Wednesday, 3 April 2019

Hadiah Dari Bidder - Lunch Pizza Hut

Untung sabut timbul dekat lautan kebahagiaan bila officemate berjaya close bidder untuk beli rumah lelong masa Lelongan Awam under LPPSA Sabtu lepas. Selalunya kalau bidder tak dapat nak turun memang kami akan wakilkan sebagai pembida tanpa caj. Same happened to this bidder.

Kami wakilkan dia dalam lelongan and turns out dia berjaya beli rumah lelong tu. Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan, dia belanja berkotak pizza untuk lunch. Kalau dia guna khidmat ejen boleh menangis jugak poket dia sebab ejen akan charge harga wakilkan campur komisyen bila terjual.

Disebabkan boss keluar awal, meriah lah lunch awal sejam dengan pizza. Siapa boleh tahan dengan bau pizza wei. Yang diet pun batal diet tapi yang puasa ganti masih steady dengan iman dia.




Yang rompong tu sebab perut dah berbunyi sebelum pizza sampai hihu

Bukan selalu nak dapat free meals macam ni, nak makan happy happy dengan officemates. Bila dapat, memang rasa lega habis.

3 comments:

  1. Alhamdulillah, rezeki datang melayang

    ReplyDelete
  2. wahh banyaknya. rezeki kan alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Rezeki oramg belanja nampaknya. Semua pizza tu nampak sedap.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)