Movie Review : Raincoat (2004)

Monday 8 July 2019


Director : Rituparno Ghosh
Writer : Rituparno Ghosh, Usha Ganguly
Cast : Ajay Devgn, Aishwarya Rai, Annu Kapoor
Production Company : Shree Venkatesh Films
Distributor : Shree Venkatesh Films
Genre : Romance/Drama
Running Time : 120 minutes
Release Date : 24 December 2004
Trailer :


Selalu dapat recommendation untuk tengok movie ni kalau nak tengok movie terbaik Aishwarya Rai and lucky for me jumpa link untuk layan movie yang pernah menang National Film Award for Best Feature Film in Hindi ni.

Mannu (Ajay Devgn) datang dari kampung Bihar untuk collect duit nak buka business baru tapi dalam diam ada niat nak melawat Niru (Aishwarya Rai), bekas tunang dia di Kolkata. Diorang putus bila Niru dikahwinkan dengan lelaki lain jauh lagi berharta dari Mannu. 

Even Mannu dah usaha buat loan kereta untuk impress parents Niru, dia tetap dengan keputusan untuk teruskan perkahwinan sebab dia taknak parents dia sedih batalkan sehari sebelum majlis.


Hari Mannu pergi jumpa Niru di rumah, hujan agak lebat. Asalnya Mannu nak singgah sekejap je tapi disebabkan hujan dan baju dia basah, Mannu stay dari pagi sampai ke petang di rumah Niru sembang pasal kehidupan diorang berdua. 

Sementara Mannu menipu pasal business dia, Niru pula menipu pasal kehidupan lepas berkahwin. Sebagai audience kita tahu Mannu menipu tapi tertanya-tanya tentang Niru sampai lah masuk second half bila Niru keluar pergi makanan bila landlord (Annu Kapoor) datang ceritakan hal sebenar.


Even lepas 6 tahun nampak yang Niru dengan Mannu still sayang lagi dengan each other tapi masing-masing taknak luahkan sebab Mannu respect marriage Niru and Niru tak mampu nak keluar dari perkahwinan dia. 

Sampai ke sudah tak tahu apa kesudahan cerita diorang berdua. Persoalan landlord pun Mannu tak jawab bila landlord tanya ‘Ni ikhlas ataupun balas dendam?’ lepas Mannu tahu kisah sebenar Niru tapi dapat juga hint yang Mannu ikhlas nak tolong.


Reaction bila tengok first half sama macam Mannu, tertanya dan berhati-hati, bila masuk second half rasa simpati sangat walaupun dalam hati sebenarnya sakit hati dengan kenangan lama. Boleh nampak Mannu tak move on lagi dengan Niru sebab dia tak kahwin lepas Niru tinggalkan dia.


Jalan cerita Raincoat simple je untuk genre romance tapi kunci kebahagiaan movie ni ada dekat penghujung movie bila Mannu isi bungkusan dalam raincoat tu. Kalau perasan pun nampak kasih sayang masing-masing sepanjang diorang menyembang.


Though Aishwarya menang Best Female Critics Award untuk watak Niru, nampak jugak plain dalam beberapa scene and Ajay being Ajay of course, bab watak intense ni bagi dekat dia je lah, senang je dia tapau.


Even dah 15 tahun movie ni masih cantik lagi dan sesuai nak layan tak kisah sampai berpuluh tahun akan datang pun. Jarang nak jumpa movie macam ni. Tak semua akan suka sebab slow pace dan banyak sembang tanpa lagu pun but still it’s a gem worth to watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.9/10

21 comments

  1. Wow.. baca review Farhana nie buat hati rasa nak tengok tapi kena hold lah.. hehehe.. susah betul nak cari mood tengok filem hindi.. hehehe

    ReplyDelete
  2. lama tak layan cita hindi...betul kata sha..kena ada mood. cita ni nampak slow but pelakon dua2 strong tu

    ReplyDelete
  3. KIranya ending dia mereka still tak together la yer?

    ReplyDelete
  4. Terbaik ah movie ni! Jom baca tentang Promosi Pakej Umrah yang sangat murah dan Car Rental in Alor Setar yang semakin femes hari demi hari juga Kereta Sewa Kota Kinabalu 2020 , Kereta Sewa KL dan Kereta Sewa Langkawi

    ReplyDelete
  5. Not bad cerita ini. Plot cerita agar slow sedikit. Tapi boleh la hehe

    ReplyDelete
  6. Ooo.... Dah 15 tahun movie ni rupanya. Mereka yg minat genre filem mcm ni mungkin akan minat. Mat Drat suka layan filem action, jadi jarang menonton filem romantik mcm ni

    ReplyDelete
  7. Oh yesss Aishwarya is a darl, she has heer charm and always act so well.

    ReplyDelete
  8. macam best je citer die. memang minat dengan Aishwarya rai ni..pelakon yg hebat

    ReplyDelete
  9. patut la pelik tengok ashwarya rai macam muda sangat rupanya movie tahun 2004. Dari jalan cerita nampak macam menarik cerita ni. tapi iza lagi prefer filem yang ada action sikit instead of cerita cinta macam ni.

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak tengok Aishawarya Rai berlakon, dulu minat tengok cerita-cerita bollywood ni tapi sekarang nak tengok TV pun susah tak ada masa sangat. Bolehlah masuk ni dalam list movie untuk ditonton nanti.

    ReplyDelete
  11. Aduh mesti best kan cerita ni. Dah boleh imagine part masing-masing masih sayang satu sama lain tapi tak boleh nak buat apa. Kebetulan pulak siang tadi baru layan movie Hindustan, hahah serious gak rasa dah lama tak layan.

    ReplyDelete
  12. Wahhh. Macam menarik jalan cerita ni. I mmg suka aiswarai dan ajay. Jalan cerita hindustan yg lain drpd yang lain. Tapi i suka mcm mana perasaan sayang tu ttp ada dan pd masa yg sama saling menghormati lagi

    ReplyDelete
  13. Jalan cerita macam menarik je kan. Lama tak layan movie Hindi ni kan. Suka sangat dgn Aishawarya Rai ni.

    ReplyDelete
  14. tak pernah tengok lagi filem ni. nanti nak kena tengoklah . nampak menarik betol. dah lama tak tengok hindustan ni. rasa excited plak haha

    ReplyDelete
  15. baik punya sinopsis..kadang inilah penyebab jadi nak tengok , cerita camni kena hayati bebetul sebab nanti tak faham dan boring ...lebih kurang macam veer zaara

    ReplyDelete
  16. Dah lama tak menonton filem Hindi. Last rasanya Kabhi Kushi hehe.
    Bahaya la tengok citer Hindi, feeling over bila menonton hahaha

    ReplyDelete
  17. Wawa jarang layan cerita hindu.. Tp kalau hindustan2 ni layamlah.. Skrg pelakon bru2 dah kurang layan... Tp tgk sinopsis mcm best je.. Nnti nk tgk la klo de main kt utube ke apa..

    ReplyDelete
  18. Bila baca sinopsis macam stress je cerita ni tapi baca review cerita romance simple jadi nanti kita tengok la hihi

    ReplyDelete
  19. Alamak kite dah la hantu hindustan. Nak kene tengok ni sbb mcm best. Kusuuk dok baca sinopsi. cerita lama eh ni?

    ReplyDelete
  20. I never watch this movie before, this movie looks interesting! Both the actors and actress also good looking.

    ReplyDelete
  21. Jarang tengok cerita hindu ni. Suka baca review movie yang teliti ni.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.