Blogger Challenge : Blogging Is Fun!

Thursday 15 August 2019

Do I love my job? 

YES!!!

I taknak sembang pasal full time job sebab baru je sebulan masuk kerja so I tak dapat banyak experience lagi so kita sembang about my part time job. 

1. Menulis Sebagai Terapi

Bila I stress dengan life, selain daripada menangis atau tengok movie, cara nak tenangkan diri dengan menulis dekat blog. Dapat update satu entri pun jadi lah. Kalau job full time tak mampu nak bagi masa untuk part time job means kena OT sampai blog terabai, tu mungkin akan effect meter kebahagiaan. Thank God kerja yang sekarang ni Isnin sampai Jumaat je so dapat la update entri time weekend. 

2. Networking 

Bila jadi blogger yang buat paid job memang akan jumpa la klien dekat luar. Tak semestinya job yang dapat tu dibayar dengan duit, ada yang dapat barang, gift, voucher ataupun free service dari business tu. Dekat situ kita boleh bina networking yang luas. Lagi ramai, lagi cantik lah networking kita nak pulak kalau dapat kenal public figure. 

3. Jadi Rujukan 

Zaman suka up entri personal dulu memang banyak entri meroyan je. Memang best dapat meroyan tapi tak datangkan faedah. Bila up entri yang ada info walaupun sikit, rasa best bila orang lain buat rujukan. Even entertainment pun, dapat jugak fakta yang membantu orang lain sikit sebanyak *ayat sedapkan hati hshshs*

How bout you guys?

5 comments

  1. Yup.. seronok je berblog.. menaip dapat melepaskan tekanan.. kadang tak sedar pun apa yang ditaip.. laju je jari tu mengetik huruf.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Sy suka dgn blogging. Rasa mcm x lengkap kalau tidak berblog walaupun x update entri mesti blogwalking blog yg lain. Part paling best apabila pembaca yg baca dapat info atau menfaat drp apa yg kita baca ^^

    ReplyDelete
  3. Dulu2 mmg buat blog sebab nk hilang kan stress masa belajaq... Tension hadap lab report berlambak2... Luah dekat blog...
    Ehh sangattttt... Time tu xreti LG apa itu jana duit dengan blog

    ReplyDelete
  4. Samalah kita. Blogging salah satu terapi untuk saya release stress dan sebagai medium untuk berkongsi perkara yang bermanfaat.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.