Movie Review : Extreme Job

Wednesday 31 July 2019


Director : Lee Byeong-heon
Writer : Bae Se-young
Cast : Ryu Seung-ryong, Lee Hanee, Jin Seon-kyu, Lee Dong-hwi, Gong Myung
Production Company : About Film, Haegrim Pictures
Distributor : CJ Entertainment
Genre : Comedy/Action/Thriller
Running Time : 111 minutes
Release Date : 23 January, 2019
Trailer :


Ternampak dekat Twitter ada yang suggest layan movie ni sebab kelakar bila diorang undercover guna kedai jual ayam goreng tapi famous sangat sampai ramai yang datang non-stop.


Dalam team ni ada 5 orang detektif diketuai oleh Chief Go (Ryu Seung-ryong), Detective Jang (Lee Hanee), Detective Young-ho (Lee Dong-hwi), Detective Ma (Jin Seon-kyu) dan newbie Detective Jae-hoon (Gong Myung).


Team ni memang underperformed lah kalau bab nak tangkap penjenayah. Dekat awal movie pun dah nampak macam mana cara diorang nak tangkap penjenayah kecil tanpa rosakkan harta benda awam untuk minimize cost. Line ni sama macam dalam movie The Incredible.


Tapi malang nasib bila penjenayah tu kena langgar dengan bas sampai kereta lain brek mengejut sampai jadi accident besar bila 16 kereta terlibat. Memang kena hadap chief la cerita dia sebab dah jadi punca kemalangan besar macam tu.


At first bila tengok scene awal ni dah predict yang scene lawak dia recycle dan hambar tapi bila layan sampai habis, sakit tekak dengan perut sebab gelak banyak sangat. Tak boleh nak control dah dia punya level kelakar. Terbaik lah!

Paling best bila masing-masing dah excited kerja dekat kedai ayam goreng guna resipi keluarga turun-temurun Detektif Ma – “Suwon Rib Marinade Chicken”.


Tujuan asal diorang beli kedai ayam goreng ni sebab nak buat misi undercover je sebab bangunan kedai ayam ni berhadapan dengan tempat persembunyian geng Lee Mubae (Shin Ha-kyun), taikun dadah terbesar di Korea Selatan.


Tapi lain pulak yang jadi bila kedai ayam diorang famous sangat sampai tak cukup tangan nak handle semua customer dari pagi sampai ke malam. Diorang gigih buat resipi ayam goreng sendiri bila anak buah Mubae dah janji nak datang balik ke kedai tu untuk rasa ayam goreng diorang.


Dah cuba naikkan harga dan terhadkan jumlah jualan pun masih ramai lagi yang datang sampai naik taraf jadi makanan wajib cuba bila datang ke Korea. Disebabkan famous sangat, anak-anak buah Mubae pindah ke kawasan lain sebab taknak kantoi. Nak tahu macam mana diorang tangkap geng Mubae ni kena tengok sendiri lah. 


Kalau genre komedi berjaya hiburkan audience, wait for their action stunt! Kemas dan sharp dengan bantuan visual dan transition yang cantik especially second half bila misi undercover diorang dah terbongkar dengan anak buah Mubae.


Setakat ni movie Extreme Job dah jadi movie kedua tertinggi jumlah kutipan sepanjang masa di box office Korea dan rating kebanyakannya tinggi so do watch this movie kalau you guys nak power packed entertainment movie dari Korea. A must watch!

p/s : Tangung sendiri risiko terliur nak makan ayam goreng sebab movie ni ye.


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

3 comments

  1. baca review awak pun dah rasa movie ni kelakar, boleh tengok nanti..haha

    ReplyDelete
  2. kombinasi lawak dan ayam goreng...!! ahhh.. mesti la ku cari nanti filem ni.. :)

    ...

    ReplyDelete
  3. Ada tengok hari tu tapi sub dia ke laut, terus stop.. Nie boleh cari balik nanti..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.