Blog Performance Julai 2019

Thursday 1 August 2019

Kita mulakan bulan Ogos dengan entri Blog Performance bulan Julai. Happy dan agak semangat nak buat entri ni sebab ada beberapa benda yang berjaya dicapai. Hah jom tengok entri report card bulanan syok sendiri ni. 

1. PV


Graf bulan ni nampak cantik la sikit sama tinggi je berdiri dan tak jatuh menjunam. Banyak kali jugak cecah 1k per day. Syukur lah nak compare dari yang sebelum ni. Since bulan lepas tak mampu nak cecah 500k, bulan ni curi masa jugak update dan post dekat FB group dan join blogwalking group banyak kali sebab aim nak cecah 525k. Cecah!


Bila dah cecah ni semangat la nak letak target balik berapa PV nak aim sebulan. Kalau bulan lepas dah boleh cecah 525k, bulan Ogos nak aim cecah sampai 560k pulak. Aim biar realistik sikit lah kali ni. Nak letak 600k macam over. Nak letak 540k macam sikit sangat. Hshshs

2. Post


Sama macam bulan lepas entri 8 Cara Kurangkan Hutang Negara tu semedang bertempek di Popular Post setiap hari sampai masuk dalam All Time Popular Post. Entri MATHAF pun naik balik bulan lepas sebab 18 Julai sampai 29 Julai ada MATHAF dekat Star Avenue. Rasanya setiap kali MATHAF bertapak dekat SA, setiap kali tu lah post ni naik. 


Dah nampak perubahan dah All Time Popular Post ni sebab 2 entri baru masuk carta, 8 Cara Kurangkan Hutang Negara dengan Lirik Lagu Bukan Cinta Aku - Dinie & Khai

3. Keywords


Kalau dah sampai masuk All Time Popular Post, haruslah Lirik Lagu Bukan Cinta Aku paling atas sekali dalam carta keywords. Bab tampal gigi memang tak pernah surut setiap minggu bersepah je yang mencari. Sama lah dengan hutang negara tu. 


Tapi paling excited bila tengok ada yang cari pasal sekolah dalam movie Hichki. Small detail macam tu orang cari means tak sia-sia la beria update sinopsis detail kemain. Sebelum ni ada yang cari nama sekolah dalam drama Gantung. So you guys kalau nak buat movie review guna la sinopsis sendiri untuk naikkan carian. 

Image

Oh ya sekarang ni dah start musim orang mencari pasal Cameron Highland, ada entri pasal Cameron Highland dah masuk Weekly Popular Post dah. Rasa macam kena korek balik folder Cameron Highland yang tak berupdate lagi untuk tambah PV kekeke

4. Audience


Bulan lepas berharap audience dari Indonesia bertambah untuk bulan Julai and yesss bertambah! 

5. Bilangan Entri


Bulan lepas jadi ular sawa kan? Bulan ni kita pulunnnnnn! Gigih jugak lah update masa weekend semua movie review tertunggak dengan entri fashion Cannes untuk tempek dekat blogwalking berjemaah tu. 

Dari 40 entri sebulan kita up jadi 60! So bulan ni nak maintain 60 jugak tapi kalau terkurang tu maafkan diri sendiri je lah sebab busy dengan kerja. Bulan lepas tengah tanam anggur boleh la spend banyak masa dekat blog. 

Tengah aim nak pecah rekod cecah 500 entri tahun ni. Boleh ke tak boleh kita tungguuuuuu

11 comments

  1. Tahniah! Banyak page views tu.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak.. Slalu blog Farhana jadi inspirasi sy nak update entri byak2 haha

    ReplyDelete
  3. Tahniah boleh publish 60 entry sebulan.

    ReplyDelete
  4. statistik blog cun. jumlah entri pun bagus. dah apply google adsense?

    ReplyDelete
  5. 60 blogpost sebulan. wauuu. 1 hari 2 post. nice la. keep it up. Saya pun nak cuba banyakkan post juga setiap bulan.

    ReplyDelete
  6. Julai 60 entri? Wow!! Kagum tau. Macam mana cari masa buat blogpost tu?

    ReplyDelete
  7. mesti boleh punya semua target tu..
    Tahniah Farhana.. 1k pageview perday tu ohsem sangat..

    ReplyDelete
  8. tahniah.
    keep sharing and blogging ye :)

    ReplyDelete
  9. Boleh bolehhh 500 entri tahun ni. you can do it bebeh! Amboiii over kan hahaha. Tahniah kak pana for the better blog performance in July~! :D

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.