Saturday, 20 April 2019

Movie Review : Miss Baek


Director : Lee Ji-won
Writer : Lee Ji-won
Cast : Han Ji-min, Kim Si-a, and Lee Hee-joon
Production Company : Bae Pictures
Distributor : Little Big Pictures
Genre : Thriller / Drama
Running Time : 98 minutes
Release Date : October 11, 2018
Trailer :


Miss Baek mengisahkan tentang Baek Sang-ah (Han Ji-min)yang hidup sebatang kara. Mak dia jadi alcoholic dan abusive lepas ditinggalkan oleh ayah dia. Disebabkan taknak Baek mati dipukul, mak dia hantar ke rumah anak yatim. Berpuluh tahun lepas tu, mak dia mati berulat dalam rumah, itupun lepas sebulan baru supervisor datang jenguk. Baek taknak tahu pasal kematian mak dia walaupun Detektif Jang-Sub (Lee Hee-joon) dah pujuk. 

Disebabkan trauma dengan kehidupan dia sebagai mangsa dera dan pernah dipenjarakan lepas cederakan lelaki VIP yang cuba merogol dia, Baek taknak berkahwin atau ada anak walaupun Detektif Jang-Sub sayang dan setia dengan dia lepas kes gangguan seksual tu. 


Di kawasan perumahan Baek ada budak perempuan berumur 11 tahun, Kim Ji-Eun (Kim Shi-A) yang selalu didera dengan kekasih ayah dia. Susah Baek nak buat aduan pada polis sebab status dia sebagai banduan. Awek ayah budak tu, Joo Mi-Kyung (Kwon So-Hyun) aktivis NGO yang ramah dengan penduduk kawasan tu. Pernah je Ji-Eun pergi balai polis tapi sudahnya polis hantar balik rumah tanpa failkan kes.

Baek taknak masuk campur tapi dia faham perasaan Ji-Eun sebab dia dah pernah rasa. Kes dera kanak-kanak di kawasan tu makin meningkat bila mayat kanak-kanak dijumpai ditanam penuh dengan kesan pukul. Walaupun Detektif Jang-sub bengang dengan statistik kes dan mayat yang dia jumpa, dia tetap tegah Baek untuk selamatkan Ji-Eun. Maybe dia cuba selamatkan Baek sebab parents Ji-Eun boleh dakwa Baek culik Ji-Eun. 


Sakit hati dengan undang-undang Korea yang ni sebab kecederaan fizikal Ji-Eun ketara sangat tapi polis boleh tutup mata je. Jari Ji-Eun dah hancur kena pukul dengan Joo Mi, badan dia penuh dengan kesan sebat. 

Movie yang bertemakan kes penderaan kanak-kanak ni menang Top 11 Films di 38th Korean Association of Film Critics Awards. Jalan cerita movie Miss Baek memang bukan untuk yang tak mampu nak tengok sisi gelap kehidupan di Korea. Some scenes are quite brutal especially scene Ji-Eun kena pukul ataupun cubaan membunuh dari ayah dia sendiri. Oh yeah, not to mention jangan tengok masa makan. 


Tbh tak kenal sangat Han Ji-min ni tapi dari movie list yang dia pernah berlakon, belum ada lagi watak intense macam Miss Baek and she did justice to this role sampai menang 8 anugerah Best Actress di pelbagai award events antaranya 38th Korean Association of Film Critics Awards, 3rd London East Asia Film Festival dan 39th Blue Dragon Film Awards. 

Lakonan dia menggambarkan trauma sebagai mangsa dera, cara dia clueless bila jumpa Ji-Eun and the way dia cuba untuk jadi yang terbaik pada Ji-Eun are delightful to watch in this movie. Ending movie ni mungkin tak seperti yang diharapkan tapi tu yang terbaik dari garapan pengarah Lee Ji-won sebab berpaksikan realiti kehidupan Baek dan kisah sebenar kes ni.


Movie ni tak sesuai nak tengok satu family nak pulak kalau ada underage sebab bahasa dan sesetengah scenes yang agak kejam dan sadis. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

4 comments:

  1. Adui.. Kita plak trauma dengar cerita ni...japgi nak cari kat dalam viu lah nak tengok jugak

    ReplyDelete
  2. this looks greatttttt. nak tgk!!

    ReplyDelete
  3. Jalan cerita menarik tp mcm xsanggup nak tengok bila part dera tu. Huhu

    ReplyDelete
  4. seram pulak nak tengok..takut tak sanggup bertahan..huhuhuhu

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.