Malaysia Thailand Halal Food Festival 2019, Star Avenue, Subang Bestari

Sunday 7 April 2019


Start dari Jumaat lepas sampai Ahad minggu depan ada MATHAF dekat Star Avenue macam tahun lepas. Tak banyak sangat pun makanan Thai dekat sini, tak macam dekat Laman Kayangan Citarasa 2 Sempadan. [Hah, sempat wei promote untuk korang booking buffet Ramadhan nanti]


Ada jugak makanan Malaysia dekat sini tapi tak banyak sangat macam Char Kuey Teow, Bihun Sup Utagha, sengkuang calit dan jeruk buah. Ikutkan nak makan yang rare je dekat sini tapi bila dah lapar pastu nampak makanan sana sini, kau rasa?









Eggstick





Beli skewer kebab daging ni tapi syahdu betul bila makan sebab daging liat kemain. Tak berbaloi dengan harga RM6 sebab daging pun tawar, tak masuk dengan gravy. 


Nasi Goreng Udang ni paling menyesal sekali beli sebab nasi dia agak sticky lepastu kosong. Udang pun dapat dua je. Ate baik masak sendiri je yeop! 


Pekat kemain kuah dia so terjebak nak makan maggi tomyam udang dia. Berbaloi RM7 sebab udang dia fresh, bahan lain pun banyak. Kenyang makan semangkuk. 




Mi Ketam Chiang Mai ni RM8 tapi bekas besar, ketam pun banyak isi cuma belemoih sikit la nak makan. Nak pulak masa tengah makan kena kacau dengan DJ dekat situ. Tak sudah sudah tanya sedap ke tak, nak makan beria pun segan jadinya.


Somtam dia sedap tapi bila sampai dekat bawah tu dah tak boleh nak makan dah sebab terendam dalam cuka banyak sangat. Selalu makan somtam yang kering tapi yang ni sakit pulak tekak makan cuka. 


Miangkham ni pengaruh dari blogger sebab ramai yang update entry kata makanan ni sedap walaupun at first macam takut nak makan sebab bahan dia raw kemain tapi wow jatuh cinta!



Sebab syok tengok ramai yang beli aiskrim kelapa ni, kitorang pun join sekali walaupun dah tahu rasa dia tak power mana pun. Aiskrim 2 scoop campur pulut biru, nata de coco, kacang dengan isi kelapa. Bila makan creamy sangat tambah pulak bila dah cair. Boleh la layan panas panas ni.


Hah yang ni pun kes terjebak jugak ni, aiskrim nitro ni padahal aiskrim biasa je campur corn stick. Terbang melayang RM13 semata nak makan aiskrim berasap sakan ni haaa. 




Nampak cup macam tinggi kan? Hakikatnya.....


Before balik dah tapau siap siap Churros ni sebab sedap and crunchy even dah sejuk pun best lagi nak makan. Berbaloi beli sebab satu set Churros RM6 boleh kenyang makan. Macam nak beli hari-hari lepastu nangis kenapa berat naik lagi :') 



I have fun makan dekat sini sebab sedap walaupun mahal, will come again for sure cuma menyampah dengan DJ dan selection lagu dia. Plus the decoration pun tak banyak sangat tonjolkan seni Thailand, nasib ada lagu-lagu Thailand. Semangat pulak nak pergi Hatyai semata nak makan makanan Thai ni. Dekat sana lagi murah, lagi banyak, lagi kawww.

Update : 13 Mac 2020

Rasanya MATHAF dah jadi event tetap dekat Star Avenue ni tapi kali ni lagi banyak, lagi panjang. Sekarang dah ada roti pisang ni. Selalu tengok orang update je kalau pergi Thailand, sekarang dah ada dah dekat sini. Since first time nak try so order banana nutella campur banana cheese.




Love banana cheese more sebab sedap. Makan panas-panas memang melt dalam mulut tapi boleh melecur lidah sebab isi pisang panas. Berbaloi lah beli RM8 sepinggan. 

10 comments

  1. omg sedapnya.. haha lagu apa yang DJ tu banyak putarkan tu

    ReplyDelete
  2. mmg serata malaysia mereka jelajah yek... tahun lps ada jgk akak pegi mathaf yg kt giant setapak, hrpnya thn ni ada lg n lebih meriah...
    banyak makanan yg nk try...

    nampak sedap2 semua yg di cuba tuh...

    ReplyDelete
  3. Rambang mata nak memilih kalau banyak sangat pilihan. Cuma bila harga tak setanding dengan rasa makanan memang akan spoil mood sikit.

    ReplyDelete
  4. sedap... sedap... lama tak mai Kinrara.... akak kalau ada datang sehari berkali2 untuk makanan jer...

    ReplyDelete
  5. alamak byknya makanan thai yg sedap2

    ReplyDelete
  6. Di mana2 ada festival makanan Thai. Dalam banyak2 tu mieng kam plg kak ana suka. Susah nk jumpa yg sedap.

    ReplyDelete
  7. mak aiii sedapnya, smlm lalu sana..tp tak buka lagi dalam pukul 11 pagi

    ReplyDelete
  8. Kalau sedap memang harga tu pejam mata je kan Farhanna.. Meriah betul makanan yang ada.. rambang mata nengoknya..

    ReplyDelete
  9. Woww banyaknya makanan !! Rugi pulak tak pergi festival ni masa diorang buat dekat kb ari tu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.