Blog Performance Ogos 2019

Monday 2 September 2019

Bulan ni terlambat sikit sebab cuti kan, malas betul rasa nak update entri. Berjalan saja kerjanya. Sebelum kita update entri yang lain, kita update report card ni dulu.

1. PV

Tak banyak berbeza pun dengan bulan lepas bila graf sama tinggi je dekat tahap 1000, ada jugak yang tak cecah tapi ada la beberapa hari je. Yang lain 800 ke atas setiap hari. Dari bulan lepas dah agak tak mampu nak update macam sebelum ni sebab dah start busy dengan kerja cuma aim tak bagi jatuh teruk sangat.

Yang aim bulan lepas dah cecah. Aim 556k, berjaya cecah 557k so bulan ni kita aim 602k pulak. Hopefully boleh dapat lebih dari target ni. Tapi tak ada idea pulak nak buat apa. Oh ya, bulan ni cuti banyak kan, so kita try blogwalking lebih sikit. 

2) Post

Tak banyak beza pun untuk Popular Post, masih lagi ramai yang cari 8 Cara Kurangkan Hutang Negara ni. Nak pula hutang kita makin bertambah bukan makin berkurang. Rasanya lepas kebanyakan projek negara siap, baru hutang berkurang. 

Movie Siccin menjadi kegilaan sekarang ni sebab Siccin 6 baru je keluar cinema hari tu. Siccin 1,2 dengan 3 ada dekat Weekly Popular Post. Ada yang request buat full sinopsis movie Siccin. Hey memang tak la sebab cerita hantu kot. Kita tengok sekali je, haritu pun berteman. Siccin ni dah la plot tak best sangat, jumpscare je lebih. 


Predictable lah kalau Siccin masuk dalam All Time Popular Post kalau dah entry dia je yang ada dekat Popular Post Daily and Weekly. Lirik Lagu Sumandak Sabah dah keluar dah dari All Time, kena ganti dengan Lirik Lagu Oi Gaman pulak. 

3. Keywords


Keyword penuh dengan tampal gigi je, tak macam bulan lepas penuh dengan hutang negara dan lirik lagu Bukan Cinta Aku. 


Weekly keyword nampak la ada variasi sikit walaupun ada yang merepek cari ikmal amry sexy. Dekat blog ni pernah update jumpa Ikmal dekat Pesta Buku je okay itupun sembang pasal betapa flawless dan wanginya dia. Okay tipu, mungkin sebab dalam Voice Note ada scene Ikmal bukak baju ataupun dalam drama Gantung dia jadi ganteng.

 4. Audience


Bulan lepas blog ni kehilangan audience dari Brunei! Bulan Julai ada 147, bulan ni keluar carta dah. What makes them gone? Idk. Audience dari Indonesia pun berkurang padahal banyak movie review movie Indonesia. But anyway, hye UK!

5. Bilangan Entri


Kalau bulan lepas happy sebab jumlah entri mencecah sampai 60 entri, bulan ni kita behave sikit sebab tak sempat nak update walaupun banyak je entri boleh update. But still keluar dari zon 30 entri. Bulan September ni try la naik balik sampai 60 sebab banyak cuti. 

Aim nak kalahkan jumlah entri tahun lepas, total lagi 196 entri so kalau pulun dari sekarang, boleh la kot dapat itupun kalau maintain 60 entri hahaha berangan itu indah. Nak pulun tu tak mampu. 500 tu jauh lagi nak kejar. Fuhhhh

10 comments

  1. waahh...hebatnya blog Ana... Akak sehari 100 pun payah...kahkahkah.. dah masuk sandbox agaknya..

    ReplyDelete
  2. Tahnaih kak... sy tak mampu nak bwat sampai 60... teruskan semangat menulis.. .. fighting!

    ReplyDelete
  3. Wahh!! hebatnya blog ana. Keep the good work!!

    ReplyDelete
  4. Rinduuuu nak view mcm ni lagi hahaha padan muka ain sebab stop setahun hritu. mmg org tak kenal dah la. byk jugak entry2 lama yg ain dah draftkan. haihh. Tahniah awakk. Ain doakan target bulan ni awak lepas 602k tu

    ReplyDelete
  5. agen365 agen jud! online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  6. Rajin Farhana buat entry ini.. Sha nak buat asyik lupa je.. lepas tu terlajak.. sudahnya tak buat.. kikiki..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.