Movie Review : India’s Most Wanted

Monday 26 August 2019


Director : Raj Kumar Gupta
Writer : Raj Kumar Gupta
Cast : Arjun Kapoor, Sudev Nair, Rajesh Sharma, Prashanth Alexander, Shantilal Mukherjee
Production Company : Fox Star Studios, Raapchik Films
Distributor : Fox Star Studios
Genre : Crime/Thriller/Action
Running Time : 123 minutes
Release Date : 24 May 2019
Trailer :


Dari tajuk pun dah boleh agak movie ni berkisarkan tentang terrorist yang paling dikehendaki di India. Inspired by true events bila banyak letupan berlaku di tempat awam dan mengorbankan ramai orang. Dalang dalam letupan ni ialah Ghost dan semua unit khas anti-terrorist tak ada klu siapa yang terlibat.


Prabhat Kumar (Arjun Kapoor) dapat satu call dari Octopus di Nepal bagitahu yang dia ada info tentang Ghost tapi team Prabhat tak dapat kelulusan dari Centre untuk pergi sana sebab tak ada bukti. Lagipun ada informer baru je mati kena tembak dengan polis Pakistan. Nak hantar satu team agak risky.


Tapi Prabhat nak jugak pergi Kathmandu sebab dia tahu Octopus boleh dipercayai. Boss dia, Rajesh Singh (Rajesh Sharma) tahu perangai Prabhat ni macam mana. Kalau dia kata nak buat, memang tak boleh halang dah. Rajesh cuma pesan supaya berhati-hati dan dia bagi masa 4 hari untuk sahkan info tu tepat ataupun tak.


Diam-diam Prabhat join force dengan kawan polis dekat sana sebab dia tak cukup duit dan manpower dalam operasi tu. At first macam sangsi jugak dengan informer di Nepal tu sebab gaya dia agak mencurigakan.


Tapi bila dia explain dan bagitahu yang nyawa dia terancam lebih teruk dari team Prabhat, boleh faham lah kenapa dia ambil langkah yang sangat berjaga-jaga. Walaupun info tentang Ghost tu sahih tapi Kedutaan Nepal dan Pakistan taknak bagi kerjasama dan buru team Prabhat supaya tak bawa Ghost pergi ke India.


Cara director bikin movie ni memang nampak dia memang dah buat kajian mendalam tentang tragedi ni cuma cara dia portray character Prabhat dan team yang lain tu agak hambar sikit. Lakonan Arjun pun tak menyerlah macam movie sebelum ni. Ada jugak scene yang tak patut ada dan draggy padahal genre thriller.


The pace quite slow with some hambar dialogues dan tak banyak pun dialog padu dalam movie ni. Even Arjun deliver dialog yang boleh jadi punchline pun nampak malas sangat. Jangan kata hero je, yang berlakon jadi terrorist pun tak banyak membantu supaya movie nampak hidup. Lagi rengsa tengok second half. 


India’s Most Wanted man, tapi cara masing-masing macam tangkap ikan bilis je. I just love the fact this movie is based on true story bila India jalankan operasi khas untuk tangkap Yasin Bhatkal bila dia letupkan 52 tempat awam di India sepanjang 2007 hingga 2013 dan digelar India’s Osama. Satu je alasan dia bom sana sini, sebab dia kata tak ada agama selain Islam boleh bertapak di Bumi ni.


Though the music album quite bad but the visuals are breathtaking! Sepanjang tengok movie ni happy sangat tengok kecantikan Nepal. Selama ni ingatkan ada Gunung Everest je tapi banyak lagi tempat cantik yang lain. Fuhhhh!
 





Overall movie ni boleh la nak layan tapi untuk peminat action thriller, boleh pass je lah. Dalam movie ni ada la bagitahu kenapa SRK selalu kena tahan dekat airport US sampai dia meroyan dekat Twitter. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.2 = 5.8/10

4 comments

  1. dh lama sgt tak layan movie tamil nih... kdg lagi layan movie tamil ni dari bollywood... tp tulah kadang hero dia mcm sendu sikit... tp mmg cantik betul pemandangan yg ada tu yek

    ReplyDelete
  2. cantik view nya. kalau ckp bkn kat nepal pun org akan percaya

    ReplyDelete
  3. Cantiknya Nepal.. :)

    Arjun Kapoor ni maaf cakap style lakonan dia macam tiru Salman Khan sangat. Tahu la Salman Khan tu idola dia (walaupun akhirnya dia pi 'ambik' bekas kakak ipar Salman buat makwe.. ehhh..) tapi cuba lari sikit dari bayang2 Salman Khan tu. Dulu Shahid Kapoor pun banyak tiru SRK, tak melonjak pun karier dia.. tapi lepas Shahid di beri watak yang berbeza dan berani, dia buktikan dia boleh jadi pelakon yang lebih baik kalau dia tak tiru sesiapa. Macam tu la bagus.

    ermm.. lepas ni si Jackie Sharoff pula.. jangan la duduk bawah bayang-bayang Hitrik Roshan tu. Belajar la dari kesilapan pelakon2 terdahulu. Filem terbaru Jackie dengan Hitrik kan..? wahhh.. bergasak je lah tu.. berlawan2 siapa menari paling cantik dan siapa punya body paling ketak2.. haihhhh.. malassss layan.. :p

    sorry panjang pula komen.. hehehee..

    ...

    ReplyDelete
  4. perghhh betul2 minat filem ni. Best baca. detail semua lengkap.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.