Sunday, 22 September 2019

Movie Review : Arjun Patiala


Director : Rohit Jugraj
Writer : Ritesh Shah, Sandeep Leyzell
Cast : Diljit Dosanjh, Kriti Sanon,Varun Sharma, Pankaj Tripathi, Mohammed Zeeshan Ayyub, Seema Pahwa, Sunny Leone
Production Company : T-Series, Maddock Films
Distributor : AA Films
Genre : Comedy/Action
Running Time : 106 minutes
Release Date : 26 July 2019
Trailer :


Tengok dari trailer macam tak la best sangat comedy flick dari Maddock Films ni tapi disebabkan lagu Main Deewana Tera Hoon rasa macam nak layan pulak. Mana tau best pulak kan.

Movie start dengan penceritaan tentang skrip baru movie genre komedi kepada produser (Pankaj Tripathi). Ikutkan prinsip hidup produser tu, dia tak pernah ambik port pun dengan skrip. Ada Sunny Leone, male-centric film, ada komedi, ada action, dah boleh dapat green light dah untuk start shooting.


Tapi penulis skrip tu insist jugak sebab dia nak produser tu happy dengan kerja dia. Movie yang dia nak buat tu berkisarkan kehidupan seorang polis, Arjun Patiala (Diljit Dosanjh) yang mewakili pasukan polis dalam pertandingan judo sebagai syarat untuk join police force dan posting ke daerah baru.


Disebabkan dia juara, dia dipindahkan ke Ferozpur dimana dia berjumpa dengan Konstabel Onidda (Varun Sharma) yang suka ambil kesempatan dengan peniaga kedai runcit di kawasan tu. Bila Arjun sampai, Onidda cuba untuk behave sebab Arjun berani lawan penjenayah dekat daerah tu.


Hari pertama sampai pun dia dah tangkap dua orang lelaki yang cuba kacau anak dara di jalan. Dia ikat bata seberat 3kg di leher dan paksa diorang bersihkan balai polis supaya insaf dan faham betapa susahnya mak diorang mengandung dan buat kerja di rumah.


Since produser insist nak Sunny Leone buat special appearance dalam movie tu, ada la scene Sunny sebagai Baby Narula, owner beauty parlour yang datang buat aduan bila penyewa dia taknak keluar walaupun dalam tenancy agreement cuma menyewa selama 11 bulan je.


Lepas beberapa party dengan Baby Narula, Arjun terjumpa dengan si cantik Ritu Randhawa (Kriti Sanon) yang bekerja sebagai journalist dalam bahagian jenayah. Lepas kunjungan idola Arjun, Inspektor DSP Amarjeet Singh Gill (Ronit Roy) yang impikan Crime Free District, Arjun makin kerap terjumpa dengan Ritu dan akhirnya buat plan untuk criminals di daerah tu bergaduh sesame sendiri.


Honestly I tak faham kenapa Ritu nak emosi bila dia tahu Arjun dengan Onnida berpakat untuk buat plan macam tu sedangkan it’s a good thing dapat singkirkan penjenayah besar di daerah tu. Mungkin geram tak dapat credit lepas usaha dia buat research.


Quite messy lah jalan cerita dia bila director cuba kembangkan watak Ritu sedangkan dia tak perlu ada pun tak apa. Cukup ada Baby Narula sebagai cameo di awal movie lepastu kembangkan lagi dekat scene criminals bergaduh. Scene hujung bila politician (Seema Pahwa) dengan Sakool datang rumah Arjun tu lagi merepek.


Dia nak buat konsep menyindir production house yang produce movie dengan jalan cerita yang cliché dan guna konsep yang sama untuk lariskan movie tapi movie ni sendiri jatuh dalam perangkap yang sama. They got lucky Sunny Leone buat appearance sebagai penyeri movie dari kehambaran dan soundtrack yang average.


Kesian tengok Pankaj Tripathi dengan Ronit Roy dapat offer dalam movie macam ni. Sia-sia je 4 bulan shooting. Of course dua pelakon ni takkan tolak offer yang datang sebab nak cari makan. Tak sangka jugak Maddock Films akan produce movie macam ni lepas kejayaan Stree. Hopefully Made In China tak hambar macam ni. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.9/10

1 comment:

  1. ayo tes keberuntungan kamu di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.