Sunday, 25 August 2019

Borneo Street KL, Citta Mall


Rabu lepas masa datang Citta Mall untuk beli kek dah ternampak Borneo Street KL ni, I guess ekspo ni berlansung selama seminggu sebab habis on weekend which is today. 

Hari Rabu tu just tengok sekali lalu je sebab nak cepat. Hari ni baru habiskan masa jalan-jalan dan rasa semua benda yang ada. 




Dalam brochure tu ada beberapa tempat di area Selangor dan KL sampai September depan. Ekspo ni tak besar mana pun, just beberapa gerai jual makanan, buah-buahan Borneo, kek, barang perhiasan, baju, kraf tangan dan lain-lain. 







Masa datang Rabu lepas, ada tester untuk Kopi Tenom ni. Walaupun dulu pernah pergi ladang kopi di Tenom tapi tak pernah teringin nak minum sebab dulu tak suka kopi. Sekarang baru terhegeh nak suka dekat kopi. Harini datang memang aim dah nak beli Kopi Tenom ni. 










Ikutkan nak beli Kek Lapis Sarawak sekali tapi tak cukup budget lah walaupun sedap-sedap. Gaji pun I tak start kira lagi, next week baru masuk. Tapi lepasni kalau nak beli pun tahu dah dekat mana nak cari. 












Dekat ekspo ni boleh makan ulat sagu percuma je, fresh pulak tu. Gemuk datang dari Sabah bawa ke sini. Rabu tu banyak lah, sekarang dah nak habis dah. I tak berani nak makan. Kembang tekak tengok dia bergerak. 



Dekat sini ada tempat makan tapi quite limited lah dalam 3 meja je so tak dapat nak rasa Mee Kolo ataupun makanan Borneo yang lain.



 


Geram tengok bambangan dengan buah tarap, dah la tak dapat makan. Dulu masa dekat Sabah, musim buah je happy dapat makan. Siap pergi Sipitang join pesta buah dekat sana. Dah dekat Semenanjung ni, menung je lah mana nak cari. 


Dekat ekspo ni ada band Chot & Friends tak silap nyanyi dekat sini. Didn't stay that long to hear them sing sebab masa I datang diorang tengah rest. Hopefully ada lagi ekspo Borneo ni and buat lebih luas lagi supaya meja makan tu bertambah banyak. And hopefully jugak I ada duit jugak nak memborong haha kbai

7 comments:

  1. mee kolok sedapnyaaaa... haha aminn semoga nnti ada lagi ekspo ni you ada duit utk shopping byk2 hehe

    ReplyDelete
  2. best jgk kalo dpt pegi ni..
    yela kalo nk terbang ke borneo xtau bila dpt pegi.. haha

    ReplyDelete
  3. Adoi.. bestnya ekspo macam ni.. Ada makanan/buah yang kita tak pernah jumpa.. Ulat sagu tu kemain.. hehehe.. meliuk-liuk dia.. Kopi tenom tu sedap ke Farhana..? Cantik corak batik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah best tapi sikit je. makanan pun tak banyak sangat. Kopi tenom tu sedap. haritu rasa ada rasa manis buah

      Delete
  4. menariknya... tp naper lah tak di buat lama lg kan... teringinnya pergi... suka nengok kain dia yg coraknya lawo2 tuh... hasi kerja manik dia tuh cantiknya... juga gelang pearl tuh.. ingatkan buah ciku bambangan rupanya...

    ReplyDelete
  5. nape la diorang tak datang ke johor ni kan..boleh la akak makan buah tarap dengan bambangan tu...tiap kali balik bintulu, tak masuk pulak musimnya....gerammm

    ReplyDelete

  6. ayo daftarkan diri anda di 4g3n365*c0m :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.