Aiskrim Belgian Dark Chocolate Sofuto, Family Mart

Friday 30 August 2019


Minggu ni Family Mart introduce aiskrim Belgian Dark Chocolate Sofuto dan dijual dengan harga RM3.90 tapi harga ni berbeza ikut tempat. Jangan tanya kenapa, I tak tahu jawapannya apa. 

Quite tempting lah sebab tekak tak masuk sangat dengan aiskrim Family Mart sebelum ni plus I memang suka dark chocolate. 

Since hari ni last kerja untuk minggu ni, so my officemate belanja aiskrim Family Mart ni haaa. Memang ramai la beratur nak beli tadi siap cari spot cantik untuk Instagram. 

Aiskrim ni serve dalam kon biasa ataupun kon coklat jugak and kitorang dapat kon coklat. Cantik lah kejadian dia. 


Walaupun cantik, tak bermakna best. Aiskrim ni cepat cair ye. I tak tahu sebab cuaca ataupun aiskrim ni memang jenis cepat cair. Tak sampai 5 minit pun kena habiskan. Memang belemoih la bila makan. 


Kalau ikutkan harga dia lagi murah compared to other Belgian Dark Chocolate ice-cream tapi I lagi rela beli yang mahal rather than makan dengan laju supaya tak comot dengan aiskrim ni. Even kon dia jadi lembik bila aiskrim mencair. 


Better beli aiskrim Cornetto or Walls daripada aiskrim ni sebab harga lebih kurang sama, kuantiti pun lagi banyak dan aiskrim tahan dengan cuaca panas. Kalau nak makan aiskrim Family Mart ni kena makan dekat dalam Family Mart ataupun tempat yang ada aircond. 

Repeat lagi tak lepasni? Nahhhhhhh

8 comments

  1. Beli sebab trend kan? tapi still teringin nak rasa..

    ReplyDelete
  2. Kena pergi cari ni! Beberapa hari ni asyik terserempak dengan gambar aiskrim ni je

    ReplyDelete
  3. family mart belum ada lagi kat tempat saya, baik makan cornetto je..hehe

    ReplyDelete
  4. cuma di sini agen jud! online dengan proses yang sangat cepat :)
    ayo segera daftarkan diri anda di agen365 :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  5. Rasanya memang aiskrim FamilyMart ini cepat cair.. aritu beli yang matcha dengan apa ntah pun camtu.. nak kena makan cepat-cepat.. kalau tak meleleh-leleh..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.