Kontroversi Priyanka & Ayesha 'The Yelling Girl'

Thursday 22 August 2019

Kecoh masa awal bulan haritu tentang Priyanka kurang ajar dengan Ayesha yang suarakan tentang betapa hipokritnya Priyanka sebagai duta UN tapi support nuclear war dengan tweet Jai Hind #IndianArmedForces. 

You guys boleh tengok video tu di sini. 


Though I dislike how Priyanka react to that girl tapi kalau diikutkan Ayesha agak kurang ajar at the first place.  Tak faham macam mana Ayesha boleh tuduh Priyanka support nuclear war sedangkan Priyanka cuma tweet Jai Hind. 

Back in February 2019, satu serangan dari pihak terrorist mengorbankan 40 orang askar di Pulwama. Disebabkan hal ni, PM India, Narendra Modi minta penjelasan dari PM Pakistan, Imran Khan tapi PM Pakistan gagal kemukakan bukti dia tak sumbangkan dana kepada puak terrorist Jaesh-E-Mohammad. 

Imran Khan mengaku sebanyak 30,000 hingga 40,000 orang terrorist di Pakistan dan 40 kumpulan aktif di sempadan. 

Image

Negara India nak berperang dengan terrorist bukannya dengan negara Pakistan bila Pakistan sendiri gagal kawal masalah ni. Susulan dari kematian 40 askar India, tentera udara hantar 2 jet pejuang untuk bom kem terrorist di Balakot. Malangnya satu pesawat ditembak dan terhempas di negara Pakistan. 

Lepas 9 hari ditahan dan Konvensyen Geneva melarang sebarang tindakan ganas ke atas pilot India, pihak Pakistan setuju untuk lepaskan Komander Abhinandan tapi serangan terhadap Priyanka bermula bila dia dan beberapa rakan artis lega bila Komander selamat pulang ke India. 

Image

Beberapa petition mula keluar supaya Priyanka dibuang dari menjadi duta UN cuma bezanya petition pada bulan Mac yang disokong oleh 90,000 orang ni menggunakan alasan Priyanka support Pakistan bombing. 

Image

Masuk bulan Ogos, berubah kepada support nuclear war bila Imran Khan mention tentang nuclear war untuk buktikan kemampuan ketenteraan Pakistan. India ada 'No First Use' policy sejak tahun 1988 walaupun military forces negara India lebih kuat dan nuklear lebih hebat.  

Hari Komander Abhinandan antara hari yang gembira untuk rakyat India. Bukan setakat Priyanka je yang tweet Jai Hind tapi ramai lagi selebriti lain yang tweet Jai Hind especially Amitabh Bachchan yang juga duta India dan duta UNICEF. 

Image

Image

Image

Image

So agak melampau lah kalau Ayesha pergi ke public event untuk tuduh Priyanka support nuclear war sedangkan Pakistan yang mulakan dulu pasal nuclear war. Kalau dia rasa Priyanka hipokrit sebab tweet Jai Hind, jadi kenapa dia boleh bergurau tentang perang?

Image

Bila UN ignore petition awal dan kes Ayesha, so Kerajaan Pakistan secara rasminya hantar surat ke UN HQ dan minta supaya Priyanka dibuang sebagai duta. 

Image
But thankfully UN dah keluar statement menolak permintaan Pakistan sebab tweet Jai Hind Priyanka tak ada unsur menyokong tindakan nuclear war dan bersifat patriotik kepada negara adalah hak peribadi Priyanka dan tak mewakili UNICEF. 

8 comments

  1. besar juga isu ni... harap2 settle lah cara baik ..

    ReplyDelete
  2. adui laa pening baca byk sgt konflik. peace, no war ok

    ReplyDelete
  3. uik..dahsat jugak tu...sebab tu bila jadi public figure, kena berhati2 dengan apa yang ditulis di media sosial..huhu..lagi2 bab pakistan-india ni, dari dulu memang diorang ni macam korea utara-korea selatan...

    ReplyDelete
  4. uishh. bru tau kes ni after masuk blog ni. nice info. thankyou semoga murah rezeki awak and share byk lagi benda2 best
    jalan2 sini https://theathra.blogspot.com/ :D

    ReplyDelete
  5. Huk alah.. dia dengkilah tu.. Walhal orang tu seronok askar dia dibebaskan bukannya support perang tu.. adoi.. apa punya mentalitilah.. Harapnya tak kena buanglah Priyanka tu..

    ReplyDelete
  6. dari tak ada isu timbul isu lain adoi aiiiii

    ReplyDelete
  7. Dengki la tu dia tak jadi duta

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.