Movie Review : Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga

Friday 26 April 2019


Director : Shelly Chopra Dhar
Writer : Gazal Dhaliwal, Shelly Chopra Dhar
Cast : Anil Kapoor, Sonam K Ahuja, Rajkummar Rao, Juhi Chawla, Abhishek Duhan, Madhumalti Kapoor, Seema Pahwa, Brijendra Kala, Alka Kaushal
Production Company : Vinod Chopra Films
Distributor : Fox Star Studios
Genre : Romantic / Drama
Running Time : 120 minutes
Release Date : 1 February 2019
Trailer :


Movie adaptasi  novel A Damsel in Distress karya P. G. Wodehouse yang diterbitkan pada tahun 1919 ni mengangkat tema cinta lesbian yang terhalang. Movie bertema LGBTQ yang pertama diceritakan secara terbuka sejak Kerajaan India menerima golongan ni.

Mengisahkan tentang Sweety Chaudhary (Sonam Kapoor) yang jatuh cinta dengan Kuhu (Regina Cassandra) bila berjumpa pertama kali di wedding saudara dia. Kuhu asalnya nak jodohkan Sweety dengan abang dia tapi rupanya Sweety suka perempuan macam dia jugak. Diorang mula berjumpa secara diam-diam di Delhi tanpa pengetahuan keluarga.


Tapi tak lama pun bila kisah cinta mereka berdua dihidu oleh Babloo (Abhishek Duhan), abang Sweety. Babloo cuba untuk halang Sweety apply ke London untuk tinggal dan kahwin dengan Kuhu sebab dia taknak family dia malu dihina orang kampung. Ayah dia, Balbir Chaudhary (Anil Kapoor) terkenal di Moga, Punjab.

Setinggi mana pun Balbir cuba halang percintaan adik dia, tetap juga gagal nak pula bila Sahil Mirza (Rajkummar Rao) muncul sebagai penyelamat Sweety. Sahil yang jatuh cinta pandang pertama dengan Sweety mati mati ingatkan Sweety pun suka dengan dia tapi bila dapat tahu Sweety lesbian, dia cuba bantu Sweety berkahwin dengan Kuhu.


Tak guna pun dia paksa Sweety kahwin dengan dia bila hati Sweety cintakan orang lain. Walaupun dia tak faham macam mana Sweety dan Kuhu jatuh cinta tapi tak ada guna dia paksa. The least dia boleh buat cuma bantu Sweety dengan Kuhu.

Of course movie ni tak akan jadi pilihan tapi director dah tekankan jangan tengok movie ni dengan akal fikiran tapi guna hati untuk merasa cinta. Untuk golongan straight mungkin movie ni biasa tapi untuk golongan LGBTQ, movie ni bagi harapan untuk diterima masyarakat.


Lakonan Sonam nampak agak hambar di samping strong cast yang lain. Nampak ketara lemah dia bila scene dia seorang terutamanya bila dia menangis cerita kesakitan dia pendam rahsia hidup. But still chemistry Sonam dengan Raj nampak cantik onscreen. I wish director akan cast Sonam-Raj dalam rom-com movie lagi.

Lepas 11 tahun Anil dengan Juhi Chawla reunite dalam movie ELKDTAL ni. Scene komedi kebanyakannya datang dari pasangan berdua ni even both dah jadi pelakon senior tapi lakonan masih fresh onscreen. You guys will definitely love Chatro, a graduate from “Amrinder School of Acting and Emotions”.


Music album movie ELKDTAL for me just average sebab tak semua lagu pun yang best except title track dengan Ishq Di Mitta, lagu masa wedding. For rom-com genre bila music album tak best, agak mengecewakan lah. Love the visual and wardrobe, tak boleh nak deny hasil kerja Rhea Kapoor yang memang power dalam bab style and design ni.


I tak recommend movie ni untuk tengok pun sebab movie LGBTQ so its better just skip this if you guys tak suka since jalan cerita dia simple and nothing much to offer pun.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.4/10

4 comments

  1. Kalau jalan ceritanya best sure seronok nak tengok ni kan....

    ReplyDelete
  2. baru akak tahu india dh terim lgbt kt sana.. movie mcmni ptt di haramkan kt malaysia, tp kt tv mesti tak lepas punya nih kan... tak sesuai utk tontonan remaj2 nih... kita yg dh bsr ni faham takpe lah...

    ReplyDelete
  3. lama mama tak layan hindustan

    ReplyDelete
  4. dah tua anil kapoor ni tapi still hensem..hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.