Cast : Noomi Rapace, Willem Dafoe, Glenn Close, Marwan
Kenzari, Christian Rubeck, PÃ¥l Sverre Hagen, Tomiwa Edun, Cassie Clare
Production Company : SND Films (world), Vendôme Pictures
(world), Netflix
Distributor : Netflix
Genre : Sci-fi/Action/Thriller
Running Time : 123 minutes
Release Date : August 5, 2017 (Locarno), August 18, 2017
(United States)
Trailer :
Bila dunia dah overpopulation, sumber makanan akan kurang,
climate change pula kerap jadi sampai rosakkan sumber alam. Kerajaan terpaksa
buat something untuk kawal masalah ni. Dalam movie WHTM ni pada tahun 2043,
kerajaan kenalkan program Child Allocation Bureau di mana jabatan ni akan kawal
populasi negara.
Setiap keluarga cuma dibenarkan memiliki seorang anak. Kalau
ada yang beranakkan kembar, yang seorang dikekalkan dengan keluarga, yang
seorang lagi akan dibekukan dalam kapsul Cryosleep.
Jadi masalah bila Karen Settman lahirkan kembar 7 dan
meninggal. Ayah dia, Terrence(Willem Dafoe) jaga kesemua anak dan beri nama
ikut hari – Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday &
Sunday. Dan masing-masing akan keluar pada hari mengikut nama masing-masing.
Walaupun kembar 7 tapi personality masing-masing dan tahap
kepandaian pun berbeza. Terrence modified data bracelet yang wajib dipakai
semua penduduk di negara tu. Kesemua 7 beradik tu hidup dengan identity ibu
diorang, Karen Settman (Noomi Rapace) dan dilatih untuk sebarang
worst-case-scenario.
Semuanya berjalan lancar sampai la umur masing-masing
menginjak 30 tahun bila Monday tiba-tiba hilang lepas pergi ke bar bersama
rakan pejabat, Jerry (PÃ¥l Sverre Hagen). Monday tak pernah lewat dan paling
berdisiplin sekali sebba dia sulung.
Keesokannya Tuesday cuba untuk cari mana Monday tapi dia
ditangkap oleh pegawai Child Allocation Bureau. Rupanya rahsia diorang dah
terbongkar tapi Ketua C.A.B, Nicolette Cayman (Glenn Close) taknak hebohkan
perkara ni sebab ada election.
Friday cipta tracker supaya yang lain dapat tengok live
video dekat rumah sebab diorang tahu ada something yang tak kena. Turn Wednesday
keluar dan jejak Jerry sebab Tuesday bagitahu benda ni ada kaitan dengan Jerry
sebelum dia kena tangkap.
Tak banyak yang Wednesday dapat korek sebab tentera C.A.B
dah kepung dan cuba bunuh dia. Adrian (Marwan Kenzari ), pegawai C.A.B yang bercinta dengan Monday pergi ke rumah
untuk jumpa Karen bila dia nampak Karen dekat pejabat C.A.B.
Saturday cuba distract perhatian Adrian masa dia cua sync
bracelet untuk data C.A.B.dan dalam
masa yang sama Thursday dengan Friday cuba selamatkan Wednesday daripada C.A.B.
Berjaya ataupun tak 7 beradik ni lawan pihak C.A.B kena tengok dalam movie ni.
Lakonan Naomi paling menyerlah dalam movie ni sebab dia
lakonkan 7 watak berbeza dalam waktu yang sama. Tak nampak langsung pun yang 7
karakter tu datang dari orang yang sama. Lucky for her semua bentuk badan sama
so tak perlu letak extra makeup atau extra weight dalam movie.
Part action memang cantik sebab dia buat sendiri semua stunt
cuma tak banyak la since askar semua pakai teknologi dan senjata. Teknologi
dalam movie ni habis kuat pun skrin nipis dengan bracelet. Tak ada teknologi
macam dalam Black Mirror ataupun kereta terbang or else. Nothing much improved
for the future pun untuk audience amazed.
Walaupun tema masa depan kena atasi masalah overpopulation
atau kekejaman CBA tapi suka dengan ayat Nicolette Cayman sebelum dia masuk
mahkamah. Sekarang mungkin orang akan bersorak sebab salah dia tapi nanti
dorang akan sakit cari siapa yang mampu tanggung masalah overpopulation ni.
Manusia tak nampak kesilapan diorang yang satu ni.
Well, dalam tanda akhir zaman pun dah ada mention tentang ni
so its quite exciting lah bila negara Barat dah start sebar awareness through
their entertainment medium meanwhile kita dekat sini masih lagi dengan cinta
dua darjat.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
macam best je ni. nak cari la..
ReplyDeleteMalaysian still stuck kalau bab-bab macam ni. Tak habis-habis dengan duk bercinta je, cinta terhalang lah apa lah erghh
ReplyDelete