Friday, 19 July 2019

Movie Review : The Nun


Director : Corin Hardy
Writer : James Wan, Gary Dauberman
Cast : Demián Bichir, Taissa Farmiga, Jonas Bloquet, Bonnie Aarons, August Maturo
Production Company : New Line Cinema, Atomic Monster Productions, The Safran Company
Distributor : Warner Bros. Pictures
Genre : Mystery/Horror/Thriller
Running Time : 96 minutes
Release Date : September 4, 2018 (TCL Chinese Theatre), September 7, 2018 (United States)
Trailer :


Movie spin-off The Conjuring 2 yang mengisahkan tentang asal-usul hantu biarawati yang paling berkuasa, Valak (Bonnie Aarons) di Romania. Menggunakan tagline 'Witness the darkest chapter of The Conjuring universe', for me yeah sure memang the darkest sebab tak ada lampu sangat pun. 

Plot masa movie ni around 1952, zaman yang guna kereta kuda untuk travel but that’s not the main point here. Kita pun dah sedia maklum yang Valak ni sejenis hantu dari zaman lama. Cuma kita nak tahu sejarah kewujudan Valak dan kenapa dia sangat digeruni walaupun dia cuma muncul dengan muka tepung gomak dan mata panda.


So turns out dekat church ni ada sesi pemujaan dan lubang tu dah crack sampai Valak boleh keluar dan kacau semua biarawati dekat sana. Kalau tengok level diorang berdoa boleh kata Valak ni level tinggi lah sebab tak lut langsung dengan cross dan doa.


Nak kurung Valak ni kena guna darah Jesus yang diorang simpan dekat dalam bilik berpuaka dan darah Jesus ni sama level tak logik dengan darah biarawati yang mati bunuh diri dekat church tu bilamana tak kering dan fresh macam baru merembes semalam. Rasanya darah tu pun macam tak reti habis jugak.


Dalam movie The Nun ni you guys bukan setakat jumpa Valak tapi hantu Daniel (August Maturo) yang selalu kacau Father Burke (Demián Bichir)bila dia meninggal lepas kena rasuk. Kedatangan yang sia-sia sebab tak meninggalkan apa-apa impak seram dan membantu plot cerita pun.


Sister Irine (Taissa Farmiga) pula kena ganggu dengan roh biarawati dekat gereja lama tu. Supposedly guru bijak macam dia dah boleh faham kot yang semua sister dekat situ adalah jelmaan hantu sebab mayat Sister Oana (Ingrid Bisu) yang bunuh diri tu biarawati terakhir yang hidup.


Dalam franchise The Conjuring ni, I think Conjuring 1 je yang betul-betul seram dan buat I tak boleh nak move on especially scene tepuk tangan. Movie yang lain including The Nun ni gagal untuk jadi filem seram. Method yang sama, jumpscare. Hantu datang, camera focus dekat dia, dia hilang bila camera lari dia muncul. Predictable!


Bila some scenes kita dah boleh predict, dah memang tak datang dah rasa saspen dengan seram tu. You just watch sebab you already watch all movie in this franchise. Which is sad lah sebab setia dengan franchise yang membosankan dan hambar.


Predictable plot dia tu sampai ending pun dah boleh predict macam mana tambah pula kalau you guys audience setia franchise ni sebab you guys akan kenal siapa Frenchie(Jonas Bloquet) yang sebenarnya.


Recommended? I’m not sure sebab sejarah Valak ni kalau tak ambik port pun takde masalah rasanya tapi bila James Wan and the team nak buat The Nun 2, mungkin you guys kena tengok. Kot. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 5/10

4 comments:

  1. Kalau cerita hantu memang tak akan tengok kecuali suami nak tengok hahahha

    ReplyDelete
  2. The conjuring 1 paling okay banding dengan yang lain, asyik repeat je lepas tu asyik sebut 'wah anak dia lima-lima pompuan', The Nun macam boring sikit, ke aku sorang yang rasa macam tu? Haha.
    By the way, nice review Pana. Sebab tu suka baca review Pana, jujur, takde fake ke apa. Keep it up.

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

    ReplyDelete
  3. Dah tengok dah cerita ni. Nak tau asal-usul hantu conjuring punya pasal.

    ReplyDelete
  4. da tgk citer ni.
    x minat la...
    boring pada aida.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.