Sunday, 7 April 2019

Movie Review : Mulk (2018)


Director : Anubhav Sinha
Writer : Anubhav Sinha
Cast : Taapsee Pannu, Rishi Kapoor, Manoj Pahwa, Prateik Babbar, Rajat Kapoor
Production Company : Benaras Media Works, Soham Rockstar Entertainment
Genre : Drama
Running Time : 140 minutes
Release Date : 3 August 2018
Trailer :



Movie Mulk arahan Anubhav Sinha mengisahkan tentang Shahid (Prateik Babbar) letupkan sebiji bas dan mengorbankan 16 orang atas nama jihad. Komuniti kejiranan di kawasan keluarga Shahid tinggal mesti lah terkejut dengan berita ni dan tuduh keluarga Shahid lahirkan pengganas. Tapi malangnya even parents Shahid tak tahu menahu pasal aktiviti Shahid selama ni.

Shahid diburu dan dikepung oleh polis tapi penyudahnya dia bunuh diri. Shahid selamat dari dihukum di dunia tapi keluarga dia? Ulang alik ke balai polis untuk siasatan, rumah pula kena geledah dengan polis, jiran-jiran pulaukan keluarga diorang. Even worst kena baling batu, rumah pula penuh tulisan balik ke Pakistan. 


Pakcik Shahid, Murad Ali Mohammed (Rishi Kapoor) yang dah bersara dari profesion peguam dengan bantuan menantu dia, Aarti (Tapsee Pannu) jadi peguambela untuk ayah Shahid, Bilaal (Manoj Pahwa). Belum habis kecewa dengan Shahid, Bilaal kena turun naik court untuk dakwaan keluarga dia memang train pengganas bila laptop Shahid penuh dengan cara-cara untuk buat bom. Tak lama lepas tu Bilaal meninggal disebabkan sakit jantung.


Mulk mengangkat tema stereotype dan Islamophobia di kalangan masyarakat dan perpaduan dua agama untuk keharmonian negara.

“We should not keep doing the same, age old things in the name of religion. Even religion should adopt and evolve along with the modern age.” – Mulk


Mulk diadaptasi dari kisah sebenar yang berlaku di Kanpur bila anak Sartaj, Saifulla join ISIS dan dibunuh pada 9 Mac 2017 oleh UP Anti-Terrorism Squad di Lucknow, India. Sama macam dalam movie, Sartaj taknak terima mayat anak dia sebab anak dia pengkhianat kepada negara. Disebabkan kes ni, Menteri Dalam Negeri bangga dan puji tindakan Sartaj di Parlimen

Jalan cerita Mulk ni menarik dan digarap dengan baik untuk menceritakan tekanan yang keluarga Murad dan Bilaal terima, tapi still tak faham macam mana keluarga ni boleh terlepas pandang aktiviti Shahid sebagai pengganas sebab keluarga Shahid boleh kata cerdik jugak lah tapi mungkin disebabkan jenis yang suka butakan mata bila anak buat silap buat satu keluarga merana.


Not judging but you guys can watch what happened when something fishy happened in this movie. Susah nak besarkan anak-anak sekarang bukan setakat masalah seksual je tapi masalah keganasan dan salah tafsir erti jihad. Fasisme yang ditanam dan dilaungkan secara umum sampai membahayakan manusia lain. Nazi, ISIS, laungan ‘pendatang’dari sesetengah individu yang susah buat sesebuah negara capai perpaduan. Macam dialog dalam movie Mulk :

‘Terrorism is a criminal act, not a communal act’. 


Lakonan dan chemistry antara Rishi dan Tapsee nampak cantik onscreen. I think Tapsee pandai cari chemistry dengan senior actor tanpa tenggelamkan diri dia macam mana dalam movie Pink dengan Amitabh Bachchan. A great year jugak untuk Neena Gupta bila Mulk dan Baddhai Ho sama naik dan serlahkan talent dia onscreen. 

Walaupun skrip agak lemah terutamanya scene dalam bilik mahkamah tapi perjalanan movie ni memang cantik dan wajib tonton.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10

2 comments:

  1. Moralnya..setiap apa yang kita lakukan impaknya perlu juga diambil kira.

    ReplyDelete
  2. dah tengok movie Mulk ni, mmg best..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.