Showing posts with label movie Singapura. Show all posts
Showing posts with label movie Singapura. Show all posts

Movie Review | Apprentice (2016)

Tuesday 26 September 2023


Pengarah: Boo Junfeng 
Penulis Skrip: Boo Junfeng 
Pelakon: Firdaus Rahman, Wan Hanafi Su, Mastura Ahmad, Boon Pin Koh, Nickson Cheng
Syarikat Produksi: Akanga Film Productions
Pengedar: Clover Films / Golden Village Pictures (Singapore), Version Originale (France) 
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 115 minit
Tarikh Tayangan: 16 Mei 2016 (Cannes), 1 Jun 2016 (France), 30 Jun 2016 (Singapore)
Trailer:


Apprentice mengisahkan tentang Sarjan Aiman Yusof yang baru mula bertugas di Penjara Larangan sebagai pengawal penjara. Dek kerana latar belakang pengajiannya pernah belajar dalam sekolah vokasional, Aiman mengajar banduan di bengkel. 

Sarjan Aiman tak jenis banyak bercakap, dia lebih gemar mendengar kakakknya, Suhaila (Mastura Ahmad) bercerita. Di tempat kerja juga dia lebih banyak diam atau senyum namun satu perkara yang pasti, dia selalu mengintip pergerakan Chief Executioner Rahim (Wan Hanafi Su) juga merangkap  Senior Warden di penjara tersebut. 


Satu hari Sarjan Aiman dapat peluang untuk membantu Chief Rahim untuk hukuman gantung bantuan. Aiman juga tawarkan bantuan untuk betulkan alat penimbang di situ. Dari situ Sarjan Aiman ditawarkan untuk menjadi pembantu Chief Rahim kerana hasil kerja yang bagus. Hubungan mereka sebagai mentor-mentee juga semakin rapat.

Namun Suhaila tidak gembira dengan berita tersebut kerana ayah mereka, Yusof Ibrahim juga meninggal kerana dihukum gantung. Suhaila tahu adiknya sengaja bekerja dengan Chief Rahim untuk tahu tentang hukuman tersebut. 


Naskhah drama Apprentice yang diarahkan oleh Boo Junfeng merupakan filem Singapura yang terpilih untuk ditayangkan secara perdana di Cannes Film Festival 2016. Walaupun tak tercalon dalam kategori Best Foreign Film tapi filem Apprentice ada nilainya yang tersendiri. 

Unik bila plot bermula dengan Aiman cuba untuk mencari executioner yang menggantung arwah ayah dia. Dari awal filem sehingga lah takdir take over hidup Aiman pun, tak diceritakan pun apa sebabnya Aiman mencari Rahim. Apa jawapan yang dia perlukan dari Rahim sebab Aiman tak sempat pun membesar dengan Yusof. 


‘Kau bukan bapak lah! Tapi apa salahnya kalau kau macam bapak pun kan? Dia cuma buat satu je mistake. Everybody does. Aku tahu kau memang tak pernah jumpa dengan dia. Dia tak sejahanam yang kau fikir. Dia bapak aku, dia betul-betul sayang dekat aku.’ - Suhaila

Pace Apprentice perlahan sebab genre drama yang diketengahkan tapi sesuai dengan suasana cerita bila watak utamanya hilang arah tuju. Dalam pencarian tu ada saspennya tersendiri. Firdaus Rahman cemerlang dalam personaliti anak penjenayah kejam yang terbeban dengan hukuman dunia. Rahim pula menyerlah dengan sifat tegas waktu bekerja tapi lembut di sebalik persalinan uniform penjara. Bekerja selama 30 tahun dah cukup untuk dia kendalikan banduan yang dijatuhkan hukuman gantung. 


Awalnya filem Apprentice bersifat filem balas dendam yang biasa tapi semakin filem bergerak, semakin kompleks maslah psikologi yang dihadapi oleh watak Aiman dan Rahim. Tak ada pun yang seronok jadi tukang gantung di penjara, Rahim cuma jalankan tugas dan hadirkan rasa belas dengan pastikan tali yang digunakan tak menyeksa banduan. Ada penjara yang biarkan banduan terseksa menggelupur atau sesak nafas sebelum mati. 

Tengok watak Jason yang tak mampu nak tarik tuas untuk hukuman gantung tu pun dah cukup beri gambaran yang pekerjaan tu bukan untuk semua orang. Walaupun kuat untuk tarik tuas tapi tak semestinya boleh hidup tenang. Seram tengok banduan lemah lutut bila nampak Rahim di hadapan pintu bilik gantung. Tersilap langkah atau memang berniat untuk buat jenayah, bila sudah dijatuhkan hukuman gantung, semua orang terpaksa terima hakikat tu. 


Masa tengok ending filem ni baru nampak twist yang pengarah guna bila Aiman terjerat dalam permainan sendiri. Tak tahu kenapa dia cari tukang gantung yang laksanakan hukuman kepada arwah ayah dia sampai sanggup gadaikan karier dan keluarga sendiri. Sudahnya takdir hukum dia di hujung cerita. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Movie Review | Ajoomma (2022)

Sunday 11 June 2023


Director: He Shuming
Writers: He Shuming, Kris Ong
Cast : Hong Hui Fang, Kang Hyung-seok, Jung Dong-hwan, Yeo Jin-goo, Shane Pow
Production Companies: Giraffe Pictures, Rediance, Singapore Film Commission, Korean Film Council, Seoul Film Commission
Distributor: Golden Village Pictures, Amazon Prime Video
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 90 minutes
Release Dates: 7 October 2022 (Busan), 27 October 2022 (Singapore), 13 April 2023 (Amazon Prime Video)
Trailer :


Filem kerjasama antara dua negara, Singapura juga Korea yang mendapat tayangan perdana di Busan International Film Festival ke-27 mengisahkan tentang pengalaman Ajoomma (Hong Hui Fang) bercuti di Korea di bawah agensi pelancongan Sena Tours. 

Asalnya Ajoomma pergi bercuti dengan anak lelakinya, Sam (Shane Pow) tapi kerana jadual temuduga pekerjaannya di US diubah last minute, Sam minta supaya percutian tersebut dibatalkan. Terkilan juga lah Ajoomma sebab dia dah siap packing semua barang, bercerita sana-sini, simpan niat nak melawat tempat di Korea sudahnya kena cancel. 


Bila pihak agensi telefon, Ajoomma dapat tahu duit tak akan dipulangkan semula sekiranya batal secara mengejut. Daripada rugi tak dapat refund, baik dia join. Kalau Sam dah selesai dengan temuduga, Sam boleh ambil penerbangan dari US terus ke Korea Selatan. Tapi semua yang dirancang tak menjadi bila Sam bertegas untuk stay di US. Ajoomma pula tertinggal belakang gara-gara kecuaian ejen Kwon-woo (Kang Hyung-seok). 

Nak kejar, bas dah jauh meninggalkan dia. Tenaga pun dah tak berapa nak ada. Nak telefon pula, handphone dia dah rosak sebab terjatuh masa berlari dalam keadaan panik. Nasib baik ada  pengawal keselamatan bernama Jung-su (Jung Dong-hwan) di kawasan tersebut yang sudi bantu dia hantar ke hotel. Malangnya hotel yang sepatutnya jadi tempat penginapan trip tersebut ditutup untuk projek ubahsuai. 


Nak taknak terpaksa lah dia bermalam di rumah Jung-su yang hari-harinya ditemani oleh anjingnya, Dookkie. Tak banyak pun Jung-su dengan Ajoomma mampu menyembang sebab perbualan mereka ibarat ayam dan itik. 

Filem Ajoomma arahan He Shuming digarap dengan alur penceritaan yang ringkas dan bersifat straight-forward. Walaupun digubah dalam template komedi drama tapi filem ni lebih terarah pada drama sebab elemen komedinya agak lemah dan kurang menghiburkan. 


Memandangkan filem Ajoomma adalah kerjasama dua negara jadi banyak lah terselit mesej sosial walaupun diadun secara ringan sahaja. Macam babak Kwon-woo yang ingin mengalah akibat musibah yang menimpa dia tapi Ajoomma nasihatkan supaya terus kuat kerana anak perempuan dia. Babak Ajoomma tahu tentang alasan Sam untuk tinggal di US pun tak diberikan fokus sangat. Mungkin juga kerana isu taboo tapi kalau tak nak sentuh sangat, baik tak payah letak sebab tak menguatkan jalan cerita pun. 

Patutnya penulis banyakkan lagi momen Ajoomma di Korea daripada meleret banyak sangat dekat awal cerita sampai filem ni terasa hambar. Jenuh nak tunggu masuk babak yang menarik. Bila dah jumpa mood seronok tu tup tup dah habis pula. Sweet tengok momen Ajoomma dengan Jung-su, tak sangka pergi Korea jumpa jodoh walaupun masing-masing sayang dengan partner yang dah meninggal dunia. 


Ingatkan Ajoomma dapat jumpa Yeo Jin-goo sebab dia minat sangat dengan K-drama yang dia tengah layan tu rupanya tak pun. Sayang lah tak ada momen tu padahal minat dengan pelakon dan idol adalah antara pengaruh besar kenapa aktiviti pelancongan di Korea melonjak naik. In real life dia dapat lah jumpa sebab shooting dalam filem yang sama, dalam movie jumpa dalam TV je. 

Naskhah Ajoomma ni tak lah tak seronok nak tonton tapi lagi menarik kalau penceritaan dia tak fokus pada aspek drama sedangkan ada potensi untuk jadi naskhah komedi yang menghiburkan. Nevertheless, congrats to Ajoomma’s team production for their effort and award-winning. 7 tahun ambil masa untuk siapkan bukan tempoh masa yang singkat. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10

Movie Review | Deleted : Akan Ku Jejak! (2022)

Saturday 18 February 2023


Director : Kent Ng 
Writer : Stanley Lim, Lim Chin Siew, Kent Ng
Cast : Edmund Tay (Zheng Ge Ping), Tien Hsin, Rosyam Nor, Vincent Ng (Weng Qing Hai), Fattah Amin, Zhu Houren, Henley Hii, Peter Davis, Brie Benfell, Marcio Sebsam, Jack Neo 
Production Companies : 8028 Holdings Pte Ltd dan Artistes Marketing Asia Pte Ltd
Distributors : Mega Films Distribution, GSC, Netflix
Genre : Action / Crime 
Running Time : 85 minutes
Release Date : 15 September 2022  
Trailer :


Filem yang mendapat dukungan dari Kementerian Dalam Negeri dan Pejabat Strategik Nasional untuk Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Seludup Migran (NSO MAPO) menampilkan filem aksi yang bertemakan jenayah penjualan organ secara haram yang berlaku di Singapura dan Malaysia. 

Memaparkan barisan pegawai Taktik dan Penyelamatan Khusus Singapura (STAR) atau The Singapore Special Tactics and Rescue (STAR) dalam operasi untuk menjejak Buddha Berwajah Empat yang juga menjadi sasaran Interpol kerana kegiatan jenayahnya. 

Sepertimana yang ditonjolkan dalam poster Deleted, plotnya juga mempunyai cerita yang sarat berkaitan dengan jenayah pemerdagangan manusia. Di Singapura, anggota Pasukan Polis Khas Singapura, Vincent (Edmund Tay) bekerja keras untuk menjejak Budhha Berwajah Empat namun gagal apabila ramai rakan sekerjanya dibunuh oleh musuh. Seniornya, Inspektor Yusof (Dato’ Rosyam Nor) pujuk supaya kuat semangat kerana dia adalah aset terbaik negara. 

Sementara di Malaysia pula Inspektor Zhong Yi (Zheng Ge Ping) mencari penculik anak perempuannya, Hazel. Kerana emosi, Zhong Yi dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun kerana tuduhan membunuh tanpa sengaja. Sepanjang berada di dalam penjara, dia kumpul maklumat tentang sindiket haram yang diketuai oleh Ghost (Peter Davis). Inspektor Aron (Fattah Amin) pula membantu Zhong Yi mencari Hazel (Charice Low) dan dalam masa yang sama mengetuai operasi menangkap anak sulung Buddha Berwajah Empat iaitu Ming Kang (Henley Hii). 

Sudahlah ada dua negara yang terlibat, dua plot besar juga diketengahkan dalam satu cerita dengan barisan pelakon yang ramai. Akibatnya ada beberapa sub-plot yang tak perlu dan beberapa watak yang tak dapat serlahkan potential mereka dalam screentime yang singkat. Sayanglah sebab filem ni genre aksi dan pelakon yang dibawa masuk pun memang terkenal dengan ketangkasan aksi masing-masing tapi tenggelam oleh plot yang berat pada elemen drama yang bersifat social awareness. Plot twist juga tak dirasakan perlu.

Kali kedua Fattah Amin berlakon dengan Dato’ Rosyam Nor dalam naskhah aksi selepas filem KL Special Force (2018) arahan Syafiq Yusof. Bezanya kali ini mereka terpisah oleh sempadan negara jadi tak nampak lah masing-masing berkongsi skrin yang sama. Sementara Fattah dalam avatar pegawai polis yang cekap bertindak dan tangkas, Rosyam Nor pula lebih tenang kerana sudah pun bersara dari karier. 

Menjadi naskhah yang memaparkan dunia gelap dengan jenayah kejam, filem Deleted tampak bersih berbanding filem jenayah yang lain. Bersih sebab tak ada babak gore walaupun ada babak pembedahan dan stor yang menempatkan ramai kanak-kanak yang diculik. Sinematografi yang menggunakan banyak khidmat CGI juga gagal memaparkan visual dengan baik. Namun babak aksi dipaparkan dengan cantik dan stunt choreography juga menarik untuk babak-babak penting. 

Tengok pada penghujung cerita, ada potensi Deleted mempunyai sekuel sebab dunia jenayah mana pernah berhenti sebab aktiviti jenayah akan diwariskan kepada tuan baru. Boleh jadi kerjasama Aron dengan Vincent cuma permulaan kepada sesuatu yang lebih kejam. 

Harapnya pihak produksi akan pertimbangkan untuk cari barisan penulis yang lebih bagus. Mungkin naskhah Deleted: Akan Ku Jejak lebih kelihatan menarik sekiranya diolah dalam template drama yang mempunyai durasi yang panjang dan lebih dari cukup untuk paparkan jenayah kritikal antara dua negara ini. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.2/10

Movie Review | Pulau Hantu (2008)

Sunday 26 September 2021

 

Pengarah : Esan Sivalingam

Penulis Skrip :  Chang Un Seah, Esan Sivalingam, Bratina Tay

Pelakon : Carl Ng, Pamelyn Chee, Shane Mardjuki, Vijay Madhavan, Sani Hussein, John Cheng, Adrian Pang, Nurulaini, Richard Ng, Nur Batrisyia

Syarikat Produksi :  Hoods Inc. Productions

Pengedar :  Netflix

Genre :  Seram / Thriller

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 31 Ogos 2008 (Singapura)

Trailer :


Leftenan Komander Heng Ing How (Carl Ng) dipaksa menjalani latihan ketenteraan selama 2 minggu dan menyertai misi Singapore Armed Forces mencari 3 orang AWOL yang hilang di Pulau Hantu. Sesuai dengan nama yang diberikan pada pulau tersebut, menurut Hadi (Sani Hussein) yang juga merupakan guru sejarah, pulau tersebut antara tempat yang keras di Singapura. 

Cerita yang diturunkan dari generasi ke generasi bila sepasang ibu (Nurulaini) dan anak (Nur Batrisyia) ditanam hidup-hidup oleh penduduk kampung kerana dituduh mengamalkan ilmu ajaran sesat. Si ibu yang bernama Salmah adalah gadis perawan yang dirogol oleh Bomoh yang kejam dan menggunakan ilmu hitam untuk mengawal cuaca, alam dan manusia. 

Kerana fitnah tersebut dan dendam sebelum mereka meninggal dunia, roh yang tidak tenteram mula membalas dendam kemudian membunuh kesemua penduduk di pulau tersebut. Entah kenapa ramai askar dihantar ke situ walaupun ramai yang tidak berjaya pulang. Alvin (Shane Mardjuki) pula anggap cerita Hadi sebagai merepek sebab dia pernah datang ke pulau tersebut untuk BBQ dengan rakan pejabat yang lain. 

Frankie (John Cheng) pula bagaikan langkah kanan bila dia terjumpa bongkah emas yang ditanam di kubur Salmah dan berkeras untuk bawa pulang bersama. Malangnya selepas mereka terjumpa dengan AWOL yang hilang, roh Salmah dan anaknya mula mengganggu hinggakan seorang demi seorang meninggal di pulau tersebut. 

Before I start my rant on this movie, I need to clarified the only reason I watched this movie because Carl Ng looks so handsome. Watched because of him and stayed till the end of this movie because of him. So I cannot really complaint if the script kinda lousy. 

Memandangkan pasukan askar seramai 7 orang ni diarahkan oleh orang atasan ke pulau berpuaka tu untuk mencari orang yang hilang, jadi tak lah rasa geram sangat kenapa diorang boleh ada dekat sana. Bak kata Alvin, sepatutnya dia cari alasan dengan patahkan kaki atau anggota badan yang lain untuk lari dari misi ni walaupun dia tahu tempat tu disumpah. But still pelik lah bila orang atasan hantar askar biasa untuk cari AWOL? Patutnya hantar askar yang pakar lah macam komando, kan?

Yang jadikan cerita ni a huge letdown bila Sarjan June (Pamelyn Chee) dengan Leftenan Heng bagi arahan untuk masuk ke rumah yang penuh dengan darah. Macam mana diorang boleh terfikir untuk rehat dekat dalam rumah tu sedangkan Heng sendiri nampak Frankie terbang melayang sampai tertusuk dahan pokok. 

Walaupun tajuk movie ni Pulau Hantu tapi hantu dia barely exist pun I mean tak banyak babak yang menyeramkan. Hantu dia pun tak seram kecuali babak mendapatkan benih tanpa rela sebab dia tunjuk muka yang sebenar. Itupun dia tempek bedak sejuk sampai berkerak je. Visual dalam movie Pulau Hantu ni agak malap sebab berlatarkan hutan banat dengan cuaca yang agak mendung. Tak boleh nak agak kejadian tu pada waktu siang atau malam. 

Lakonan watak sampingan agak lemah da nada kalanya try hard untuk deliver karakter mengikut keperluan watak masing-masing. Dah la visual tak cantik, transition pun ikut dan pengarah je. Nasib baik lah movie tahun 2008 so tak lah rasa nak marah sangat dengan aspek teknikal yang lemah. Boleh jadi pengarah jadikan movie sebagai platform untuk Carl Ng ada job sebab pengarah tahu watak mana yang perlu ada sampai habis cerita. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 3.5/10