Sunday, 29 September 2019

Movie Review : Manmarziyaan


Director : Anurag Kashyap
Writer : Kanika Dhillon
Cast : Taapsee Pannu,  Abhishek Bachchan, Vicky Kaushal
Production Company : Eros International, Colour Yellow Productions, Phantom Films
Distributor : Eros International
Genre : Romance/Drama
Running Time : 156 minutes
Release Date : 8 September 2018 (TIFF), 14 September 2018
Trailer :


Ramai yang request tengok movie Manmarziyaan, finally ada mood nak tengok sebab penghujung tahun 2018 pun critics ramai yang puji performance Vicky Kaushal dengan Tapsee Pannu dalam movie ni.


Mengisahkan tentang Rumi (Tapsee Pannu) yang bercinta dengan Vicky (Vicky Kaushal), a DJ wannabe di kawasan Amritsar. Satu kampung dah tahu diorang bercinta bukan setakat di FB Rumi je tapi sebab dah kehulu-kehilir bersama siang malam.


Satu hari Rumi dengan Vicky kantoi have sex dalam bilik so makcik Rumi mintak atok Rumi sebagai ketua keluarga buat keputusan untuk kahwinkan Rumi sebab taknak menanggung malu. Rumi taknak kahwin dengan pilihan keluarga dan yakin yang Vicky akan datang ke rumah dia bincang hal kahwin.
 

Sayangnya Vicky tak bersedia lagi nak kahwin even parents dia pun tak tahu yang dia betul-betul serious dengan Rumi. Vicky takut kehilangan Rumi tapi dia lagi takut dengan komitmen sebab dia tak ada career stabil lagi.

Robbie (Abhishek Bachchan) yang menetap di London balik ke India semata untuk cari calon isteri dan jatuh cinta dengan Rumi lepas jumpa dengan ejen cari jodoh. Lepas jumpa dengan Rumi dia makin tambah suka dan setuju untuk kahwin.


Rumi pun dah malas nak ambil pusing dengan Vicky lepas kecewa Vicky asyik cari alasan untuk jumpa dengan keluarga dia bincang hal kahwin. Malam pertunangan Robbie-Rumi, Vicky tunggu di luar rumah dari siang sampai ke malam sebab dia nak pujuk Rumi supaya cancel wedding.

Vicky bagitahu bila-bila je Rumi nak larikan diri, just call je dia sebab dia tahu Rumi masih sayangkan dia. Rumi jumpa Robbie minta batalkan perkahwinan. Parents Vicky pula advice supaya stop mainkan perasaan Rumi sebab Vicky bukannya tahu pun hidup berdikari. Dia takkan mampu survive kalau berkahwin dengan Rumi nanti.


Lagi sekali Vicky tak datang jumpa Rumi bila Rumi dah tunggu tepi jalan untuk Vicky datang ambil. Rumi patah hati, Vicky terpaksa korbankan cinta dia supaya keadaan tak bertambah teruk. Lepas kahwin dengan Robbie, Rumi tak mampu nak lupakan Vicky walaupun Robbie dah cuba untuk pujuk dan bincang tentang perasaan dia. Sudahnya Robbie dapat tahu Rumi senyap-senyap jumpa Vicky.


Jalan cerita Manmarziyaan ni lebih kurang dengan Tanu Weds Manu sebab under production house yang sama walaupun director berbeza. Rasanya Anurag terpaksa ikut rentak Anand L Rai sebab gaya penceritaan tak sepenuhnya macam Anurag. It feels plain and bland.

Sepatutnya movie ni dah stop dekat intermission tapi pengarah nak drag lagi sampai jadi 2 jam setengah untuk rungkai siapa sebenarnya Rumi nak dalam hidup dia. Rasa menyampah nak tengok second half sebab watak yang ada dalam movie ni memasing cari pasal.


Robbie dah tahu Rumi bercinta dengan Vicky tapi still lagi nak kahwin sebab ego bila dia brag depan kawan-kawan dia yang dia boleh buat Rumi lupakan Vicky. Bila dah gagal, terus mintak cerai tanpa bincang dengan Rumi padahal nak buat keputusan besar. Dah hujung cerita baru nak bincang. Idk man, what a messy life they live.


Kesian dengan watak Vicky sebab Rumi tak pernah sembang pun pasal kahwin, tiba-tiba kena marah sebab taknak kahwin dengan dia. Bila ajak lari, Rumi pulak tiba-tiba berubah karakter nak Vicky plan semua benda walhal dah tahu tahap Vicky dekat mana. Rumi suka hati nak marah orang, suka hati nak hina orang lain. Bermasalah gila perempuan ni. Jadi lagi menyampah nak tengok. Siapa dia nak atur hidup Vicky untuk stay dekat India ataupun pindah ke Australia?


Tak tahu apa motif director masukkan penari jalan dalam movie ni sebab Rumi dengan Vicky tak relate langsung pun dengan diorang. Untuk entertainment? What a waste!


Music soundtrack movie ni quite average lah for me. Ada yang relate dengan movie tambahkan emotion untuk certain scenes. Tapi tak ada yang melekat masuk dalam kepala.


Walaupun chemistry Abhishek dengan Tapsee agak dull dalam movie ni tapi lakonan Tapsee dan Vicky menyerlah. Poor Abhishek sebab watak Robbie agak lemah dan tak tinggalkan impak sangat bila dinamik Rumi-Vicky agak kuat. Karakter masing-masing ada flaw masing-masing tapi flaw yang buat orang menyampah dan tak rasa nak connect pun.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 6/10

4 comments:

  1. Tgok heroin ni mcm terfikir siapa ehhhhh. Baru teringat dia belakon dlm cerita PINK! .

    ReplyDelete
  2. Pergh!! Baca review Farhana pun boleh buat geram dengan kerekter tu semua.. ingat kahwin tu main-main ke.. Adoi..

    ReplyDelete
  3. adoi...complicated gila! kesian abhishek, satu nama yang kuat tapi karakter lemah...aduhai

    ReplyDelete
  4. Awai tu mcm best ja . Tapi last2 jln cita mcm xbrapa best sgt

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.