Movie Review : Sabrina

Saturday 17 August 2019



Pengarah : Rocky Soraya
Penulis Skrip : Riheam Junianti, Rocky Soraya
Pelakon : Luna Maya, Christian Sugiono, Sara Wijayanto, Richelle Georgette Skornicki, Jeremy Thomas, Asri Handayani, Sahil Shah, Adlu Fahrezi, Rizky Hanggono
Genre : Seram/Thriller
Durasi Tayangan :113 minit
Tarikh Tayangan : 21 Julai 2018
Syarikat Produksi : Hitmaker Studios
Pengedar : Netflix
Trailer :


Lepas franchise The Doll berjaya mendapat ramai peminat, kali ni Rocky Suraya muncul lagi dengan movie ketiga yang menggunakan anak patung angker yang sama, iaitu Sabrina. Sabrina ni berkenan betul dengan Maira (Luna Maya) sebab watak heroin pun director kekalkan cuma keluarga je dah bertukar.
 

Idk what happen to Aldo sebab kisah silam Maira ada mentioned dalam movie ni bila Maira bagitahu anak dia, Kayla dah meninggal. Maira berkahwin dengan Aiden (Christian Sugiono), usahawan yang produce anak patung, Sabrina. Maira ni tak trauma langsung dengan Sabrina siap dapat yang paling besar pulak tu hshshs


Lepas abang Aiden, Arka (Rizky Hanggono) dan isteri dia, Andini (Asri Handayani) meninggal, Aiden dengan Maira ambil anak diorang, Vanya (Richelle Georgette Skornicki) sebagai anak angkat. Vanya memang usung Sabrina ke mana je dia pergi, menyembang pun dengan Sabrina.


Jadi masalah bila Vanya main apps Ghost Finder dan  Charlie Charlie untuk seru roh ibu dia datang bila nampak Ditho (Adlu Fahrezi) seru roh nenek dia di padang sekolah. Tak serik kena kacau dengan hantu, Vanya tetap cari ibu dia. Yang jadi mangsanya, Maira lah kena kacau lagi dengan Sabrina cuma tak ekstrem macam The Doll 2.


Bila dah 3 movie dari karya director yang sama, dah boleh nampak yang dia cedok idea dari James Wan walaupun dia ada idea cerita dia sendiri. Tak la masuk tahap plagiarism tapi kita nampak la persamaan gaya penceritaan dan karakter yang Rocky wujudkan.


I prefer Rocky lah sebab cerita dia tak bosan dan kelakar unlike James Wan movies. Lepasni kalau bosan dan perlukan entertainment, I cari movie Rocky. Movie dia walaupun jalan cerita tak masuk akal dan boleh dibuat bahan ketawa tapi akan awww jugak lah bila tengok hero memasing bermasalah tapi level sayang dekat bini dan keluarga tu undeniable.


Maira jerit sekali je, Aiden dah bangun tidur berlari pergi selamatkan Maira walaupun jauh ya ampun dari bilik hotel diorang. Sama lah dengan Aldo dalam The Doll 2. Dalam franchise The Doll ni you guys takkan jumpa suami yang ignore isteri bila isteri tengah ketakutan walaupun diorang tak percaya benda tahyul. I start to believe lelaki Indonesia ni sweet habis nak pulak ada franchise movie Dilan dengan Habibie & Ainun. ahhh tiberrr!


Okay balik kepada movie Sabrina, masih lagi mengekalkan konsep roh datang kembali untuk balas dendam kepada keluarga si pelaku dan Bu Laras penyelamat keluarga ni. Kali ni Bu Laras dah berkahwin dengan Raynald (Jeremy Thomas) dan ada partner hebat tau nak lawan roh jahat.


Bukan setakat roh Andini je tapi Baghiah (Sahil Shah) muncul sekali. Nak kenal siapa yang dirasuk Baghiah ni senang je. Tengok hidung. Bila tengok hidung dia, tergelak besar sebab sama dengan hidung Rosmah. Muka pun lebih kurang je. Hmmmm coincidence much? Hshshshs 


Image result for rosmah mansor 2018

Baghiah ni lebih kurang dengan Valak lah bila scene dia muncul tu sama macam scene Valak muncul dalam The Conjuring 2. Bu Laras lagi power dari Lorraine okay sebab dia berlawan guna kerambit dan pisau yang Raynald ambil lepas bertapa di gua tempat syaitan bersembunyi.


Dalam Sabrina bukan setakar seram dengan hantu je, misteri, thriller, action, romance, drama, politik semua ada. Apa lagi yang you guys nak, semua dah ada dah. Cuma scene action tu lah macam hmm nampak tak sharp, senang sangat Baghiah mati. 


Sinematografi agak cantik dalam movie Sabrina ni since 2 movie sebelum ni dapat sambutan bagus so boleh tambah bajet lebih agaknya untuk visual. Lagipun dalam The Doll 2, team visual dah tercalon untuk kategori Tata Efek, for sure lah Rocky kekalkan team visual dan sound effect untuk movie ni.


Rasanya ada Sabrina 2 sebab hujung movie Bu Laras lepas berdialog cintan cintun dengan Raynald, dia dapat call ada keluarga kena kacau dengan anak patung berhantu dan lebih dashat dari keluarga Maira. I can’t wait!!!!!


p/s : Dalam movie ni Bu Laras dah tak pakai bantuan ustaz dan doa ye compared to previous movies tapi dengan bantuan rantai azimat, pisau pemujaan dan cara lain which I find it funny sebab pak ustaz gagal halau hantu hshshs

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.5/10

21 comments

  1. tengok trailer kat tv dah rasa seram..

    ReplyDelete
  2. tengah2 baca tiba2 ternampak rosmah haha tiba2 jadi lebih seram.

    ReplyDelete
  3. memang tak tengoklah.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. alamak..seram nya.. TB ni dah la penakot.. nak tengok citer seram-seram ni macam tak kuat jiwa dah.. hahahaha... nanti malam2 siap pakej ngigau bagai.. haha

    ReplyDelete
  5. Betul-betul seram ni cerita sabrina. Lisa dulu selalu gak tengok cerita indon hantu tapi sekrang tak berani pula. Tapi kalau tengok ramai-ramai mesti best tengok cerita ni.

    ReplyDelete
  6. macam seram je ni.. tp anak2 saya suka tengok cerita seram tau.. suka tengok tapi penakut.. mcmana tu? haha

    ReplyDelete
  7. Dah pernah tengok cerita ni. Patung tu sangat menyeramkan. In real life idak la nak beli patung macam tu. Besar sangat. Luna Maya pun menyeramkan bila dalam cerita tu dia kena rasuk...

    ReplyDelete
  8. Macam mana lah pelakon² ni menjiwai watak² dalam movie seram ni ek. Fuhh, gugur jantung.

    Ruby suka tengok cite hantu. Tapi anak² tak boleh ada sekali lah. Kang kesian malam² ngigau nak tdo.

    Eh tanjat tau. Kenapa tetiba ada gambar si R di situ. Hahaha. Kerana hidungnya 🥴

    ReplyDelete
  9. amboi nakal bandingkan sabrina dengan orang tu hehe. tengok trailer boleh tahan seram. BBL bukan minat sangat tengok cerita hantu ni risau terbawak dalam mimpi je.. huhu apa-apa pun cerita hantu indonesia boleh tahan seram level nya

    ReplyDelete
  10. Takut nak tengok citer2 seram ni. Dari zaman bujang sampai dah kawen pon stil takut. Kang tak boleh tido.

    ReplyDelete
  11. Hurm.. tak lah seram sangat berdasarkan apa yang awak tulis. Dan bab perjalanan cerita seakan movie laintu, ahh boleh buat mood lari tau. Kan best createlah ilham tersendiri.

    ReplyDelete
  12. Luna maya berlakon movie hantu, memang terbaikla watak dia macam tu. Kejap lg nak download la layan. Jarang jumpe movie seram yang extremist ni

    ReplyDelete
  13. Yaya suka tengok citer seram ni. Bila dah ada anak ni, banyak tengok movie budak-budak je.

    ReplyDelete
  14. aida tgk semua citer sabrina ni.
    conjuring pun semua tgk, farhana.
    so the way u citer dlm ni memang buat aida throwback those movies.
    memang suka tgk citer gini.
    tapi tu lah... ada plak benda kelakar dlm citer ni - rosmah! :) ha ha ha ha ha aduhai, farhana.

    ReplyDelete
  15. Sabrina ni.. Yg part 2 ke? Yang ni blm tgk rasanya, menarik jugak ni... Ada link kat youtube tak?

    ReplyDelete
  16. Hahahahaha dah laa cara awak ceritakan cerita ni pun dah kelakar. Pastu bawak masuk pulak muka rosmah. Lagi tambah kelakar. Tak seram dah 🤣

    ReplyDelete
  17. sis kalau tgk gini mula nk jerit.. sbb mudah terkejut... haha.. prnh tgk citer antu ngan asben n anak2.. dr seraam dh jdi suka gelak2 =D nnti nk rekomen kat famili citer ni plak

    ReplyDelete
  18. Ok tegezut sis tetiba ada gambar rosmah adehh. Haha. Dulu Bella suka tengok movie Horror ni. Keluar kat wayang je, tengok. Suka tengok ngan bff Bella pastu bebel2 bila masuk bab menakutkan. Tapi lately ni macam terlebih penakut pulak. Faktor usia kot. Lemah semangat hahaha..

    ReplyDelete
  19. Sis memang suka cite2 seram macam ni. Nak kata tak takut kdg2 takut gal..tapi seronol..hehehe. Nanti nak tengoklah cerita Santina ni

    ReplyDelete
  20. k mid suka gak tengok cerita seram tapi yg sabrina nie belum tengok...kadang2 yang bab suspen2 dan buat kita terkejut tue je buat kita takut..

    ReplyDelete
  21. Kita dah tengok movie ni ok lah jalan ceerita cuma munhkin model patung tu boleh ditambah baik lagi sebab tak kena sangat lah hurmmm apa pun cerita hantu dari seberang dah mula banyak sekarang ni hehehehe....

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.