (Adhisty Zara). Walaupun Glen ada crush dengan Shena sejak hari pertama di sekolah dulu tapi tak mungkin lah dia nak terima tawaran Shena sebagai kekasih. 

Kebetulan Glen berjumpa dengan Shena di hospital ketika temankan papanya berjumpa doktor untuk medical check-up. Di sana, Glenn dapat tahu Shena mempunyai sakit kronik dan bakal meninggal dunia. Shena mempunyai 12 hajat yang ingin ditunaikan sebelum dia meninggal dunia. 

Hajat yang pertama ialah mempunyai pacar dan kerana kasihankan Shena, Glen setuju untuk menjadi teman lelaki Shena. Rian tak setuju dengan drama Glen dan Shena sebab Shena seolah-olah mengambil kesempatan terhadap status Glen. 

Awalnya Glen pun anggap perkara tu merepek tapi sejak kenal kehidupan peribadi Shena, dia tak rasa permintaan Shena tu keterlaluan pun. Dia pun bukannya ada benda nak dibuat sementara dia boleh figured out apa perlu dibuat untuk hala tuju masa depan. 

Dari seorang yang pemalas, Glen berubah jadi rajin. Dari seorang yang suka melepak, Glen gunakan masa yang ada untuk membantu golongan yang memerlukan sebab Shena tukar perspektif Glen tentang pelbagai hal walaupun pertemuan mereka singkat. Dari crush, Glen berubah jatuh sayang terhadap Shena. 

“Sejak ada Shena, setiap kali gue bangun gue tau gue mau ngapain,” – Glen Anggara  

Tergerak hati nak tengok filem 12 Cerita Glen Anggara di Netflix sebab ada Angga Yunanda tapi bila tekan play, I baru tahu dia supporting cast je. Kenapa Netflix guna umpan poster Angga? Nasib baik lah screentime Angga boleh tahan banyak dan Junior Roberts handsome macam Mario Maurier. 

Filem 12 Cerita Glen Anggara ni adalah adaptasi dari novel dengan judul yang sama karya nukilan Luluk HF dan juga spin off dari filem Mariposa (2020). Baik novel mahupun spin-off dua-dua I belum tengok atau baca. Nasib baik lah spin-off sebab I belum layan lagi filem tu. 

Filem arahan Fajar Bustomi sama seperti franchise terkenal, Dilan (2018) dan remake My Sassy Girl (2022) di mana filemnya ringan dan santai. Barisan pelakon juga setanding dengan template kisah cinta yang mengutamakan visual jadi tak hairan lah kalau boleh habis tengok sebab visual pelakon yang cantik dan comel. 

Selain sinematografi yang menghadirkan bibit romantis melalui latar tempat seperti rooftop, Villa Matahari, pelabuhan kapal, hospital mahupun kafe tempat Glen, Iqbal dan Rian selalu melepak, wardrobe semua pelakon juga bertepatan dengan konsep fresh and young. Suka tengok koleksi pakaian kasual Glen Anggara. Cardigan rainbow Shena pun comel. Tapi masa Prilly kena pakai dress biru dengan pink tu macam tak kena dengan fizikal dia yang petite sebab gaun terlampau labuh sampai nampak tenggelam. 

Chemistry Junior dengan Prilly comel jugak lah walaupun both of them ada age gap, mungkin sebab Prilly lebih rendah dari Junior dan muka lebih garang. Suka momen diorang dekat pelabuhan sebab first time pergi dating. Canggung tapi sweet. Masa Glen janji tak nak Shena tidur dekat rooftop tu sedih tapi kena redho dengan ketentuan takdir. OST 12 Cerita Glen Anggara berjudul Luka Kecil nyanyian Prilly sendiri buatkan beberapa momen jadi sedih. 



Kalau layan filem ni tak boleh tengok serious sangat lah sebab jalan cerita memang dibikin santai sampai tak dikembangkan dengan baik. Macam nota milik Shena yang Glen jumpa tu dah ada 12 wishlist tapi bila Glen setuju jadi pacar, boleh pulak berubah senarainya. Shena pun tak nampak macam orang sakit sepanjang filem ni. Adegan lucu pula kebanyakannya hambar but luckily tak banyak sebab penulis lebih fokus pada bibit romantis.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.5/10

4 comments

  1. Aduh.. romantis tapi mesti sedihkan..

    ReplyDelete
  2. Singgah ^^ and follow dari http://www.thefox.my/

    ReplyDelete
  3. singgah sini dari ^^ http://www.thefox.my/

    ReplyDelete
  4. Hmmm, saya malah tak menonton film mereka ni 😅. Lebih karena genrenya terlalu romantic 😄. Karena saya memang lebih suka film dengan genre action, thriller , komedi, atau horor. Tapi kalo nak cari movie yg ringan, tak payah pikir, memang romantic lah paling tepat 😁. Karena alur cerita santai biasanya.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.