Wednesday, 18 September 2019

Drama Review : Sky Castle


Director : Jo Hyun-tak
Writer : Yoo Hyun-mi
Cast :  Yum Jung-ah, Lee Tae-ran, Yoon Se-ah, Oh Na-ra, Kim Seo-hyung, Kim Byung-Chul
Genre : Drama/Comedy
Running Episodes : 20 episodes
Release Date : November 23, 2018 – February 1, 2019
Production Company : HB Entertainment
Distributor : JTBC, Netflix, iflix


Drama tertinggi rating dalam sejarah drama Korea ni bertemakan tentang education system di Korea especially dalam bidang medik, tentang pressure dari keluarga bila anak akan prepare untuk ujian kelayakan masuk ke university. Kalau di India pressure dalam bidang kejuruteraan, di Korea more to medic bilamana parents bangga anak terpilih masuk belajar di Seoul National University Medical School.


Sebagai Asian, kegilaan parents dalam education system ni bukan something yang luar biasa pun tapi agak menarik bila jalan cerita ni bagi kesedaran kepada parents bila director highlight competition yang tak sihat antara Kang Ye-Seo (Kim Hye-Yoon) dengan Kim Hye-Na (Kim Bo-Ra) sampai sanggup membunuh.


Disebabkan kegilaan penduduk di kediaman Sky Castle ni lah yang mendorong Lee Soo-Im (Lee Tae-Ran) untuk menulis novel dan bagi kesedaran kepada awam supaya perkara ni berubah lepas dia dapat pindah masuk bila Hwang Chi-Young (Choi Won-Young) naik pangkat ke department tulang belakang di hospital besar.


Lagi sedih bila students yang ambil coaching class dengan Kim Joo-Young (Kim Seo-Hyung) memang akan dapat masuk ke Seoul National University Medical School lepas bayar 3 juta tapi takkan mampu survive pun sebab pressure lagi tinggi dan Coach Joo-young guna illegal method untuk pastikan students di bawah coaching class dia berjaya masuk.


Bukan setakat students je yang stress sampai hilang pedoman tapi keluarga pun akan pecah belah macam director tunjuk pada awal drama bila Lee Myung-Joo (Kim Jung-Nan) bunuh diri bila anak tunggal kebanggaan dia nak putuskan hubungan dengan keluarga disebabkan stress.


Sama jugak dengan keluarga President Cha Min-Hyuk (Kim Byung-Chul) dan No Seung-Hye (Yoon Se-Ah) bila anak perempuan kebanggaan diorang menipu dapat masuk ke Harvard tapi kantoi menipu bila Harvard tuntut ganti rugi.


Bila tengok drama ni bukan setakat sedih dengan anak-anak sebab stress hidup dikawal dan diatur supaya dapat banggakan parents tapi kesian juga dengan parents bila masing-masing cuba sehabis baik supaya masa depan anak-anak cerah. Sometimes mungkin agak extreme tapi dunia dekat luar lagi kejam sebenarnya.


Mungkin dalam drama ni director dan team Sky Castle cuba untuk highlight mesej yang tak semestinya kena belajar untuk nampak berjaya dan pentingkan kebahagiaan diri dekat hujung drama tapi macam tak bagi impak sangat bila Hwang Woo-Joo (Kang Chan-Hee) ambil keputusan terburu dan ikut emosi. Mungkin betul dia boleh survive tapi dia ada wealth privilege yang tak semua orang ada.


Even tema dan plot jalan cerita drama ni agak berat tapi director pandai olah supaya nampak terhibur dengan sarcasm dari Han Seo-Jin (Yum Jung-Ah), keluarga kelakar Woo Yang-Woo (Jo Jae-Yun) dan Jin Jin-Hee (Oh Na-Ra) dengan anak lelaki comel diorang  Lee Yoo-Jin (Woo Soo-Han). Paling terhibur scene President Cha dengan piramid dan perangai iri dengan jiran dia.


Suka tengok Jin jin spend time dengan anak dia bila dia nampak anak dia stress belajar walaupun kadang over jugak dia sayang dengan koleksi pinggan mangkuk. Menangis jugak tengok dia cari anak dia sebab lari dari rumah.


Director pun highlight yang tak semestinya berjaya masuk ke Seoul National University Medical School tu dan jadi presiden di hospital pun akan bahagia even umur dah menginjak puluhan tahun macam watak Kang Joon-Sang (Jung Joon-Ho) ataupun teori kebahagiaan President Cha.

Sebelum ni layan lakonan Choi Won-Young dengan Kim Byung-Chul dalam Doctor Prisoner, kali ni dalam Sky Castle dengan watak yang berbeza. Sebab masing-masing pandai berlakon, even dengan body language pun dah boleh hidupkan suasana. No wonder lah Kim Byung Chul ni boleh menang Best Supporting Award di 2019 (55th) BaekSang Arts Awards. 


Recommended drama to all K-drama lovers and I guess kalau bukan peminat drama Korea pun boleh layan jugak untuk ambil pengajaran dari segi pendidikan dan parenting. Kalau perasan dalam drama Sky Castle cameraman selalu fokus dekat family potrait, try la baca dekat sini macam mana tafsiran dia buat untuk setiap family di Sky Castle. 


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.9, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.9/10

6 comments:

  1. Ok masuk list terus. Kak ana baru hbs maraton doctor john. So tercari2 next to watch. Tq sharing.

    ReplyDelete
  2. byk drama korea yg best2 skrg ni kan

    ReplyDelete
  3. drama ni nampak serius sangat ingatkan pasal pembunuhan rupanya pasal education system.
    orang korea ni macam obsess sgt nak anak mereka belajar kat SNU xkisah la bidang apa pun yg penting Uni tu..

    ReplyDelete
  4. woww....sebelum ni memang da masuk dalam my list kat netflix tu...tapi tak start2 tengok lagi..tengok rating fj 9.9/10, ok nak start tengok jap lagi!

    ReplyDelete
  5. cuma di sini agen jud! online dengan proses yang sangat cepat :)
    ayo segera daftarkan diri anda di agen365 :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  6. Menarik pula lepas baca review Farhana ini.. Nanti Kak Sha cuba tengok..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.