Reload T&G Di Mesin PayDirect T&G

Tuesday 20 August 2019

Raya Haji haritu balik kampung ternampak mesin PayDirect di Hentian R&R Elmina. Excited jugak la nak guna sebab inisiatif baru dari T&G untuk memudahkan pengguna topup T&G sebab tak semua tempat ada tawarkan service topup T&G ni. 


Masa tu baki tinggal berapa ringgit je, memang cadang nak tambah nilai dekat tol booth je sebab malas nak menyinggah ke 7E. Selalu kena tunggu lama kalau berhenti dekat 7E. 

Bila tengok yang guna mesin tu macam sekejap je, lagi rasa nak try topup dekat mesin tu. Bila sampai turn tak payah ambil masa yang lama pun untuk faham steps dia. 

Dekat mesin tu dah letak siap-siap numbering untuk 4 step mudah buat pengguna T&G. 

1 - Letak kad T&G di lubang yang disediakan. 


2 - Pilih service di skrin mesin ni. Sorry I tak ingat ada service apa lagi selain topup kad T&G. 



3 - Masukkan wang kertas ikut nilai yang dipilih. Wang kertas yang diterima not RM10, RM20, RM50 dengan RM100 je tau. RM1 dengan RM5 boleh simpan elok-elok dalam purse/wallet. 


4 - Dah settle buat payment, ambil la resit. 


Tak sampai 5 minit pun tau nak topup. Kalau ramai orang nak guna pun memang takkan beratur panjang melainkan yang nak guna mesin tu kena fikir lama service apa dia nak buat dengan berapa nilai dia nak tambah. Elok suruh dia fikir dulu sebelum berbaris. 

Hopefully T&G tambah mesin ni supaya senang pengguna nak topup T&G in case kad T&G tertinggal ataupun lupa check balance sebelum guna. Thanks T&G!

5 comments

  1. kan? teknologi sekarang berkembang pesat, dah memudahkan kita pengguna.

    ReplyDelete
  2. Bagus dah sekarang ada mesin reload. tak payah susah-susah dah

    ReplyDelete
  3. wah boleh try lah lepas nie. penah je nampak mesin tng nie tapi tak try sebab risau terkial-kial nak tekan mana :p

    ReplyDelete
  4. Harapnya mereka banyakkan mesin ini.. senang nak top up.. Sha suka lagi guna mesin ini.. cepat..

    ReplyDelete
  5. Betul tu, dah mudah sekarang sejak ada mesin tambah nilai TNG di kebanyakan hentian RnR.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.