Wednesday, 3 April 2019

Movie Review : Socialphobia (2014)


Director : Hong Seok-jae
Writer : Hong Seok-jae, Jo Seul-ye, Kwon O-rang, Koo Sung-mo
Cast : Byun Yo-han, Lee Joo-seung, Ha Yun Kyoung
Production Company : CJ Entertainment
Distributor : CJ Entertainment
Genre : Thriller / Drama
Running Time : 102 minutes
Release Date : March 12, 2015
Trailer :


Lepas tengok banyak kawan blogger buat review dan beberapa recommendation dari Twitter, try cari movie ni untuk layan masa weekend lepas. Bila search, movie ni pernah menang award di 19th Busan International Film Festival so it’s quite good la kan?

Socialphobia menceritakan sekumpulan keyboard warrior yang berkumpul untuk gertak Ha Young (Ha Yun Kyoung) in real life bila dia sengaja bash askar yang dah mati untuk dapatkan perhatian di akaun Twitter. Ji Woong (Byun Yo Han) dan Yong Min (Lee Joo Seong) yang belajar di akademi polis pun join jugak perjumpaan ni atas alasan nak ajar supaya hormat dengan unit beruniform. Bila dah famous dekat media sosial ni memang senang la personal info terdedah kepada umum. Alamat rumah pun dengan mudah je diorang dapat. Reminds me of Kiki.


Bila diorang sampai ke rumah Ha Young, agak pelik bila pintu dah terbuka. Lagi mengejutkan bila Ha Young dah tergantung di balkoni rumah dia. Ji Woong nampak jari Ha Young bergerak tapi lepas dia turunkan, Ha Young memang dah meninggal. Lagi parah bila salah seorang buat live so cerita pasal Ha Young mati dah tersebar.

Walaupun Ha Young bunuh diri tapi netizen tetap salahkan diorang satu kumpulan sebab jadi punca Ha Young bertindak macam tu. Ji Woong dengan Yong Min kena bash teruk sebab diorang bakal jadi polis. Yong Min syak ada orang lain yang bunuh Ha Young sebab mesin basuh dia tengah running masa diorang sampai so Ha Young memang tak ada niat langsung nak bunuh diri.


Instead tunggu polis buat siasatan, diorang satu kumpulan decide nak cari bukti pembunuhan Ha Young. Makin dikorek, makin banyak pulak rahsia yang diorang jumpa yang dedahkan keburukan social media ni.

Jalan cerita movie ni just average for me, sebab punca Ha Young bunuh diri tu tak lah ekstrem mana kalau nak dibandingkan dengan movie Disconnected lepas dimalukan teruk di social media. Mungkin jalan cerita ni sesuai pada zaman penggunaan social media baru nak up around 2012 till 2015 macam tu tapi untuk sekarang nak hadam tu macam tak berapa sangat sebab there are so many protection we can take bila kita dibuli oleh netizen. Still I give credits for this movie sebab wujud pada tahun 2014 sebagai social movie untuk sebarkan awareness tentang keburukan social media to audience.


Socialphobia bukan setakat tonjolkan implikasi media sosial kepada pengguna tapi refleks jugak perangai pengguna terutamanya golongan muda berdarah panas. Having bad day? Cari je target untuk lepaskan marah dekat social media. Belum sembang pasal perangai pentingkan diri lagi, masing-masing dahagakan perhatian instead pandang sesuatu isu tu dengan serious dan rasional.

Walaupun Hong Seok-jae debut sebagai pengarah dan penulis skrip untuk movie ni tapi karya dia berjaya timbulkan rasa marah dan kesian pada masa yang sama untuk sesetengah karakter. Sebagai audience rasa keliru nak berpihak pada side siapa terutama scene bila ramai yang bash Ha Young untuk sedarkan dia yang perbuatan dia salah tapi sudahnya tindakan diorang pun salah bila buat keputusan untuk gertak Ha Young.


Sama jugak bila diorang nak cari siapa pembunuh Ha Young. Nampak macam diorang tak suka dengan keganasan dan cari keadilan untuk Ha Young tapi hakikatnya diorang cuma nak tutup rasa bersalah diorang. Due to this, a big applause for Byun Yo-han and Lee Joo-seung as leading stars for this movies when they nailed the perfect portrayal for those characters.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.9/10

4 comments:

  1. menarik juga storyline dia. bolehla cari..

    ReplyDelete
  2. macam nak korek cerita korean laa best2

    ReplyDelete
  3. Wah macam menarik ja cita nie kan.. dah lah Kak Sue peminat cerita Korea.. hehehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.