Friday, 26 April 2019

Movie Review : Beyond The Clouds


Director : Majid Majidi
Writer : Mehran Kashani, Majid Majidi
Cast : Ishaan Khatter, Malavika Mohanan, Goutam Ghose, Amruta Santosh Thakur 
Production Company : Zee Studios, Namah Pictures
Distributor : Zee Studios
Genre : Drama
Running Time : 120 minutes
Release Date : November 20, 2017 (IFFI), April 20, 2018 (India)
Trailer :


Sebelum ni dah pernah review movie Dhadak, kali ni review pasal movie debut Ishaan Khatter, adik kepada Shahid Kapoor. Ni beria tengok sebab kawan Twitter banyak kali remind tengok movie BTC ni sebab dia kata best sangat Ishaan berlakon. Congrats to Ishaan for his Filmfare Debut Best Actor award last year. He totally deserves the award. 

Kalau dalam Dhadhak watak Ishaan sebagai si romeo yang jatuh cinta tapi dalam movie BTC watak Ishaan sebagai Aamir, penjual dadah di bandar Mumbai. Hidup merempat dan pastikan bisnes selamat dari polis. Silap langkah bila dia ugut bos besar untuk bayar payment dia on time. Sudahnya tempat diorang proses dadah kena terjah dengan polis.


Aamir sempat lari dan berjaya sembunyikan diri dalam longgokan kain di tempat kakak dia, Taara (Malavika Mohanan) bekerja. Taara minta bantuan Akshi (Goutam Ghose)sembunyikan dadah yang Aamir bawa. Esoknya bila Taara minta balik dadah tu dengan Akshi, lain pula yang jadi bila Akshi cuba nak rogol dia. Nak selamatkan diri, Taara pukul kepala Akshi dengan batu sampai Akshi cedera teruk dan ditahan di ICU.

Bangun dari tidur, Aamir terus pergi ke tempat kerja Taara tapi Taara dah dibawa ke balai. Aamir yang masih belum dapat hadam apa yang jadi berlari kejar trak polis sampai ke penjara. Bila dia dapat tahu Akshi cuba rogol Taara, dia cuba selamatkan Akshi sebab nak Akshi mengaku jenayah yang dia buat dekat polis.


Taara cuba sesuaikan diri di penjara sementara tunggu Aamir cari duit untuk ikat jamin tapi dia taknak Aamir guna duit hasil jual dadah sebab dia taknak Aamir kena tangkap dengan polis. Aamir dah buntu sebab stok dah habis, tak tahu mana nak cari duit ikat jamin so dia terpaksa jaga Akshi di hospital. Bila Akshi dah sedar dan dipindahkan ke wad biasa, Akshi tak dapat bercakap dan lumpuh satu badan. Makin stress Aamir dan Taara menunggu hari.

Beberapa hari kemudian keluarga Akshi datang ke hospital. Aamir dapat idea untuk lacurkan anak perempuan Akshi sebab duit jual perempuan agak lumayan.


Jalan cerita BTC agak kompleks bila manusia terikat dengan pelbagai macam ujian kehidupan. You simply cannot blame Aamir for what he did sebab surrounding dia pun memang ajar untuk buat apa sahaja asalkan dapat survive untuk hidup. Tak ada pilihan untuk fikir moral kehidupan yang mana salah atau betul. Scene Aamir stress bila dia tak mampu nak ikat jamin Taara sampai mengamuk dekat keluarga Akshi tu paling kesian.

The way Ishaan expressed that anger was an impactful performance. There’s no way manusia tu boleh bertenang bila tersepit dalam situasi Aamir-Taara. Agak terkesan dengan scene tu bila director cuba sampaikan yang kita dah cuba yang terbaik untuk selamatkan orang yang tersayang tapi tak mampu sebab halangan tu lagi besar. The least we can do is just accept the fate and destiny. Sebagai manusia kita tak mampu nak ubah dah takdir tu.


Cuma yang menjadi pertanyaan lepas tengok movie ni, masih lagi tak dapat nak pastikan Aamir stress sebab nak Taara keluar dari penjara atas dasar sayang ataupun sebab Taara je tahu dekat mana dadah tu dia sorok. Walaupun performance semua pelakon bagus tapi jalan cerita dia agak lemah nak pula bila kita dah boleh agak apa akan jadi selepas tu.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.1/10

17 comments:

  1. aduiii..kalo kita tengok cite ni, agaknya stress sampai ke sudah...

    ReplyDelete
  2. Waaa suka cerita yang genre macam ni, ada part pasal nak survive kehidupan

    ReplyDelete
  3. ermm bagus review ni, dengan baca je dah paham jalan cerita, nak kene cari kat internet ni citer ni.. kak lily suka tengok citer realiti hidup cam ni

    ReplyDelete
  4. Macam menarik lah crita ni, tak pernah dengar pun pasal movie ni sebelum ni. Boleh laa nak cari nanti, tengok masa hujung minggu lepak kat rumah.

    ReplyDelete
  5. wahhh bestnya...nak tengoklah ...nanti review lagi tau citer2 luar terutamanya cerita tamil sebab cerita2 tu jarang dapat pendedahan...harapkan tv2 jer tayangkan

    ReplyDelete
  6. Pelakon baru ni kita kurang kenal sikit hehehehe tapi kita memang minat lakonan artis hindustan hehehehe kita suka filem mereka kerana banyak aksi dan juga kisah kekeluargaan heheh tambah dengan lagu yang sedap...

    ReplyDelete
  7. bagus dan agak kompleks jalan ceritanya, tak cliche seperti filem filem yang lain yang ada di pasaran

    ReplyDelete
  8. Jalan cerita yg tak cliche dgn kebanyakan cerita lain. Suka juga cerita-cerita ttg kehidupan ni. Boleh la nak try tgk nanti.

    ReplyDelete
  9. Terma kasih atas perkongsian cerita2 yg menarik lat sini. Insaallah sis aka cuna tgol satu persatu cerita2 yg direview kat sini

    ReplyDelete
  10. terima kasih sebab selalu berkongsi movie2 hindustan/tamil yang best2 dekat sini. now dah banyak movie dalah wishlist utk tengok. lepas nie x keliru lagi nak tonton yg mana satu, hihi

    ReplyDelete
  11. banyak kali singgaj blog awak dan baca movie review cerita hindustan. Awak memang peminat cerita hindustan ke? Sis tak boleh la cerita2 hindustan ni.. confirm nangis nanti 😅😅

    ReplyDelete
  12. Awakniminat hindustan sungguh ye? hihihi Kak liez dah tak layan sgt hindustan ni. tp tgk juga klau heronya hensem hihihi boleh je layan sikit-sikit cerita-cerita hindustan yg baru ni tapi macam slow sikit la nak hadam

    ReplyDelete
  13. Wah! Macam best ja. Nanti cx try search dan tengok cerita ni. Sekarng tk sempat nak kayan hindustan sbb panjang sangat . Lpstu anak² saja dengki dekat mak dia tak bagi layan movie. Ahhaah

    ReplyDelete
  14. Weyh cerita hindustan. Lama sangat dah tak layan hindustan pun haha. Nanti2 la free sket baru tengok hindustan.

    ReplyDelete
  15. wah menarik juga review filem ni. boleh la masuk list movie layan hujung minggu dengan suami yang peminat hindustan

    ReplyDelete
  16. Wah... Suka laaa citer bollywood gini. Penceritaan awak pun dah buat kita rasa tak sabar nak tonton. Nak cari laaaa nanti
    Thanks tau sharing

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.