Sunday, 15 September 2019

Shopee 9.9 Super Shopping Day Shopping Haul

Asalnya buka Shopee nak belek loose powder je sebab nampak entri pasal produk Focallure murah kemain lepastu meleret pulak ke tempat lain sampai terbeli segala jenis barang. 

1. Mask


Memandangkan stok mask dah habis, tambah pula mask ni murah je satu sheet cuma RM0.45 so kita borong lah 40pcs. Penuhkan stok banyak sikit sebab selalu kalau beli dekat Watson bukan banyak pun boleh dapat. 

2. Selfie Lighting 


Dah lama dah nak beli ni tapi hold dulu sebab masa tu tengah mahal lagi. Memandangkan tengah murah, RM27 je lagipun stok makeup banyak nak kena habiskan, so kita gatal tangan add to cart. Nampak macam tak penting kan? Tapi bakal berguna. Kalau tak penting pun lantaklahhhhhh

3. Makeup Brush


Apa makna main makeup tapi tak ada makeup brush? Makeup brush yang lama tak cukup. Bak kata MUA Erin, minimum makeup brush mesti ada 25 batang. RM10 dengan rating 5/5, of course add to cart. Hshshshshs

4. Blackhead Remover Mask

Dulu dah pernah beli blackhead strip dari Watson tapi rasa nak marah je bila guna sebab tak melekat elok pun dekat hidung lepastu tak banyak blackhead yang keluar. Baik picit dengan kuku, puas hati bila tengok. Nasib nose strip Watson tu tak mahal sangat but still geram jugak lah. So this time kita try pakai yang ni sebab harga RM5 je. 

*Bag tu adik yang menyelit okay walaupun dah bersepah bag dekat rumah ni.*

5. Vintage Tapestry


I'm not sure corak ni masih dipanggil tapestry ataupun just wall deco sebab dah jauh beza dah dengan corak Bohemian tu. At first nak beli corak Bohemian tu tapi macam pening pulak bila tengok lama-lama. Takkan setiap pagi mood nak lari sebab corak tu je. So kita beli this one. Ahhhh happy!

Senang je nak gantung sebab dia dah bagi hook dengan klip siap-siap tinggal nak ketuk hook tu pastu pasang dekat dinding. Sangat lah senang, 5 minit je dah siap gantung. This one RM27 je so lepasni nak beli lagi, nak letak dekat bilik lagi satu.

6. Face Mist


Dah lama cari face mist ni sebab nak buat jadi setting spray sebelum dan selepas makeup lagipun muka dah kering sebab dekat dengan air-cond bila masuk office. Bila muka kering mula la nak muncul jerawat batu. 

Sebab rating tinggi plus murah just RM15 so add to cart. Dah try pakai not bad la sebab bau dia wangi dan cepat meresap dalam kulit. Hopefully membantu lah muka jadi lembab. 

Ada banyak lagi sebenarnya add to cart haritu tapi cancel sebab shipping dia mahal walaupun harga produk murah je especially Focallure tu lah. Water mask Laneige pun terpaksa cancel. I think next time or tunggu bulan 12 nanti kita borong lagi. Can't wait!

9 comments:

  1. wahhhh seronoknyaaa shopping.

    by the way, if you dont mind boleh tak pergi blog saya, unfollow blog saya lepastu follow balik? sebab saya tukar link blog baru. takut tak masuk dalam reading list. thankyou in advance. if awak tak kisah lah

    ReplyDelete
  2. Mask 0.45 sen jeeeee??? gila lah. mmg patut borong pun, berbaloi2. tapesary tu cantikkk, selalu tgok pattern yg biasa tu je kan, ni flamingo! dah la ain suka flamingo ughh hahah perangai ain sgt beli benda yg tak penting pun, lpastu desapkan diri sndiri nnti guna tu last2 tak guna pun hahahaahaha. ohhh yg focallure ru mmg kena pandai cri shop dia and tips make sure semua brg ada dlm 1 shop jimat shipping hehe

    ReplyDelete
  3. haha. lama x shopping spree macam ni. Memang puas hati bila murah dan berbaloi. guna tak guna tu belakang cerita

    ReplyDelete
  4. Wahh!! Bestnya shopping di shopee. nak beli jugak berus makeup, selfie lighting and tapestry too. If you dont mind, boleh tak share kedai mana jual tu kat shopee..Tq.

    ReplyDelete
  5. bestnya shopping !! kita dah lama tak shopping, online ke offline ke memang takde dah.. kalau ada benda nak beli mesti kirim dekat orang je.. TT and mask tu murah sngat !!!

    ReplyDelete
  6. Geramnya tgk fana borong mask hehe rasa cm nak terjah pergi beli je sbb mmg kalau drugstore buat sale mask. Boleh beli satu je. Tak dpt beli byk pun so sad

    ReplyDelete
  7. tapestry tu cantik.. boleh tahu apa nama kedai kat shopee tu hehe thanks :)

    ReplyDelete
  8. murah sgt mask tu 45sen sekeping..
    waaaaa jeles..

    ReplyDelete
  9. Mask tu murahnya.. nape tak perasan ye.. adoi.. nak kena gi usha gak lah.. kot ada lagi.. berbaloi sangat tu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.