Monday, 1 July 2019

Bollywood Award Show

Ramai yang tak tahu sisi gelap award show dekat Bollywood. Even dekat industry Malaysia pun ada je award yang boleh beli dengan harga RM30k. Kenapa pula Btown tak ada ye dak?


Kalau ada yang kata benda ni fake ataupun tak masuk akal, semua ni didedahkan oleh journalist, film producer, critics, actor sendiri dan yang terlibat dengan industry. Bukan assumptions rambang yang datang dari mata lalat.


Dulu tak banyak award event dekat Btown. Filmfare je yang conquer tapi bila Zee Award masuk tahun 1998 & dapat kaut untung banyak tahun 1999, yang lain pun start buat award events. IIFA, Lux Award, Glam Award, GQ, Star Screen dll.

But still sebelum tahun ni pun ada juga kes beli award & utamakan nama-nama production house besar di Bollywood seperti Dharma & YRF.


Award event memang dapat banyak sponsor dari jenama tertentu so masing-masing compete untuk dapatkan star untuk perform dan datang collect award. Makin tinggi drama, makin tinggi rating. That’s why boleh nampak drama Alia lovey dovey dengan Varun, Sid & Ranbir setiap tahun.


Irrfan Khan pernah cakap award dekat India tak ada value pun melainkan Cannes ataupun Oscar. Mahesh Bhatt pernah keluarkan statement yang award event ni cuma ilusi semata.


1. Beli Award

Ni bukan perkara yang janggal pun sebab setiap award ada harga untuk dijual. Regular customer haruslah SRK & Deepika. Mana tumpah kuah mentor kalau tak ke protégé.


Dalam show Barely Speaking with Arnub, dia tanya SRK berapa banyak award SRK dah dapat. Berapa banyak pulak yang SRK beli. Though it was a joke, still orang industry dah masak benar dengan perangai shopping SRK.

Tahun 1995 Aamir perform dalam movie Rangeela sampai ada juri bagitahu dia akan menang Best Actor sudahnya SRK menang untuk DDLJ sebab dia beli award.


Untuk masuk dalam slot pencalonan pun ada juga harganya bila Madhuri beli slot supaya dicalonkan dalam Best Actress untuk movie comeback dia, Dedh Ishqiya.


Tahun 1974 Rishi Kapoor mengaku beli award Best Actor untuk movie Bobby dengan harga Rs30k walaupun Big B deliver performance terbaik dalam movie Zanjeer. Sampai sekarang dia rasa bersalah.



2. Editing


Kalau dekat Malaysia award event akan start lepas Maghrib sampai pukul 11 LIVE!!

Kalau dekat Btown start petang sampai pagi esok. Sebab tu ramai star malas datang. Nak tunggu sampai habis pun dah penat inikan pula nak datang sebab support member. Daripada support member baik pergi shooting, boleh siap 3-4 scene tak pun pergi photoshoot ataupun buat benda lain yang datangkan duit. Time is money.

Pernah je Ranveer Singh ambil award jam 3 pagi untuk kategori Best Actor, masa tu dah ramai yang balik. Dia berlakon je la excited dapat award walaupun bagi speech depan kerusi kosong sebab nanti diorang edit.


Kebanyakan star akan datang untuk buat performance sebab payment cantik. Reaction penonton dekat bawah tu semua edit ye so jangan percaya sangat muka Bebo menyampah tengok Shahid perform ataupun Salman excited tengok Kat onstage.


3. Arrangement

Selalunya award untuk bahagian teknikal ni start awal, award untuk Btown star dekat hujung event. Tahun 2017, scriptwriter movie Neerja tercalon dalam Best Screenplay. Tunggu punya tunggu kategori dia tak keluar sampai lah dekat hujung event.


Dia ingat Btown dah mula pentingkan team teknikal rupanya sebab Big B nak balik rumah awal. So diorang terpaksa anjak kategori Best Actor.  Bila masuk dalam TV, elok je tersusun ikut jadual asal.

Tahun 2007, Kangana menang award untuk Best Supporting Actress dalam movie Life.. In A Metro tapi penganjur taknak bagi sebab dia datang lambat 15 minit walhal dia stuck dalam traffic. Sudahnya Soha Ali Khan yang dapat untuk Rang De Basanti.


4. Star Lambat/Mengada

Walaupun ada yang kena tunggu lama sampai habis, ramai jugak yang datang lambat. Kadang dah hujung baru nak datang event. Nanti dalam TV, nampak la stars datang berjemaah padahal edit je.


Dulu ramai la stars sanggup berebut datang award event sebab susah nak dapat award. Kalau shooting dekat luar negara pun sanggup balik. Tapi sekarang ni call dulu dapat award ke tak ataupun dapat award pukul berapa.

Ada actress dah datang ke award event tapi taknak masuk sebab dia belum tentu dapat award Best Actress Critics untuk lakonan dia dalam movie biopic yang hit dekat BO. Ada juga kes foreign actress taknak masuk selagi pihak penganjur tak bagi award dekat dia.

Tahun ni supposedly Katrina dapat award untuk Best Supporting Actress untuk Zero so Kat dah keluar artikel dia nak datang award event tu tapi penganjur cancel last minute sebab nak bagi actress lain.

Kat cancel pergi award event tapi pergi bercuti dekat Maldives. Well since bercuti dekat Maldives sponsored by resort sebagai ganjaran promote Maldives dekat socmed.


5. Kategori Tambahan


Benda macam ni memang akan terjadi tapi disebabkan taknak jadi isu, nanti muncul la kategori tambahan. 

Ada kes award event ni call Salman Khan bagitahu dia akan dapat Best Actor tapi Salman kena datang stay sampai habis. Salman taknak.

So diorang call Akshay Kumar & Akshay setuju. Tapi haru-biru bila hari tersebut, both datang nak collect award. Salman dah panas hati, dia masuk dalam kereta. Akshay pulak tahu yang award tu sepatutnya dapat dekat Salman pun merajuk masuk dalam kereta tak nak keluar.

Sudahnya pihak penganjur bagi award dekat dua2. Sorang dapat Best Entertainer, sorang lagi Best Popular Choice. 

Kecoh tahun lepas bila wujud Nothing To Hide Award. It is absolute crap ever existed in Bollywood award events history.


6. Award Value

Kalau fans rasa actor dia paling bagus sebab menang award terbanyak, mungkin diorang tak pernah tahu yang award ni tak lah besar mana nilainya. Well except for awards given by the gov lah.


Itu pun National Award pernah ada kes juri dapat rasuah ataupun undi certain movie supaya kos perjalanan juri yang hadir ditanggung sepenuhnya.

Ritesh Shah, screenwriter pernah menang award & rasa award dia dapat tu habis tinggi nilainya. Lepas collect award ada random guy datang mintak pinjam then selfie & post video dapat award. Lepastu 4-5 orang datang buat benda yang sama sampai beralih ke 50 tangan.

Tahun 2015 ada movie bagus macam NH10,Masaan,Talvar,Baby tapi Prem Ratan Dhan Payo menang Best Film Of The Year. Best Male Debut dapat dekat Sooraj Pancholi untuk Hero kalahkan Vicky Kaushal yang bawa movie Masaan pergi Cannes & bagus dalam movie Raman Raghav 2.0.


Sebelum ni dapat award disebabkan talent/performance onscreen dan bukan bersandarkan pada commercial success ataupun popularity star semata. It such a shame bila certain performance yang menang boleh diganti dengan mudah.

Big B pernah bagitahu media yang dia pujuk Abishek supaya tak sedih kalah dengan Hrithik bila Guru pergi Cannes tapi tak dihargai & tak dapat satu pun award untuk performance dia. Big B kata performance dia dalam movie Deewar pun tak dapat award walaupun watak tu naikkan nama dia


‘Let’s move on and forget this topic of awards, before a tin can gets opened. Most would not be able to bear up to it.’ – Big B

Dalam talk show dengan Anupam Kher, dia tanya Akshay kenapa tak dapat banyak award then Akshay kata award event ni dah ditentukan. Siapa yang datang ke award event, actor tu akan dapat award rather than their talent/performance.


Pernah je Akshay jadi penyampai award, bila dia buka envelope untuk announce pemenang, dia nampak nama pemenang asal kena crossed & ditukar nama pemenang baru.

Akshay Kumar pernah bagitau dalam KWK yang dia tak kisah pun pasal award tapi dia nak payment untuk perform on stage. Varun dengan Akshay pernah revealed yang diorang akan dapat award kalau diorang reduce performance fees around 50%. Kangana pun pernah dapat offer yang sama.


Tahun 2013, Ajay Devgn pernah bagitahu yang award event ni untuk TV channel naikkan rating je bila big star datang event diorang. Siapa yang datang & perform akan dapat award. Dia tak pergi award event dah 15 tahun, sama juga dengan Aamir Khan.


Tahun 2009 Akshay menang Best Actor untuk movie Singh Is King tapi dia nak bagi Aamir untuk Ghajini. Dah pergi rumah Aamir pun still Aamir taknak terima.

Abhay Deol pula kata pergi la tanya star yang dapat award tu dapat sebab talent ataupun sebab dapat duit. Off record mesti ramai yang kata bukan sebab talent/performance onscreen.


7. Penyampai Award

Bukan setakat yang dapat award je banyak cekadak, yang nak sampaikan award pun mengada jugak. Sridevi pernah buat perangai taknak naik stage sebab dia nak bagi award dekat mega star, bukannya Lifetime Achievement Award.


Rekha pulak nak bagi award untuk Best Actor/Actress je. Jangan pelik kenapa muka dia je setiap tahun atas stage tu.


Done with this topic. Sebelum ada yang tanya, baik jawab awal-awal. Of course ada yang menang based on their performance supaya audience masih nak layan award event diorang. But still ugghhhh

20 comments:

  1. Ya Allah seriously? Berlakon pun dah macam main politik gitu

    ReplyDelete
  2. Tak sangka pulak industri hiburan ni pun banyak taktik kotor begini ya. Adakah saya terlalu innocent? Hahahah. Tak elok betul dah orang tu menang boleh main cancel cancel pula. Dah kalau penganjur pun perangai macamtu, elok lah diorang malas nak datang event tu.

    ReplyDelete
  3. Uish ! Banyak juga sisi gelap ya? Cx baru tahu . Ingatkan diorang betul³ layak untuk memang dan pegang award tu. Rupanya beli. Alahai! SRK dan bobby rasa mcm tak percaya pula. Why you want to buy if you already have talent to prove people? Alahai. Rugi

    ReplyDelete
  4. wow great sharing, mesti bollywood die hard fan eaa nii hehee salute lah bila baca semua info sharing ni..tbh selama ni tak pernah amek tau sbb mmg tak minat langsung dunia bollywood ni..bila baca ni pergh mmg gilalah event penuh edit then lama gila pulak tu dr ptg smpai besok tu bru habis huhu adoii bertambah cannot brain & lg tak minat laa dgn dunia depa ni. 😅

    ReplyDelete
  5. Saya jarang follow industri perfileman dan hiburan di Bollywood tapi kadang-kadang layan juga filem diorang sebab banyak juga yang bagus-bagus! Tapi kalau dah namanya industri hiburan kan, macam-macam boleh jadi. Tak hairan sebenarnya sebab saya rasa macam boleh jadi kat mana-mana negara sekali pun lagi2 pun. Sebab tu better kita tonton dulu dan nilai sendiri, bukan sebab award semata-mata, kan? :)

    ReplyDelete
  6. Wahh detail betul. Mmg minat sgt ni. Sy pun dulu mmg kaki bolloywood and mmg tertunggu2 la filmfare. Tapi skrg dah x sgt. Award dalam malaysia ni pun x tertengok hahaha

    ReplyDelete
  7. wow! tak pernah tau isu macam ni. banyak betul konspirasi pasal event award ni. dekat India memang macam tu ke? atau dekat semua tempat pun macam tu. Tapi memang ada logiknya, tv nak kaut keuntungan je dengan buat program award ni.

    ReplyDelete
  8. Seriouslah. Tak pernah tau pasal beli award and politic dalam industry filem camni. Hahahaha. Adoi. Thanks for sharing. Menarik gilaaaa post ni!

    ReplyDelete
  9. Wow... macam macam insiden berlaku ni. Sukar orang yang betul2 ada talent ni muncul kat hiburan ni. Kena belajar banyak strategi ni.

    ReplyDelete
  10. macam macam la....ada jugak macam ni rupanya.
    paling tak tahan bila event start petang dan tamat sampai pagi esok. Yang actor dapat award Best Actor 3am tu, memang kesian....he he eh

    ReplyDelete
  11. oh beli award ya. kat bollywood pun ada kes macam ni jugak ya. senang nak naik kalau ada duit kan.kat mana2 pun

    ReplyDelete
  12. Hahaha. The best reveal ever. Rawlins memang percaya adegan membeli, mengada, merajuk dan dipujuk nie memang wujud dalam industri seni nie kan. Tapi dari petang sampai awal pagi - memang lebih baik buat duit hahaha

    ReplyDelete
  13. Wahhh, suka betul dia ikut perkembangan artis bollywood ye. Emi sendiri dah lama x ambil tahu sangat pasal artis bollywood ni. Movie dorang pun emi duk ulang tengok yang lama2 tu je.

    ReplyDelete
  14. Pehhh... dasyat gila. Sebelum ni I tak ambil kisah pun sebab tak berapa minta bollywood, tapi bila bacak u punya post, rasa dasyat gila. Mana you tahu pasal semua ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari artikel website dekat sana je mostly.

      Delete
  15. ha ha ha ha tekun aida baca ni, farhana.
    aida ni peminat bollywood. memang kalau suruh layan bollywood sehari semlm pun ok.
    ada la tgk anugerah bollywood. but skit skit jer la, tang performance.
    all those yg farhana share, few pernah terbaca. ada yg baru tahu ni hah.
    hu hu hu hu hu semua utk glamer ekk. yg nak buat program tu pun, hadoi lah, rating semata2.
    bukan kah tu akan buat artis yg bebenar ada bakat rasa frust bila bakat tak bebenar dihargai kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul, sebab tu ramai malas nak pergi tambah kalau bukan actor kelas A.

      Delete
  16. Best baca psl bolly punya award ada jgk rasuah hanya nk mng.. dah tu lama plk acara dia org.. klu kat Malaysia agaknya camner lah reaksi artis kitakan? Tp ada6 kwn pernah cite artis n krew dorang klu dtg Malaysia mmg kekwat gitu..

    ReplyDelete
  17. Adudu..ingatkan dunia blog je ada "blogger ekspres". Baru je berblog, nama dah bersepah ada dekat PR sana sini hihi. Dunia retis lagi dasyat rupanya.Retis pun ada yg ekspress.

    ReplyDelete
  18. Bakat memang dah tip top tapi still sanggup beli awards, I just can't brain. Baca baca part nama pemenang asal award tu kena crossed & diganti dengan nama lain, hmm agak-agak Malaysia pun buat macam tu jugak ke? I curious gila nih.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.