Ayam Goreng 3x Spicy McDonalds

Wednesday 7 August 2019

First of all, I tak pergi sebab viral. 

Ni semua gara-gara tengok movie Extreme Job sampai terliur teruk sangat nak makan ayam goreng tapi yang sedihnya, ayam KFC hijau berlumut meanwhile ayam McD pula ayam cirit sebab ramai yang makan berulang masuk tandas sampai ada yang ambil ubat dekat doktor.


Since ada yang kata pedas macam samyang je so try jugak la pergi order dekat McD sebab nak hilangkan beban kempunan ayam goreng krup krap. 

Sebenarnya ada je ayam goreng level pedas biasa kena jual tapi masa I datang tu dah habis. Nak tak nak, kena beli jugak yang 3x spicy tu. I redhoooo. 

Since makan berdua, I order 3pcs and harga around RM17.45 tak silap. Lepastu tambah Big Mac dengan Quarter Pounder with Cheese.


Nampak je macam biasa ayam ni tapi level pedas dia nau'zubillah. Memang pedas pun tapi tak bahagia pun makan sebab asyik batuk tersedak lepastu pedih mulut dengan tekak bila makan. Apa la guna makan tapi terseksa. Bukankah makanan tu satu kebahagiaan? 

Lepas makan ayam ni memang pedih la perut sebab terasa pedas serbuk cili tu bila makan. Satu ketul ayam ni I minum 3 gelas air cuckoo supaya tak sakit perut. And yes, di saat menulis ni pun perut masih selamat. 


Nasib baik la buat pilihan tepat beli Quarter Pounder with Cheese ni sebab dapat lepaskan rindu yang amat dekat burger ni haaa. I'm a fan of QP since years ago! Haritu masa McD buat election pun memang beria vote untuk QP! Thanks McD dan rakyat Malaysia yang vote QP!!

Anyway, for this post, kalau you guys jenis tahan pedas dan nak makan ayam goreng 3x spicy ni makan lah tapi kalau sakit tanggung sendiri. Kalau tak tahan tu better tak payah sebab membazir je duit beli. Bila mulut dah kebas sebab pedas sangat, tak mampu pun nak rasa ayam tu sedap ataupun tak. 

8 comments

  1. Hai. Saya dah try makan jgk. Tapi entah kenapa la. Rasanya tak terlalu pedas sangat macam samyang bagi saya. Maybe lain orang lain rasanya kot :)

    ReplyDelete
  2. akak surrender la ayam pedas gila tu.. mmg x snggop laa nak telan..

    ReplyDelete
  3. Ayam pedas McD? Hmm iklan dia reverse psychology tunjuk betapa seksanya makan ayam goreng terlalu pedas. Tup-tup ramai jugak orang yang berjaya di reverse psycho pergi beli nak makan smpai sakit perut hahaha.

    ReplyDelete
  4. akak dh try n bg akak mmg lebih pds dari ayam grg spicy biasa tu tp takdelah sampai tercirit2, cuma mmg ada rasa tak selesa skit kt perut tp bg akak ok... n nk cuba lg. Mungkin jgk sbb akak biasa mkn pds

    ReplyDelete
  5. tak penah try ayam 3x spicy sebab kita memang tak tahan pedas. ade jgk terdetik nak try tapi mostly org kata pedas gila and tak suggest kan utk makan. so, kita mampu tengok je lah. huhuhu.

    ReplyDelete
  6. Huhu..masih belum try...mane pedas ayam ni dgn magi korea?

    ReplyDelete
  7. busyra belum pernah cuba lg. teringin jgk ni. tp ramai ckp pedas jd takut pula walaupun busyra penggemar pedas. hehe

    ReplyDelete
  8. aida x cuba yg 3x pedas ni.
    tak mampu kot.
    sebab memang pernah beli ayam goreng yg biasa tu.
    tu pun pedas ya Allah :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.