Movie Review : Notebook

Sunday 18 August 2019


Director : Nitin Kakkar
Writer : Sharib Hashmi , Payal Ashar (Dialogue)
Cast : Zaheer Iqbal, Pranutan Bahl, Mozim Bhatt, Mir Mehrooz, Mir Zayaan, Soliha Maqboo, Baba Hatim, Adiba Bhatt, Hafsa Ashraff, Farhana Bhat
Production Company : Salman Khan Films, Cine1 Studios
Distributor : Salman Khan Films
Genre : Romance/Drama
Running Time : 112 minutes
Release Date : 29 March 2019
Trailer :


Remake dari movie Thailand Teacher’s Diary tahun 2014, Notebook mengisahkan tentang Kabir Kaul (Zaheer Iqbal) yang berhenti dari tentera dan balik ke Kashmir bila Uncle Hameed minta bantuan dia  untuk mengajar di sekolah Wular Public School.


Sekolah tu ditubuhkan oleh ayah dia sendiri untuk bantu penduduk di kawasan tu untuk belajar bila susah utuk anak-anak penduduk di kawasan tu ke sekolah. Students tak ramai pun dalam 6 orang je – Shama (Soliha Maqboo), Tariq (Mir Zayaan), Waqar (Baba Hatim), Imran (Mir Mehrooz), Dua (Adiba Bhatt) & Iqrah (Hafsa Ashraff)


Hari pertama datang ke sekolah tu Kabir terjumpa diari Firdaus (Pranutan Bahl), guru yang pernah mengajar dekat situ setahun sebelum dia datang. Dari diari Firdaus, Kabir mula jatuh cinta sebab diari Firdaus banyak ajar Kabir tentang kehidupan. Sama jugak lah dengan students dia dekat sekolah tu.


Sedikit sebanyak dia mampu hilangkan rasa bersalah bila ada budak yang mati terpijak periuk api di kawasan sempadan tempat dia berjaga dulu. Dia mampu move on dari Dolly (Farhana Bhat) yang curang dengan lelaki lain dengan semangat dari Firdaus.


Pernah je dia cuba cari Firdaus tapi tak jumpa sebab Firdaus dah buang tattoo di tangan sebab nak kahwin dengan kekasih dia dari kecik, Junaid (Mozim Bhatt). Murung jugak la bila dia dapat tahu news tu nak pulak bila dia tak perform pun sebagai cikgu sebab dia lemah Maths sampai ada student yang gagal exam sebab dia. 


To be honest tak ingat sangat jalan cerita Teacher’s Diary but I’m pretty sure jalan cerita dekat sekolah dalam movie Notebook tu memang sama macam scene mayat dekat toilet, ribut sampai sekolah hampir roboh, ular masuk dalam kelas dan beberapa scene yang lain. 


I’m watching this without any expectation sebab movie debut under Salman Khan Films ni tak la bagus sangat lagipun pelakon utama kebanyakannya starkids dan pentingkan rupa semata. But I’m quite impressed lah untuk movie genre romance drama, ada scene yang emosi, ada kelakar dia, ada intense dia. 


Cuma ada beberapa scene yang I rasa boleh develop lebih lagi especially scene Firdaus batalkan perkahwinan dia sebab Junaid kantoi curang bila perempuan tu datang minta dia bertanggungjawab. I tak faham kenapa Firdaus tiba-tiba berubah hati nak kahwin bila dia sendiri buat keputusan untuk move on dan pilih untuk stay mengajar dekat situ. 


I just feel director boleh buat karakter Firdaus batalkan wedding sebab dia rasa lemas dengan Junaid yang suka control dia dari kecil. Scene Firdaus bergaduh dengan Junaid dekat sekolah tu pun dah boleh jadi solid point untuk Firdaus tinggalkan Junaid for good. 


Another scene I think director boleh buat audience menangis kalau dia panjangkan lagi scene ayah Imran datang belasah Kabir sebab suruh anak dia pergi sekolah walaupun dia dah larang sebelum ni. Either tambah dialog untuk Imran ataupun ayah dia. 


Bila layan movie ni teringat movie Na Tum Jaano Na Hum lakonan Hrithik dengan Esha Deol bila jatuh cinta sebab berbalas surat ataupun movie The Lunchbox. Chemistry antara Zaheer dengan Pranutan agak cantik onscreen walaupun screentime berdua tak banyak sangat sampai rasa tak sabar nak tengok diorang dua berjumpa. 


Walaupun leading actors baru je debut dalam movie ni tapi masing-masing tak nampak awkward especially Pranutan. Nampak la talent ayah dia, Manish Bahl tu dapat dekat dia and the way dia deliver watak Firdaus tu macam sesuai sangat dengan karakter offscreen dia. Dah la cantik, bila dia senyum je teringat Manish senyum dalam Hum Saath Saath Hain. Manis je. 


Strong point kenapa movie ni best nak layan sebab scenery Kashmir yang sangat sangat sangat sangat cantik! Kita memang dah sedia maklum Kashmir memang cantik tapi cara Manoj Kumar Khatoi and his team portray every scene onscreen memang breathtaking habis. Grading tone, lighting, exposure semua diedit sehabis baik. 





Soundtrack Notebook boleh kata best jugak nak layan especially lagu Main Taare nyanyian Salman Khan. Dalam music album Notebook ada remake lagu Bumbro dari movie Mission Kashmir. Either original or remake, dua-dua pun best nak layan. 


Walaupun movie ni tak mendapat sambutan di cinema tapi hopefully Zaheer dengan Pranutan dapat offer bagus dari mana-mana director dan producer sebab lakonan diorang bagus dalam movie ni. And I am rooting for Zaheer untuk berlakon dalam movie action sebab action stunt dia dalam movie ni sharp and kemas. For a romance drama lover, this movie is a must!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

9 comments

  1. Lama tak rasa teruja nak tengok filem romantik macam ini.. Tambah pula filem hindi yang agak bercinta bila tengok.. tapi baca review Farhana dan tengok klip trailer tu buat rasa membuak-buak nak tengok.. Cantik sangat scenery dia..

    ReplyDelete
  2. Waaaa macam menarik je cerita ni. Filem romantik dah lama betul tak tengok. Bagus farah kongsikan filem hindi romantik macam ni. Menarik scene dan plot cerita ni. Thank you kobgsikan sinopsis cerita hindi ni.

    ReplyDelete
  3. Banyak scene sedih pulak dalam movie ni. Kisah cinta romantis pulak tu. Baru ni tengok cerita Toilet lakonan akshay kumar tak silap saya. Hero dah tua. Yang ni nampak muda. Dan pelakon tak berapa kenal. Baru kot. Kena tengok ni

    ReplyDelete
  4. Jalan crita yg mnarik. Perlu lbhkan promosi untuk tarik mnat penonton untuk dtg dan tgok filem nie..syg jalan cite da best tp xde sambutan

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak menonton filem Hindustan. Tak dinafikan mesti gambar2 dalam filem ni cantik. Btw, pandai la awak bg cadangan utk filem ni, kalau sis tengok jelah. hujung2 komen best atau tak. Hehe. Sat lagi kita carilah filem ni nak tonton.

    ReplyDelete
  6. Wow lama sangat dah tak tengok cite Hindustan. Lately kalau on Netflix, either cite Hollywood, France atau Korea je. Haihh kebelakangan ni nak tengok tv pun tkde masa sangat. However, jalan cerita ni not bad lah. Cuma pelakon tu tak kenal hehe

    ReplyDelete
  7. Mouse mommy dengan anak2 MR MH lebih gemar cerita unsur famili atau animation seperti Angry Bird 2. Terima kasih berkongsi cerita filem Hindustan ni.

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak tonton filem Hindustan. Tengok cinematic dia cantik! Suka style gini. Jalan cerita pun menarik, hope kita ada masa nak tonton nanti...

    ReplyDelete
  9. dah lama x tonton hindustan! best pula nampk ceirta ni.. nti ada masa nk tengok jugalah.. tq share

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.