Sunday, 15 September 2019

Lirik Lagu Pura-Pura Bujang - Baby Shima

First time tengok MV Pura-Pura Bujang sampai habis especially scene drama dekat hujung MV, lebih kurang sama dengan kontroversi Aliff Aziz-Bella. Bila search memang tengah kecoh pun single baru karya Ezra Kong dengan Mimifly ni tuju dekat Aliff. 


Tak kisah lah tuju ataupun tak, single genre pop gubahan Ezra Kong ni memang catchy and tak puas dengar sekali je. Congrats to Baby Shima sebab nama dia makin naik dekat negara sendiri dengan genre & identiti tersendiri. 

Macam ngam kalau Baby Shima collaborate dengan Ayda Jebat buat single sebab suara macam ada chemistry. Anyway siapa yang belum tengok Official MV Pura-Pura Bujang boleh klik video dekat bawah : 



LIRIK LAGU PURA-PURA BUJANG
Artis : Baby Shima
Lagu: Mimifly, Ezra Kong
Lirik: Mimifly, Ezra Kong
Studio : MVM Music

Kantoi sekali lagi
Ada cinta tiga segi
Adakah dah bertunang dah berbini
Hati berbicara makin lama makin rasa
Sesuatu yang tak kena dengan dia

Kau fikir 'ku tak tahu
Tak payah nak menipu
Kau pecah tembelang

Mengapa oh mengapa
Jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya
Selamba oh selamba
Kau menggoda
Jangan sayang pura-pura bujang

Dia atau aku
Yang mana pilihanmu
Katakan saja aku ingin tahu
Baru kau nak peninglah
Kerut-kerut kening
Guling-guling
Guling-guling
Macam tenggiling

Kau fikir 'ku tak tahu
Tak payah nak menipu
Kau pecah tembelang

Mengapa oh mengapa
Jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya
Selamba oh selamba
Kau menggoda
Jangan sayang pura-pura bujang

Berwas-was lah bila
Bercinta ha-a jangan
Dipatuk kasih pria berbisa
Jangan sekali dibelitnya

Mengapa oh mengapa
Jatuh cinta
Sedangkan kau sudah berpunya
Selamba oh selamba
Kau menggoda
Jangan sayang pura-pura bujang
Sedangkan kau sudah berpunya
Jangan sayang pura-pura bujang
Jangan sayang pura-pura bujang

3 comments:

  1. Hahah no comment pasal isu lagu ni. tapi nth laaa tp tak pernah layan lagu baby shima ni

    ReplyDelete
  2. hari tu baca petua kat twitter. Dapat pakwe baru je terus share gambar kat soc med.Kalau takde yang 'claim', ha mmg confirm lah tu single

    ReplyDelete
  3. owh.. memang betullah lagu ini tuju Alif ye.. tapi lagu dia memang catchy lah.. syok layan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.