Tuesday, 23 April 2019

PR Team Stars Bollywood


Public Relation or PR team antara faktor stars boleh naik dalam industry selain daripada talent and hard work. Job scope PR team berbeza dengan Talent Agency bilamana Talent Agency cuma cari movie atau job yang bagus untuk klien diorang.

Antara PR agency yang top dekat Btown – 

Spice : Aamir Khan, SRK, Hrithik, Deepika Padukone, Radhika Apte, Sara Ali Khan

Raindrop Media : Priyanka, Sonam Kapoor, Bebo, Vidya Balan, Abhishek Bachchan

Universal Communications : Big B, Sanjay Dutt,Ajay Devgn, Sonakshi Sinha

Ada stars sebelum debut dah cari PR team, selalunya nepokids lah tapi ada yang dah masuk A-list baru tukar PR team sebab payment mahal, boleh cecah ratus ribu ataupun juta per month.


Jadi PR ni memang best sebab kenal ramai stars & gaji besar tapi nak bertahan tu memang sakit sebab dia punya level stress memang menguji keimanan. Boleh kata setiap bulan ada je PR exec yang berhenti kerja.

1. Image Enhancer

Setiap individu ada 2 jenis harta/asset dalam hidup. Tangible yang boleh dihitung net value dia macam kereta, rumah, cash in hand and such tapi intangible wealth is more like integrity, dignity or goodwill and celebrity gunakan intangible wealth in career.

Nak bina imej artis, PR team kena rajin buat artikel lepastu post dekat paper,magazine, blogs, socmed supaya public tahu siapa stars tu. Each medium have their own targeted readers so PR team kena berusaha tonjolkan klien diorang dalam semua medium sebanyak mungkin.


Paling tak banyak kerja kalau superstar ataupun A-list yang dah ada huge and strong fanbase sebab FC akan update setiap masa pasal stars kesayangan diorang. Keutamaan akan diberi kepada stars yang baru nak naik nak pulak kalau movie baru nak keluar.

Lagi penat kalau movie tu keluar masa cuti atau perayaan besar. Stars happy luangkan masa dengan family, PR team melangut lagi cari content untuk promote movie supaya collection cantik.


Kalau ada artikel stars ni ada director approach untuk movie sekian sekian, itu kerja PR la tu. So far PR team Deepika lah suka update Deepika kena approach untuk movie Tubelight, Sultan, Prem Ratan Dhan Payo, Baar Baar Dekho, Kalank etc


Tak kisah lah movie tu flop ataupun success sebab penting untuk stars tu stay in the news. Orang akan ingat walaupun tak ada movie yang keluar tahun tu. Bahaya kalau ada artikel pasal stars tak ada job keluar macam kes Dia Mirza pecat PR team dia sebab kantoi dia tak dapat job. Buat je lah artikel pasal stars tu tak kisah lah dia suka makan capati ke, dia suka dress warna pink ke, dia pergi kuil minta ketenangan hidup etc

2. Marketing Strategy

Selalunya PR team akan fikir artikel/socmed post untuk hype movie yang stars berlakon start dari sign contract, first look, posters, trailer, songs sampai lah success party.


Amitabh Bachchan tulis open letter untuk Navya & Aaradhya untuk promote movie PINK ataupun Akshay bergambar dengan politicians untuk promote movie Toilet. Tu semua PR stunts untuk promote movie je.


Masa ni memang kena pulun habis up artikel but from what I read PR team production house akan team up sekali so tak ada masalah nak cari idea. Lagi senang kalau multi-starrer movie sebab boleh brainstorming ramai. The more the merrier.

Tapi tak semua PR team boleh discuss sekali macam kes Shahid tukar PR team bila watak dia tenggelam nak compare dengan DeepVeer dalam Padmavaat ataupun kes PR team Arjun Rampal leaked first look Arjun padahal team SRK decide nak rahsiakan sampai full movie keluar.

Ada jugak yang over macam kes PR team Manisha Koirala promote movie Criminal tahun 1995 bila kebanyakan artikel buat headline ‘Manisha Koirala murdered’ sudahnya ramai male fans dia depressed sampai movie collection hambar dekat cinema.


Jadi masalah kalau movie hambar, tak best ataupun tenggelam dek movie lain. Macam kes Aamir Khan bengang Baahubali did better than Dangal dekat box office India, PR team Aamir keluarkan artikel Daangal break record dekat China.

3. Connection & Networking 

Nak stay lama dalam industry kena ada kabel kuat yang boleh backup. So dekat sini lah pentingnya PR team bila diorang kena build connection and networking untuk klien diorang. PR team yang akan contact event management untuk klien diorang dapat jemputan VIP party, build connection dengan businessman, cari brand yang boleh klien diorang endorse.

Networking dengan journalist ataupun entertainment blogger pun penting sebab readers diorang ramai macam Pinkvilla, MissMalini, BollywoodLife, TOI, HindustanTimes, Bollywood Hungama etc.

Mostly PR agencies ada list journalist yang rapat dengan diorang supaya mudah untuk diorang liase for nice interviews ataupun jual cerita. Journalist or bloggers ni tak banyak sangat buat kerja sebab PR team akan email je story ataupun content untuk diorang publish.


Kalau you guys nak tahu dari mana datang blinds, kebanyakannya datang dari PR team yang bocorkan sendiri pasal klien diorang. Kalau blinds dari Mumbai Mirror, it’s from the Queen Gossip of Btown – Karan Johar.

Stars pun baca blinds sebab nak tengok reputation diorang dekat tahap mana and some of them diorang create sendiri sebab nak test reaction public. Maybe kes Vicky-Kat tergolong  dekat sini.

Ada je stars yang suruh PR team diorang bagi gambar atau video eksklusif macam Katrina hantar gambar dia dengan Ranbir bercuti dekat Ibiza. Ataupun Shahid yang upload video dia kiss dengan Bebo supaya nama dia naik.


PR team Kriti-Sushant bocorkan kisah cinta diorang untuk promote Raabta. Lepastu bila kecoh acah please give us some privacy. Gittew.

Bila journalist publish negative news pasal klien diorang, PR team ni akan serang suruh tarik balik artikel. Kalau dulu Amitabh Bachchan ataupun SRK sendiri yang akan turun office mengamuk lepastu ugut nak hancurkan future journalist tu tapi sekarang PR team yang cover.

4. Social Media

Kebanyakan stars akan biar PR team diorang yang handle social media so tak semua replies yang korang dapat tu datang dari star tu sendiri. Well wishers, challenge ataupun post dekat social media semuanya dari PR team sebabtu ayat lebih kurang cliché & formal.


But Shraddha Kapoor manage sendiri socmed dia except FB, so kalau dapat replies dari dia, consider yourself lucky. Urvashi Rautela pernah kantoi dating dengan Ahaan Pandey so PR team dia copy post Gigi Hadid. Bila dia kena troll, dia salahkan PR team then tukar yang baru.


Selain update content, PR team kena tengok la ruang gossip yang sembang pasal klien diorang, kalau banyak positive tu lega lah. Kalau banyak negative kena fikir la cara nak sucikan imej balik. Paling senang minta maaf through open letter, buat charity, engage dengan fans lebih sikit, keluarkan statement suci murni dekat socmed. Fans senang sejuk bila tengok stars buat baik.

Stars kebanyakannya out of touch with reality and insecure, bila ada negative comments ataupun rival actors dapat like/pujian lebih, ada kemungkinan diorang akan stress sampai pecat staff diorang.Makanya PR team kena rajin check comment, kalau ada negative comment or trolls, diorang kena delete or do whatever necessary. Tapi ada jugak yang sengaja buat cerita ataupun tonjolkan personality buruk depan media supaya dapat attention or publisiti murahan.


Bila nampak socmed certain stars ramai followers, jangan terpedaya sangat sebab PR team akan beli followers supaya nampak klien diorang top since ada carta most followed celebs. Same goes to FC, high chances fake FC je untuk hype stars tu.


5. Interview

Nampak cantik je jawapan stars dalam setiap interview tapi sebenarnya sebelum interview, PR team dah check semua soalan supaya klien diorang tak gelabah cari jawapan tambah pula kalau soalan yang melibatkan isu panas macam India-Pakistan war, nepotism, #MeToo dll

Tapi kalau soalan spontan dari journalist masa promo events ataupun soalan dari fans dekat events ataupun social media live video, itu stars kena pandai fikir sendiri lah cari alasan kalau tak tahu nak jawab.


Best answer is no comment tapi kalau stars salah jawab, esok PR team kena perah otak la cari cara nak backup. Tapi sekarang ni tak susah mana pun nak backup sebab ada FC yang penuh dengan peminat fanatik.

Macam kes Ranveer Singh keluarkan statement dekat hospital masa promote Gully Boy dengan kes dia dive jump ke audience sampai ramai yang injured, dia just DM fans dia minta maaf then his fans dah happy dah and promote Gully Boy macam biasa.



Ada jugak PR team yang sengaja create fake account untuk troll klien diorang supaya journalist ada point nak tanya dalam interview and stars pun ada point nak stay in news dan jawab soalan.


6. Personal Consultant

Apa nak buat bila sesuatu isu keluar, apa nak cakap dekat press bila kantoi ada affair, semua ni PR team yang akan perah otak. Tapi tak semua advice ataupun cadangan dari PR team diterima bulat-bulat.

Ada yang delusional habis fikir benda boleh settle macam Kangana suka hati cari pasal dengan stars lain. PR team sebolehnya nak kurangkan rivalry sebab networking tu penting. Most of the time PR akan ikut je apa pilihan klien diorang sebab tak nak cari gaduh lagipun stars dah terbiasa dengan pak turut dalam life diorang. Pernah je PR team pujuk klien diorang sampai berjam supaya jangan hantar nudes as women empowerment and bash male gender.

Satu company PR handle ramai stars so PR team kena analyze apa strength and weakness klien diorang supaya tahu the best approach for every stars. Macam Spice advice Sara untuk interact dgn fans dia lebih kerap sebab dia jenis peramah so dia pandai bergaul and ambil hati fans dia


Strength and weakness ni pun penting bila nak buat artikel macam PR team Katrina akan portray Katrina sebagai hardworking actress instead of talentless. Ataupun PR team Pari akan advice dia untuk nyanyi bila dia tak mampu nak menyerlah dalam movies.

7. Personal Assistant 

Sebagai PR, diorang kena manage schedule klien diorang even diorang ada personal manager, manage emails even temankan klien pergi events, movie screening, pilih movie scripts etc so 24 jam handphone memang on sentiasa.

Paling penat kalau klien tu actress lah sebab nak pergi shopping pun diorang kena ikut sekali. Hairstyle mana yang okay, dress mana nak okay, body shape cantik tak, botox nak cucuk dekat mana.

Some stars macam Sid Malhotra ataupun Imran Khan tak kisah pun dengan VIP parties sebab diorang ada real friends dekat luar industry tapi ada stars yang memang life dia dengan connection dalam industry so they need to have a selfie with other stars at any various events.

John Abraham pernah suruh PR team dia naikkan imej masa wedding dia and cari VIP guest supaya dia boleh buat duit dari jemputan dia tapi gagal so PR team dia kata John tak berminat dengan majlis kahwin.

8. Stylist

Of course this one pun PR team yang usahakan kalau stars tu tak hire personal stylist. Outfit untuk movie shoot and promo events semua PR team akan uruskan.


9. Adhoc task

Yang ni lebih kepada bayar bil rumah, manage gaji driver ataupun maid, cari mana tempat nak makan, nak lunch atau dinner apa, tempat best nak dating vagera vagera

Tahun 2000 ke bawah memang tak ramai yang guna khidmat PR team ni tapi bila social media makin berkembang dan rancak, makin ramai yang appoint PR team supaya mudahkan diorang dapat job dan event lain. 

21 comments:

  1. they did leave quite an impression to us. no wonder ^^

    ReplyDelete
  2. fuh... tiptop betul depa punya team pr tuh ye...

    ReplyDelete
  3. Hebat betul pr saja boleh naikkan actor dieorang. Hebat dan pilihan artis yang pr pilih tu pun bukan calang2 ye. Pandai betul. rasa mcm nk tahu more tentang bollywood industry

    ReplyDelete
  4. seriously cam tuh sekali ek? itu yg sekali artis keluar sampai dekat 10 orang itu sekali dalam team kan. macam-macam rupanya task diorang ni yang kita sendiri pun tak tau kan.

    ReplyDelete
  5. Jadi PR in Malaysia.. macam2 bolehjadi... hik hik hik... this Bollywood team PR are well-known with their professionalism.. even my friend who is actress also got a special and respectful service by them!!

    ReplyDelete
  6. jadi PR nie memang banyak cabaran dan dugaan dia. tambah2 nak jaga artis besar2. fuhh cabaran dia sangat hebat. semua benda kne precise, tepat. kalau tak, habislah artis tu dan end up yg kena pr yg in charge

    ReplyDelete
  7. Indeed bukan senang nk jadi PR ni, gigih kena buat macam2 dan perah otak untuk cover or dapat result itu ini yg diperlukan tu kan. Kalau tak minat, maybe boleh jadi stress nak mengadap kerja huhu. PR mmg main peranan penting.

    ReplyDelete
  8. PR Team ni bagus juga yer dah sangat berkembang bagus kalau mereka jalankan tugas dan juga kerja untuk mempopular kan artis tapi sesetengah PR suka ambil kesempatan dan bayar pelakon hurmmm hehehehehe...

    ReplyDelete
  9. banyak hal yang perlu PR kene jaga kan. memang bukan calang-calang orang yang boleh galas tugas ni, multi tasking is a bonus

    ReplyDelete
  10. Kalau dapat PR yang bagus, memang boleh maju. Kalau dapat PR yang lebih kurang melepaskan batuk di tangga tu ermmm, pepaham je la kan

    ReplyDelete
  11. PR mmg kena jaga nama baik artis, whatever it takes. Tak kisah la kat Bollywood Hollywood ataupun Malaysia sendiri. Kalau tak, habis la artis tu..

    ReplyDelete
  12. Good job PR! nak-nak jaga artis popular memang kena ada kesabaran yang tinggi.. nak dapat bayang kalau saya jadi PR artis. ha ha ha

    ReplyDelete
  13. bukan senang nak jadi artis ni tambah lagi artis bollywood silap hari bulan boleh tak cukup tidur. salute betul BBL dengan team pr ni.

    ReplyDelete
  14. uishh dasytnya..nak cipta nama terpaksa buat yang pelik2..kalau dapt pr yang bagus takpela..kalau dapt pr yang ermm..jadi lain..haishh

    ReplyDelete
  15. Wah serious seronok baca pasal job PR ni. Boleh tahan jugs scope of works dorang ni lat Bollywood. Memang patut gaji tinggi. Sekarang baru tahu pr team yang manage life dorang.

    ReplyDelete
  16. wah menarik. dapat ilmu baru saya hari ni. banyak benda lagi saya x tahu berkenaan dunia PR ni ya. btw tq atas perkongsian.

    ReplyDelete
  17. Pr ni banyak membantu untuk dapatkan artis2 tak kira negara mana pun. Dapat pr yang bagus memang melonjak le nama artis tersebut. Bukan senang rasanya nak jadi pr ni..mcm2 ragam artis kena jaga

    ReplyDelete
  18. Wow! Memang bekerja keras PR kat sana kan. No wonder la bayaran depa mahal2 - isu pun kena sentiasa top dan yes, the market is very competitive too.

    ReplyDelete
  19. Wah.... Hebat! Tugaaan yang mencabar dan saingan sengit gak sana. Memasing pertaruhkan hasil keje yang wow. Betapa pentingnya PR untuk seseorang artis untuk berjaya

    ReplyDelete
  20. Wow thanks for sharing this, memang complicated dunia hiburan bollywood kan. Banyak yang di kawal and di tapis oleh pr sebelum boleh disebarkan.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.