Monday, 8 July 2019

Movie Review : Raincoat (2004)


Director : Rituparno Ghosh
Writer : Rituparno Ghosh, Usha Ganguly
Cast : Ajay Devgn, Aishwarya Rai, Annu Kapoor
Production Company : Shree Venkatesh Films
Distributor : Shree Venkatesh Films
Genre : Romance/Drama
Running Time : 120 minutes
Release Date : 24 December 2004
Trailer :


Selalu dapat recommendation untuk tengok movie ni kalau nak tengok movie terbaik Aishwarya Rai and lucky for me jumpa link untuk layan movie yang pernah menang National Film Award for Best Feature Film in Hindi ni.

Mannu (Ajay Devgn) datang dari kampung Bihar untuk collect duit nak buka business baru tapi dalam diam ada niat nak melawat Niru (Aishwarya Rai), bekas tunang dia di Kolkata. Diorang putus bila Niru dikahwinkan dengan lelaki lain jauh lagi berharta dari Mannu. 

Even Mannu dah usaha buat loan kereta untuk impress parents Niru, dia tetap dengan keputusan untuk teruskan perkahwinan sebab dia taknak parents dia sedih batalkan sehari sebelum majlis.


Hari Mannu pergi jumpa Niru di rumah, hujan agak lebat. Asalnya Mannu nak singgah sekejap je tapi disebabkan hujan dan baju dia basah, Mannu stay dari pagi sampai ke petang di rumah Niru sembang pasal kehidupan diorang berdua. 

Sementara Mannu menipu pasal business dia, Niru pula menipu pasal kehidupan lepas berkahwin. Sebagai audience kita tahu Mannu menipu tapi tertanya-tanya tentang Niru sampai lah masuk second half bila Niru keluar pergi makanan bila landlord (Annu Kapoor) datang ceritakan hal sebenar.


Even lepas 6 tahun nampak yang Niru dengan Mannu still sayang lagi dengan each other tapi masing-masing taknak luahkan sebab Mannu respect marriage Niru and Niru tak mampu nak keluar dari perkahwinan dia. 

Sampai ke sudah tak tahu apa kesudahan cerita diorang berdua. Persoalan landlord pun Mannu tak jawab bila landlord tanya ‘Ni ikhlas ataupun balas dendam?’ lepas Mannu tahu kisah sebenar Niru tapi dapat juga hint yang Mannu ikhlas nak tolong.


Reaction bila tengok first half sama macam Mannu, tertanya dan berhati-hati, bila masuk second half rasa simpati sangat walaupun dalam hati sebenarnya sakit hati dengan kenangan lama. Boleh nampak Mannu tak move on lagi dengan Niru sebab dia tak kahwin lepas Niru tinggalkan dia.


Jalan cerita Raincoat simple je untuk genre romance tapi kunci kebahagiaan movie ni ada dekat penghujung movie bila Mannu isi bungkusan dalam raincoat tu. Kalau perasan pun nampak kasih sayang masing-masing sepanjang diorang menyembang.


Though Aishwarya menang Best Female Critics Award untuk watak Niru, nampak jugak plain dalam beberapa scene and Ajay being Ajay of course, bab watak intense ni bagi dekat dia je lah, senang je dia tapau.


Even dah 15 tahun movie ni masih cantik lagi dan sesuai nak layan tak kisah sampai berpuluh tahun akan datang pun. Jarang nak jumpa movie macam ni. Tak semua akan suka sebab slow pace dan banyak sembang tanpa lagu pun but still it’s a gem worth to watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.9/10

4 comments:

  1. Wow.. baca review Farhana nie buat hati rasa nak tengok tapi kena hold lah.. hehehe.. susah betul nak cari mood tengok filem hindi.. hehehe

    ReplyDelete
  2. lama tak layan cita hindi...betul kata sha..kena ada mood. cita ni nampak slow but pelakon dua2 strong tu

    ReplyDelete
  3. KIranya ending dia mereka still tak together la yer?

    ReplyDelete
  4. Terbaik ah movie ni! Jom baca tentang Promosi Pakej Umrah yang sangat murah dan Car Rental in Alor Setar yang semakin femes hari demi hari juga Kereta Sewa Kota Kinabalu 2020 , Kereta Sewa KL dan Kereta Sewa Langkawi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)