Lirik Lagu Khayal - Stacy

Saturday 20 July 2019

Minggu ni Stacy datang ke Era dengan Hot untuk promote single terbaru dia, Khayal ciptaan Bunga Cantik, Hang Nadim dengan Ziin. 

Masuk lagu ni dah tiga lagu yang ditulis sendiri oleh Stacy lepas lagu Rampas - ATM & Cantik - Shahrul Kamal. Untuk lagu ni, Stacy bagitahu bekerja dengan Akim agak strict dan cerewet even suami sendiri but the outcome worth it! 


Kalau lagu Raja tak dapat masuk AJL, I hope lagu ni boleh tercalon. Dah lama tak tengok Stacy bawa geng dancer dia show off dance skills atas pentas. Bosan dah tengok tema yang sama je atas stage AJL. 

Lagu Khayal genre Electro pop dance, beat dengan lirik memang best especially part chorus. Lagu Khayal mengisahkan tentang escapism ke dunia fantasi yang lebih indah dari realiti bila perit nak hadap. Official MV akan keluar 25 Julai nanti, tengok stills Stacy macam gempak je MV dia. Can't wait! 

Yang belum dengar boleh klik video dekat bawah. 


Lirik Lagu Stacy - Khayal
Lirik : Bunga Cantik
Komposer : Bunga Cantik, Hang Nadim & Ziin
Syarikat Label : Nova Music Sdn Bhd

Khayal lah bayangkan kamu
Setiap inci dirimu
Suara sayup terdengar
Memanggil namaku
Hey, putar lagu cinta
Dari album lama
Beratapkan langit berteman bintang
Purnama bersinar bagai berlian

Bawaku bersama terbang ke alam fantasi
Hembus nada cinta bersaksi bunga menari
Berlari atas pelangi di dunia ilusi
Imaginasi kau kan aku
Biar cinta kita sampai ke bulan

Sampai ke bulan x4

Mari menari pari-pari
Dancing together in your fantasy
Hey, putar lagu cinta
Dari album lama
Purnama bersinar
Bagai berlian

Bawaku bersama terbang ke alam fantasi
Hembus nada cinta bersaksi bunga menari
Berlari atas pelangi di dunia ilusi
Imaginasi kau dan aku
Biar cinta kita sampai ke bulan

Bawaku bersama terbang ke alam fantasi
Hembus nada cinta bersaksi bunga menari
Berlari atas pelangi di dunia ilusi
Imaginasi kau dan aku

Bawaku bersama terbang ke alam fantasi
Hembus nada cinta bersaksi bunga menari
Berlari atas pelangi di dunia ilusi
Imaginasi kau dan aku
Biar cinta kita sampai ke bulan..

1 comment

  1. Sekarang ni ramai penyanyi yang tulis lagu untuk diri sendiri. Saya tak dengar lagi lagu Stacy yang baru ni.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.