Parineeti Chopra : The Struggle ‘Outsider’of Btown

Sunday 21 April 2019


Dah jadi trend untuk new gen stars mengaku diorang ni outsider walaupun masuk guna kabel besar. Tak ada masalah pun sebenarnya kalau new gen tu nepokids, cuma effort diorang dan siakan peluang yang ada.

Parineeti Chopra, adik sepupu kepada Priyanka Chopra debut dalam movie Ladies vs Ricky Bahl dengan Ranveer Singh tahun 2011. Disebabkan talent dia, lakonan dia dapat anugerah Filmfare Best Debut.


Tahun 2012 dia berlakon dalam Ishaqzaade dengan Arjun Kapoor and dapat anugerah Special Mention di National Award yang ke-60. Masa tu ramai yang predict Pari boleh pergi jauh dan kalahkan Alia & Shraddha yang debut lebih kurang sama dengan dia jugak.


But then movie Shuddh Desi Romance, Daawat-E-Ishq & Kill Dill flop. Lagi teruk bila dia reject Piku & pilih Daawat-E-Ishq sebab dia kata movie yang bagus cuma terhasil under produksi YRF & Dharma. Bukan setakat movie je, kontroversi Pari pun jatuhkan imej dia sebagai A-list star.

1. Outsider vs Nepo

Dia selalu kata dia outsider padahal terang-terang dia adik sepupu PC kot. Tak macam adik sepupu PC yang lain, Mannara dengan Meera credit their success sebab PC banyak tolong diorang dalam industri.




Pari pulak claim dia outsider macam dia susah nak dapat job walhal Rajkumar Rao, Aayushman, Kangana, Radhika Apte, Konkona, Irrfan etc boleh je naik atas dengan usaha & talent diorang. Mungkin dia belajar dengan Ranveer Singh.


Dalam interview dia, sebelum Pari debut dia berkerja dengan YRF sebagai celebrity manager so dia memang dah kenal ramai stars even lunch or party dengan diorang. Dalam movie Rocket Singh, Badmaash Company dengan Band Baajaa Baaraat ada nama dia dekat credit list.

Pari pernah jadi manager sementara Rani Mukherjee, join marketing dept untuk promote movie2 YRF and join PR team Priyanka untuk movie under YRF.


Lepas berbalah pasal susah senang hidup sebagai pelakon dengan Priyanka, dia bagitau Maneesh Sharma, merangkap kekasih hati dia masa tu yang dia nak berlakon. Lepas hantar surat resign dan habis rakam audition tape for fun dia, Shanoo Sharma kata dia sesuai untuk role Dimple dalam movie Ladies vs Ricky Bahl.

Senang kan ada kabel? Dalam interview tu dia kata orang kampung macam dia usaha lagi besar dari orang bandar tapi nak compare usaha dia dengan Alia ataupun Shraddha, dia paling hambar sekali. Dia kata nepokids senang sebab dah familiar dengan movies, script pastu selalu pergi set tapi dia cuma ambil experience dengan tengok movie je.

Dia kata nepokids ada family or relatives dalam industry, tak macam dia totally outsider. Habistu Priyanka tu siapa? Priyanka jugak yang buat success party bila Ishaqzaade hit dekat box office untuk celebrate kerja Pari. Lepastu dia kata dia 50% je percaya yang nepotism ni wujud dan bergantung pada situasi.


Sekarang ni bila tak banyak movie offer tak habis2 menempel dengan Mimi didi. Siap kata kalau bukan sebab Priyanka, dia tak mampu nak jadi actress. Dulu dia kata PC bukan role model dia tapi sekarang dia ikut apa yang PC advice jugak


2. Flower Pot Roles

Pari pernah kata dia takkan berlakon watak pasu bunga which actress jadi cantik je sepanjang masa & that kind of role memang tak susah mana.  Watak pasu bunga ni buat dia rasa heroine dan bukannya pelakon. Dia akan jadi banker or usaha bisnes sendiri bila audience dah taknak tengok dia berlakon. 

Tapi lepas flop after flop, Pari pergi kuruskan badan dengan harapan dia akan dapat banyak movie offer lagi bagus. Sudahnya dia berlakon dalam Golmaal Again & Kesari as flower pot roles

3. Miskin

Tahun 2017, Pari kata dia tak mampu nak join kelas pertahanan diri sebab dia miskin. Ayah dia tak mampu nak beli kereta so dia pergi sekolah naik basikal je. Pelajar lain siap boleh bawak bekal pergi sekolah tapi dia tak mampu.


Kantoi dia menipu bila classmates dia sendiri kata keluarga Pari ni agak kaya di Ambala. Nak pulak ayah dia businessman jual spare part kereta. Pari kata media putar belit cerita bila sebenarnya dia kata ayah dia ada kereta untuk pergi office je





Bila ada yang buat background check, Pari study dekat Uni Manchester tapi Pari kata dia dapat pergi sebab dapat biasiswa. Tapi biasiswa uni tu cuma offer partial scholarship untuk pelajar luar negara itupun kalau terpilih sebagai 3 orang pelajar terbaik.

Fans dia backup kata dia kerja part-time dengan MU. Dalam interview Pari mention yang dia suka pergi shopping esp kasut sebab dia gila kasut & dia suka spend duit dekat gadget esp handphone. Dia selalu tukar phone.

Macam mana pulak dengan kos dia kuruskan badan dekat Viva Mayr di Austria? Dia pergi kuruskan badan lepas movie dia flop semedang. Viva Mayr bukan training class Kevin Zahari tau. Nak belajar kunyah makanan 30kali untuk satu suapan pun cecah RM16k. Ni RM, bayangkan Rupees.


4. Kuruskan Badan

Lepas dah habis beriban untuk kurus, dapat jadi duta Built It That Way & Speedo, Pari kena bash lagi sebab dia kata dia tak stress pun dengan fizikal dia. Berbeza dengan IG post dia tahun 2016 bila dia blame ‘Bollywood pressure’. Dia bersyukur dia jadi pelakon so dia boleh guna pressure ni sebagai motivation untuk kuruskan badan dia.


Entah kenapa fans dia boleh nangis sambil berterima kasih dengan dia sebab motivate diorang untuk kuruskan badan padahal dia selalu kata dia selesa dengan body weight dia sebelum dia decide untuk kurus.

Plus, dia bukannya selalu upload fitness routine dekat IG macam Sonakshi, Kat, Deepika ataupun Alia pun. Dia hilang dari Btown lepastu muncul dengan perubahan drastik dalam kempen Built That Way.


5. Attitude

Dekat Whishper event, wartawan lelaki tanya 'Pari ada problem tak pergi kuil bila tengah period' tapi Pari potong cakap dia, malukan dia, gelakkan siap ugut nak bunuh pastu suruh cameraman expose muka wartawan tu.

Dalam video tu sendiri dia kata dia datang untuk bagi knowledge tentang menstruation so jawab je la elok2. Lain cerita la kalau perempuan yang tanya. Plus his question quite legit tho.

Pari promote diri dia sebagai seorang yg jujur so dia akan endorse brand bila dia percaya product tu jujur kpd customer. Bila wartawan tanya macam mana kalau product yang dia endorse tu problem? Pari jawab dia ada legal team, business team & PR team untuk buat research.

Tapi kalau product tu teruk, tu salah product tu sendiri sebab dia cuma jalankan kerja untuk endorse product tu je. Bukan stars yang produce ataupun manufacture product yang diorang endorse.

6. Bodyshaming

Pari kena bash dengan netizen sebab dia upload video birthday wish untuk kawan baik dia tapi mention 'eat less & become thin' padahal dia sendiri yang kata bodyshaming is rude. 

Plus dia sendiri kata 'be comfortable with your body vagera vagera'

Lepas kena bash, kawan baik dia defend sebab Pari taknak komen pasal ni. Of course for them it just a joke tapi bila wartawan bawak bergurau pandai pulak dia melenting siap maki bagai


7. Delusional 

Pari pernah kata life as celebrity quite demanding unlike commoners. Dah claim outsider, miskin sekarang ni nak kata hidup sebagai star mencabar. Sejak kurus dia berlakon watak senang, selalu on vacation, photoshoot show off body, busy bercinta, shopping etc



8. PR team

She needs to change her team asap! Her team tak mampu nak cari skrip yang bagus untuk dia tapi busy create fake sympathy stories untuk Pari. Dah jelak baca kisah outsider dan miskin dia, sekarang come up with depression pulak. Mungkin betul, mungkin tak tapi bila datang dari orang yang suka menipu dan buat cerita, fans dia je lah yang nak percaya.


PR team dia agak pemalas bila birthday wish untuk PC dengan KJo repeat gambar yang sama. Of course isu kecil je tapi kalau PR team dia nak jual cerita yang Pari rapat dengan PC, cari la gambar throwback yang lain. Kalau nak mengampu KJo pun, tukar la gambar. 3x guna gambar yang sama, wartawan nak update exclusive article pun tak lepas. No wonder lah KJo malas bagi job dari Dharma.


Makin lama, makin teruk pulak perangai dia, sedih la sebab Priyanka usaha teruk untuk naikkan nama tapi adik sepupu dia cuma gunakan connection Priyanka untuk naik itupun malas kerja tapi kontroversi sana sini. Latest, dia bergaduh dengan Sonakshi Sinha sebab dia geram Sonakshi kata dia leading lady padahal screentime diorang sama banyak je. 

Dia ada rupa, ada bakat tapi kalau attitude diva macamni, memang susah lah nak bertambah fans. Makin menyampah lagi ada. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.