Cannes 2019 Fashion File : Sonam Kapoor

Friday 12 July 2019

Okay this is the last one for Cannes appearance this year! My fav Cannes appearance every year sebab setiap tahun gabungan kreatif anak-anak Anil Kapoor akan come up dengan dress yang wow. 


Unlike previous years, kali ni appearance Sonam dekat Cannes agak debatable sebab dia mewakili Chopard dan bukan under L'oreal. Katanya contract dengan L'oreal dah habis but that's okay because the environment quite toxic to stay and Chopard have better portfolio for her.

Tahun ni Sonam datang dengan adik dia, Rhea Kapoor dan tambahan seorang stylist baru. Sonam dah bagi hint outfit dia di Cannes tahun ni mengutamakan konsep simple. So let's have take a look!

1. Chopard Photoshoot


Penampilan pertama Sonam di Cannes pun dah wow dalam rekaan Maison Valentino bila dia mengenakan oversized plain red dress dengan hiasan beropol di bahagian lengan dan pinggang hingga ke kaki. Gaya rambut braid dihiasi bunga putih dan fresh look makeup untuk hot summer look!

2. Conference At Cannes



Elie Saab is a must for Sonam in Cannes! Kali ni tampil dengan plain maxi dress berwarna biru navy dipadankan bersama bow tie bersaiz ekstra dipanjangkan tampak seperti cape dan wrap di bahagian tangan. 

Memilih gaya rambut low ponytail, sepasang anting-anting mutiara dari Chopard dan nude makeup untuk berinteraksi lebih selesa bersama pihak media.

3. Chopard La Nuit Des Rois Dinner Party


Every year without fail mesti ada satu design yang menyerlahkan kecantikan tradisi pakaian India dari fav designer Sonam. Kali ni Sonam memakai gabungan dress dan sari off shoulder rekaan Abu Jani Sandeep Khosla berwarna krim. 


Walaupun hiasan nampak tenggelam di luar studio tapi masih lagi nampak cantik ala maharani di zaman moden ditambah pula dengan dupatta di bahagian belakang, attached with her hair. Totally love that thick choker! Subtle makeup and smokey eyes? Perfect! She ace it with class. 

4. Chilling Out 


Jalan-jalan di Cannes pun Sonam tampil bergaya dengan maxi dress berwarna coklat gelap dipadankan bersama maxi coat berwarna krim dari koleksi Bougessa. Looks trendy with a simple bun, asymmetrical earrings, oversized shade, mini LV handbag and pair it with black sandal. 

Nampak je simple tapi mini handbag LV tu berharga 5 juta pounds. Kecil macam tu boleh bayar seminggu bajet bercuti dekat Cannes. 

5. Chopard Event


Anyone up for Disney Bella Beauty & The Beast? Kalau Deepika memilih ruffle dress ekstra dari Ashi Studio, Sonam memilih gaya ringkas dengan dress off-shoulder yang beropol besar dan minimal di bahagian dada berona kuning mustard. 

Dress ni nampak bergaya sebab bahagian bawah mengembang ala gaun Victoria dan dipadankan bersama strap heels kuning.  Sleek ponytail untuk gaya rambut, lipstick merah terang dan anting-anting berlian dari Chopard. 

6. Red Carpet Once Upon A Time In Hollywood Premiere


Tampil berbeza tahun ni dengan konsep simple and sophisticated, Sonam sekali lagi memberi kepercayaan kepada Ralph & Russo dengan rekaan gabungan suit dan trail panjang berwarna putih ganding yang mengambil masa selama 495 jam untuk disiapkan. Dipadankan bersama stiletto runcing dan strap berwarna putih dari koleksi Jimmy Choo.


Though it is quite simple and fresh, yang mencuri tumpuan sebenarnya rantai leher bertingkat yang sarat dengan batu emerald dan berlian rekaan eksklusif dari Chopard dan tersenarai dalam list Best Jewels Cannes 2019. I dislike the bun, prefer she goes with updo ponytail which looks younger and chic. 

7. Leaving Cannes


Last but not least, Sonam memilih koleksi pakaian head to toe dari Fendi dari koleksi Spring Summer 2019 dengan padanan jacket bercorak symmetry dan skirt berjalur halus berwarna coklat cair dipadankan bersama round flat shoes dan mini handbag bercorak sama dengan jacket. Love the outfit but not the shoes. 

Overall fashion Sonam A+ di Cannes 2019! Thanks Rhea for all great looks and see you guys next year!

15 comments

  1. Cantik betul rekaannya. Volum pada gaun tu sangat wow. The outfit actually look fit with skinny girl. Perlu kena dengan bentuk badan yang tinggi langsing baru sesuai dengan semua rekaan tu. Yang paling saya suka, suit dan trail panjang

    ReplyDelete
  2. Artis Bolloywood kalau tak makeup bukan dah cantik. Bolloywood pun dah terikut2 barat, makin terdedah sana-sini, berbeza pada tahun 90-an.. huhu

    ReplyDelete
  3. Macam lebih kurang je gayanya awal sampai akhir Hihi.

    ReplyDelete
  4. Lawa-lawa rekaan baju yang dia pakai.. kena je dengan dia..

    ReplyDelete
  5. Oh actually tak kenal Sonam nii maybe sbb tak minat hindustan kot haha. anyway, not bad jugakla design outfit yg dia pakai, yet perhaps not really my taste. Ada yg nampak cantikk sgt at first glance cth mcm dress kuning tu huhu. Colour cantik2 semua. Overall not bad laa from my point of view heheh.

    ReplyDelete
  6. Artis artis Hollywood ni dari tahun ke tahun makin mendapat perhatian dan membina nama di Hollywood.
    Dan semestinya Sonam sentiasa menawan.. ������

    ReplyDelete
  7. Kita pernah tengok pelakon Sonam Kapoor ini belakon dalam filem Pad Man tak silap kita hehehe tapi memang cantik tengok lah pakai apa sahaja semua kena dengan beliau hurmmmm...

    ReplyDelete
  8. Tak kenai sape dia. So cuma tau yang famili galur dia memang semua artis dan pelakon. Semua baca kita suka. Cuba bagi sis pakai sepasang. Hehe. Tak sangka juga dia pun dah tembus Hollywood.

    ReplyDelete
  9. Lia suka sangta makeup dia + outfit dia memang tip top. Lia pun suka main 1 colour tapi elegance & versatile. Simple but nice

    ReplyDelete
  10. Wow Sonam is really stunning, i like her in Ashi Studio bright yellow ruffle dress

    ReplyDelete
  11. Wow nya baju-baju diorang. memang sesuai nak dijadika rujukan fesyen ni

    ReplyDelete
  12. mmg suka sgt bila nmpk artis pakai baju simple2, senang nk ikut untuk inspiration. i think my favorite is still the one when she was leaving Cannes, so casual and effortless

    ReplyDelete
  13. Vogue gila semua rekaan. Tapi kalau dah orang nya cantik macam tu, kalau bagi sarung guni gula pun tetap cantik jugak kan hehehe. Btw, maxi kaler biru gelap tu paling I suka

    ReplyDelete
  14. Wow dasyat rekaan idea mereka jauh lg dr fikiran mmg terbaikkk

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.