Waroeng Penyet, Nu Sentral

Wednesday, 31 July 2019


Kalau ke Nu Sentral, selalu sangat teringin nak makan dekat Waroeng Penyet ni sebab nasi ayam penyet is my fav. Cukup pakai alasan tu je kalau nampak nasi ayam penyet mesti tergedik nak order. 

Sebelum ni pernah je pergi tapi jam 11 baru restoran ni start beroperasi. Nak pulak masa tu baru jam 10 tapi perut dah lapar terpaksa datang lain kali. 

Selalunya singgah sini kalau pergi buat rawatan gigi dekat Klinik Bangsar ataupun datang tengok wayang movie Hindustan sebab dekat GSC Nu Sentral je banyak showtimes. Tempat lain susah sikit, kadang tu baru hari ketiga dah removed dah sebab tak ramai orang beli tiket. 


Nama je suka makan nasi ayam penyet tapi kalau pergi ke kaunter order Lele Penyet. Sebab keli lagi crunchy dari ayam. Kadang tu diorang suka bagi bahagian isi. Bila goreng garing memang keras lah nak makan. Kalau keli, isi ikan keli rasa juicy. 

Sama jugak lah dekat Waroeng Penyet Nu Sentral ni, memang sedap nak pulak bila ada keriuk keriuk tu, memang layan makan panas-panas. 

Yang special dekat Waroeng Penyet Nu Sentral ni, ada section sos untuk customer pilih sendiri level pedas tahap mana. 


Haritu haruslah ambil yang explosive punya, dah datang jauh kena lah ambil yang boleh terkenang sampai bila-bila. Serious talk memang pedas tapi sedap. 

Nak makan dekat sini kena pergi selain peak hour sebab memang ramai. Terlajak sikit je kena beratur panjang lah jawabnya. Customer service bagus, kebersihan pun tip top, nak makan pun selesa. Next time for sure pergi sana lagi nak cuba menu lain pulak. 

4 comments

  1. Menarik ni kat pilihan sos tu. Kena try ni bila datang Nu Sentral nanti.

    ReplyDelete
  2. penah jugak nak try tapi risau tak kena selera. in shaa allah next time datang nu sentral boleh lah try :)

    ReplyDelete
  3. kebersihan dengan servis tip top tu yang buat pelanggan suka nak datang.. food presentation dia menarik.. suka tengok keli tu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.