Monday, 1 April 2019

Ayam Penyet AP Sungai Besar

Image may contain: outdoor

Dah lama nak menyinggah makan dekat sini sebab aneka Nasi Penyet ni memang fav so bila ada kedai baru buka msti nak try. Finally the day has come, hari ni dapat juga merasa kehebatan menu restoran Ayam Penyet AP Sungai Besar. 


Sebab restoran dia nampak grand dengan deco bertemakan Indonesia, kitorang check harga dulu before masuk sebab takut jugak lari bajet nanti tapi harga dia harga standard restoran makanan. Fuhhh lega!




Selama ni kalau pergi restoran penyet ni mesti ambil lele penyet tapi kali ni macam dah bosan so tukar menu lain la pulak, ambil bawal hitam penyet. Adik pulak ambil empal penyet. Empal ni kepingan daging tapi beza dengan dendeng sebab hirisan tu tebal tapi lembut. 

Thank God dekat restoran ni ada sup sebab ada certain restoran tak provide sup sekali. Bila makan rasa tak lengkap sebab dah terbiasa makan yang ada sup. Lagi happy bila restoran ni ada keriuk rangup macam dekat Pandawa. 


Empal Penyet

Ragu-ragu jugak nak ambil empal penyet ni sebab daging biasanya liat nak pulak yang jenis order ni, mana kita nak tahu condition daging dia macam mana. Kalau buffet berlauk boleh tenyeh dengan senduk nak test liat ke tak. Bila dah makan, memang lembut pastu terasa manis daging tu. Memang sedap makan dengan sambal. Fuhhhh!


For drinks, ambil chocolate ais dengan pandan layer tea. Alang-alang nak ubah selera kan, kita ubah makanan dengan drinks sekali. First time pilih drinks jenis layer ni. Bila minum rasa teh ais bazaar Ramadhan. Tak sabor pulak nak puasa pergi bazaar nanti. 


Nasi lembut, sambal pedas kaw sampai minta tambah sebab lauk dia banyak, sup pun sedap, pendek kata semua pun sedap except kobis since I tak makan sayur mentah nanti perut kembung. Portion menu dia agak banyak sebab kekenyangan macam ular sawa lepas makan. Berbaloi harga dengan menu sebab sedap dan puas makan. 

Service pun bagus sebab tak payah tunggu lama, staff pun baik. Restoran memang cantik dengan deco tema Indonesia dan sangat bersih! Tengok diorang susun gelas dekat kaunter pun boleh datang rasa kagum. I nak puji cutlery sets diorang jenis tebal dan berkualiti. Bila makan tak risau nak bengkok ke apa. Bersih pulak tu. Terbaik!



Disebabkan restoran ni terletak dekat bahagian corner lot so boleh pilih la nak makan dekat dalam ataupun santai dengan angin luar. Kalau tak ramai orang boleh la kot staff dia ambil order, bila ramai ni ikut le arahan dekat signboard tu untuk mengelakkan murung.


Lepas ni boleh datang makan lagi dekat sini sebab sedap dan berbaloi. Dekat Sungai Besar ataupun area Sabak memang susah nak cari nasi ayam penyet yang sedap. Kalau ada pun yang tak kena dengan tekak. Sambal pun banyak tomato. So far Pandawa dengan Ayam Penyet AP je paling best nak layan. One word, bahagia!

6 comments:

  1. akak pernah jgk try ayam penyet ap yg kt gombak, mmg disediakan sup n akak suka gado2 dia...

    ReplyDelete
  2. Samalah kita Farhanna, sis pun suka AP ni..
    Ayam dia garing dan rasa rempah sampai ke isi, sedap wey..

    ReplyDelete
  3. Yang bab sudu tu saya setuju. Kadang-kadang sudu tu nipis dan lembut sangat sampai nampak macam nak patah dah bila kita guna. Saya pun peminat ayam penyet juga.

    ReplyDelete
  4. pernah makan ayam penyet AP masa duduk KL dulu..dah tak ingat da rasa dia macam mana

    ReplyDelete
  5. Saya senang membaca posting Anda. Saya akan membagikannya dengan teman-teman saya yang lain karena informasinya sangat berguna. Terus berbagi karya terbaik Anda. Ayam Daging

    ReplyDelete
  6. Saya mengagumi artikel ini untuk konten yang diteliti dengan baik dan kata-kata yang sangat baik. Saya sangat terlibat dalam materi ini sehingga saya tidak bisa berhenti membaca. Saya terkesan dengan pekerjaan dan keterampilan Anda. Terima kasih banyak. katsu ayam

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.