Rumah Terbuka Sri Kassim, Sungai Besar

Wednesday 3 July 2019

Raya dah habis kita baru nak up pasal open house T.T

Raya tahun ni memang banyak dapat jemputan but this one is exception sebab bukan setiap tahun dia buat grand macam ni.


Dia buat kali ni gabungkan 5 event terus - Open House, Majlis Aqiqah & Qurban, Birthday, Majlis Kesyukuran Pindah Rumah Baru & Majlis Berkhatan.



Yang tak pernah kenal Sri Kassim ni, dekat Sungai Besar ada kedai pasaraya nama Sri Kassim. Sejak datang pindah ke Sabak Bernam tahun 2009 lagi memang shopping barang rumah dekat situ je sebab murah. Tak pernah tak sesak lah pasaraya ni. 

Sekarang ni mungkin berkurang sikit sebab dah ada Pasaraya TF dengan Econsave tapi tak berkurang banyak sangat sebab jalan sesak jugak. 

Luas tau halaman rumah ni sampai dia naik banyak khemah. Dekat belah belakang tu ada satu laman luas letak khemah jugak in case belah depan tak muat. 


Menu open house dia sama macam dekat kedai mamak. Selalu tunggu gaji je nak makan semua lauk, kali ni dapat la makan semua sampai kenyang tapi lauk sotong takde la. 




Disebabkan majlis birthday, ramai la budak-budak yang datang so ada clown dengan cotton candy free untuk tetamu. 




Open house ni lain daripada yang lain sebab pasang lagu hindustan haha

Sebelah tepi rumah Sri Kassim ni ada mini cage untuk semua pet diorang bela. Tapi tak banyak pun binatangnya. Angsa pun ada, dia la paling bising sekali. Geram nak sudu orang kot. 





Belah dalam rumah dia cantik jugak tapi malas masuk dalam sebab saudara dia yang datang memang dah ramai sangat. Dah kenyang makan, dah habis bergambar, balik lah apa lagi. Dah la Malaysia tengah panas raya ni. Tapi panas pun lemak tak terbakar jugak. 

6 comments

  1. Wahh...bestnya kalau dpt pergi open house yang meriah gini

    ReplyDelete
  2. mula2 baca tajuk tu , akak terbaca siti kassim hahahahha...

    bestnya, grand betul openhouse nih... mmg luas betul laman nya... pastu ayam grg tu ya ampun... ratah gitu je pun dh layan tuh

    ReplyDelete
  3. mcm kenduri kahwin da ni bezanya tak de pengantin je hehe

    ReplyDelete
  4. p/s nnt letak link kt blog profile ya.. sng sikit nk BW tq

    ReplyDelete
  5. Fuh, All in one!! memang meriah sungguh ni

    ReplyDelete
  6. Banyak betul majlis digabungkan dalam satu acara.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.