Buka Puasa Di Holiday Villa, Subang

Friday 13 September 2019

Image result for holiday villa subang

Dah lama nak update pasal event berbuka puasa dia Holiday Villa Subang ni tapi selalu dahulukan entri lain. Hari ni kita pulunnnnnn sampai siap. 

Dapat jemputan dari team Najib Assadok untuk berbuka puasa bersama dengan geng blogger dan media yang lain lepas siap cover press conference event. First time jejak kaki ke sini, tak sangka dekat Subang ada hotel cantik dengan senibina klasik macam ni. Staff service pun bagus dekat hotel ni, even rating dari kebanyakan customer agak tinggi lah. 


Majlis berbuka buat dekat bahagian bawah di dining hall dia. Dekat sini banyak statue cantik macam ni. Quite amazed with the statue and decoration lah tapi sebab dah lapar malas nak bergambar. Yang penting waktu tu haruslah makan. 



Area dining hall dia ni boleh makan belah dalam selesa dengan air cond dan layan band ataupun boleh lepak ambil angin dekat luar secara santai. Since our seats already reserved so kena duduk belah dalam lah walaupun dekat luar nampak lagi best. 

Not sure buffet berbuka puasa dekat sini harga berapa tapi berbaloi lah sebab makanan dia sedap sangat, dengan deserts pelbagai jenis. Boleh rambang tekak kalau nak pilih. Nak ambil semua pun sakit jugak kalau kapasiti tong perut terhad je. 






Aneka salad untuk vegetarian, ada juga asam jeruk disediakan. Makan nasi kalau tak ada sambal pencicah memang tak syok, so dekat sini ada pelbagai pilihan untuk pelanggan yang datang berbuka. 







Suka dengan kari ketam dia sebab kuah pekat terpikat, rasa ketam pun juicy je masuk dengan rasa kari tu. 


Tak cukup dengan makanan dekat belah dalam, Holiday Villa sediakan booth dekat bahagian luar dengan pelbagai jenis menu dari serata negeri. 








Tak banyak sangat desserts mampu ambil sebab perut dah penuh itupun share berdua dengan Kak Fiza dari akhbar Sinar Harian. First time jumpa dekat event tu tapi sembang macam dah biasa jumpa. 


 Actually banyak lagi makanan kami melantak tapi macam cakap awal tadi lah, bab bergambar malas sangat sebab makanan lagi penting masa tu. Hopefully lepas ni ada rezeki lagi nak berbuka dekat sini & ada rezeki lagi nak jumpa dengan Kak Fiza.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.