The Secret Garden, One Utama

Wednesday 7 August 2019


Dah lama nak jejak kaki dekat sini tapi tak pernah sempat. Last month sementara tunggu movie Judgementall Hai Kya tayang, jalan-jalan dulu dekat The Scret Garden di rooftop One Utama ni. Such a great idea tau letak garden dekat bahagian atas daripada biarkan kosong. 


Nak naik atas ni ambil masa jugak lah sebab lift yang sama dengan bangunan mall. Malas nak tunggu sebab dah mencecah belas minit tunggu sudahnya naik tangga je sebab dua floor je pun. Tangga dia bersih dan tak creepy sebab dekat tangga tu laluan ke bowling dan pusat karaoke so tak sunyi sangat. 



Yang bestnya dekat The Secret Garden ni, untuk masuk percuma je! Pergi dekat kaunter tu cuma isi nama dengan waktu masuk lepastu dah boleh start bergambar. 













Dekat The Secret Garden ni ada pelbagai jenis tanaman especially pokok bunga lah either yang you guys dah biasa tengok ataupun jarang jumpa. Dekat setiap pokok ada tag nama so sambil berjalan tu sambil berkenalan dengan alam flora. 


Kaktus ni antara Top Instagram Spot di The Secret Garden ni tapi tak banyak pun. Not sure lah yang lain dah mati ataupun dah kena curi orang. 










Ruang The Secret Garden ni berkeluasan 30,000 sqft and fun fact for you guys taman cantik ni merupakan rooftop garden yang paling besar di dunia. Kalau rekod ni belum dipecahkan la. One thing for sure, taman ni dah pernah menang award dari Tourism Malaysia. 




Bukan setakat pokok je, ulam pun bersepah dekat sini. Pegaga dia memang kenyang makan sebab besar gedabak. Pokok cekur hitam pun banyak dekat sini.




Dekat The Secret Garden ni ada satu kolam kecil penuh dengan pokok teratai di bahagian tepi dan juga air terjun buatan. Teratai yang berlekuk macam pinggan tu teratai terbesar di dunia, Victoria Amazonica nama dia. 





Ada jugak pokok buah yang kena tanam dekat atas ni tapi tak la besar mana just tanam untuk disemai lepastu mungkin dijual kot. Sebab yang ada dekat sini kebanyakannya dalam polybag dan tak besar sangat. 




Hydrangea pun ada dekat sini tapi tak berapa nak merimbun sangat bunga dia, mungkin sebab tak dapat air yang banyak kot ataupun bukan musim dia nak berkembang banyak sangat. But still happy dapat tengok hydrangea ni. Cantik!







This one is my fav! Arabian Jasmine nampak cantik sangat tapi daun dia macam daun pokok kunyit ataupun temu so tak tahu lah bunga pokok temu ke bukan. Macam nak tanam tapi mesti dia nak matahari memancor direct. 



Kalau ikutkan ada 600 spesies tanaman dekat taman ni yang dijaga dengan rapi oleh staff One Utama. The Secret Garden ni sebelum dibuka untuk orang awam pada 25 May 2009, taman ni dah wujud 5 tahun sebelum tu sebagai projek rahsia. 







My post quite berterabur sebab I pun dah tak ingat laluan dia macam mana, plus ikut suka kaki je berjalan ke sana ke sini lepastu pusing lagi balik so I just post some random pastu selit some facts just like this one lol.



Kenapa One Utama wujudkan taman ni sebagai salah satu awareness la kepada pengunjung untuk jaga dan tingkatkan kesedaran supaya mesra dengan alam semulajadi. Dari dulu lagi dah berangan nak rooftop rumah jadi garden macam ni tapi entah dapat buat entah tidak. 

Tapi bila dah tengok The Secret Garden ni rasa makin semangat nak buat rooftop garden macam ni jugak! Tak kisah lah impian tu tercapai masa tua nanti pun. Who cares kan?!

 

Image may contain: sky, plant, tree, outdoor and nature

Datang bergambar dekat sini boleh cecah beratus gambar. Kalau yang jenis ada kawan photoghrapher berseni tu mungkin boleh buat satu album. Kita picisan ni sikit-sikit sudah lah kang naik pulak comment 'tak habis lagi ke?' 





Kalau dah naik bahagian atas haruslah boleh nampak satu bandar Bandar Utama ni. Memang sesak tahap petala lah dekat kawasan ni. No wonder lah selalu sesak dekat sini. 


Kalau nasib you guys baik, dapat la angin sedap dekat atas ni. Kalau pergi masa musim panas tu bawa la kipas tangan Wan Azizah ataupun kipas angin mini untuk elakkan terbakar. Kalau tengah musim jerebu macam sekarang ni elok tak payah pergi lah. 




Lama jugak habiskan masa dekat sini sebab ambil gambar lepastu belek bunga lepastu ambilkan gambar orang lain, pusing sana sini sampai lenguh kaki. Memang puas hati datang walaupun ada certain port bunga dia segan je nak hidup. 

Kalau bosan menunggu lepas ni boleh datang sini lagi. Yang mana belum pernah pergi lagi, try la datang sini. 

22 comments

  1. wah bestnya. in shaa allah one day nak berkunjung ke sana lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi tauuuu! Pergi time musim panas, dapat la lighting cantik bila bergambar

      Delete
  2. hydragea tu feveret aida tau, farhana.
    cantik.
    lelebih kalau gi CH, gemok gemok bunga nyer kan.
    geram!!!
    sedang nak mencari juga bunga hydragea ni.
    nak tanam kat kebun kecik aida tu, farhana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kitaaa! Nak tanam jugak hydrangea tapi takut tak naik cantik sebab apartmen kan. Good luck kak aida! Tak sabar nak tengok garden akak siap nanti

      Delete
  3. Pergi one utama tak pernah pon jehak kat garden ni. Cantik gardennye

    ReplyDelete
  4. interesting to know of this place, sometime we go shopping this mall. So need plan go someday also spray the repellent first on body to avoid mosquitoes bite.

    ReplyDelete
  5. Menarik...sesuai kalau dijadikan tempat mendapat idea untuk menulis dalam blog :) Best juga kalau ada taman mini kat ruangan rumah sendiri kan? Boleh jadi tempat untuk bersantai.

    ReplyDelete
  6. Tiba2 teringat lagu XPDC-Hijau. Melihat keindahan alam ciptaaan Ilahi dapat menenangkan perasaan kita kan. terbaik

    ReplyDelete
  7. Meriahnya . Banyak pulak tanaman atas 1 utama ni. Selama berkunjung dkt sana tak pernah tahu ada secret garden ni. Selalu pergi secret to your heart je. Haha. Tq sharing. Boleh la bwk family jalan2 sini

    ReplyDelete
  8. I love this secret garden too. but too bad it's only open on weekends. Sometime I wish it opens everyday so that more ppl can visit it

    ReplyDelete
  9. Nice place thanks for sharing sis didn't know such a beautiful garden exists and it's free! Will visit with my kids.

    ReplyDelete
  10. wah cantiknya tempat ni. menghijau tu. kita tak pernah sampai lagi atas ni. memang tak tahu pon ada tempat macam ni kat one utama.

    ReplyDelete
  11. seronoknya photoshoot kat sini. mek pun sekarang macam dh timbul minat baru iaitu photoshoot. tapi dibantu oleh pinterest lah sebab nak idea pose cam mane. heheh

    ReplyDelete
  12. Wah cantik tempatnya. Kalau nak gelar The Secret Garden ni taman dalam bandar boleh hehehe. Kinah minat tempat-temoat macam ni. Rasa tenang je.

    ReplyDelete
  13. sangat cantik dan terapuetik tempat nie. penuh dengan kehijauan. mesti tenang je masuk dalam tempat macam nie. nak singgah jugaklah nanti.

    ReplyDelete
  14. Biar betik dalam mall One Utama tu ada secret garden yang sangt cantik dan juga banyak tumbuhan dan pokok bunga dalam tu menarik nya tak tahu pun kita nanti kalau jalan sana boleh lah masuk taman ni nak tengok pokok hijau yang tenang bestnya...

    ReplyDelete
  15. Selalu gi PUntp tak pernah gi secret garden ni! Menarik la wei tengok pokok2 bunga kat sini hahaha..ok next time nak gi

    ReplyDelete
  16. Tak pernah tau kewujudan tempat ni. Bestnya sebab penuh dengan tumbuhan hijau. Sedap mata memandang. Siap ada kolam lagi. Masuk free pulak tu. Berbaloi.

    ReplyDelete
  17. Wah. AM baru tahu.. Nmpk menarik n AM kena pegi sendiri terjah.. Cantik la kalu OOTD di sini

    ReplyDelete
  18. cantik! boleh relak sejukkan mata... santai santai.. suka tempat yg mcm gini sbb tak panas.. ada kolam masuk x payah bayar.. ok sgt sgt tu!!

    ReplyDelete
  19. It merits making a space like this in our environment with the goal that we can spend loosening up times there. Entrümpelung

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.