Movie Review : Chhichhore

Monday 9 September 2019


Director : Nitesh Tiwari
Writer : Nitesh Tiwari, Piyush Gupta, Nikhil Mehrotra
Cast : Sushant Singh Rajput, Shraddha Kapoor, Varun Sharma, Prateik Babbar, Tahir Raj Bhasin, Naveen Polishetty, Tushar Pandey, Mohammad Samad
Production Company : Fox Star Studios and Nadiadwala Grandson Entertainment
Distributor : Fox Star Studios
Genre : Comedy/Drama
Running Time : 146 minutes
Release Date : 06 September 2019
Trailer :


Di saat ramai yang kutuk movie Student Of The Year 2 tak melambangkan kehidupan pelajar sekolah langsung, well Nitesh Tiwari come up dengan movie Chhichhore di bawah production house Sajid Nadiadwala dan Fox Star Studios. Tengok trailer nampak macam cun jalan cerita movie ni tambah dengan positive review dari movie critics so I decided to book a ticket.

Sambutan dekat India tak tinggi mana pun, even hall I pergi hari ni pun kosong so I boleh tengok dengan tenang chill macam layan dekat rumah. Bindaassss!

Movie start dengan kisah keluarga Anirudh (Sushant Singh Rajput) dan Maya (Shraddha Kapoor) yang dah berkahwin dan dah pun bercerai walaupun bercinta dari zaman kolej. Both of them berkongsi hak penjagaan untuk Raghav (Mohammad Samad), satu-satunya anak lelaki tunggal.


Sama macam parents dia, Raghav ambil entrance exam kos kejuruteraan since both of his parents belajar dalam bidang yang sama dan excel in their studies. Malangnya Raghav tak terpilih pun untuk masuk ke kolej kejuruteraan. Disebabkan kecewa yang teramat sangat walaupun parents dia tak pressure dia lansung pasal kolej, Raghav tak mampu nak hidup dengan tag loser padahal parents hebat. So dia decide untuk terjun dari tingkat atas.


The injury was real bad sampai doctor minta Anirudh dan Maya untuk berdoa supaya Raghav selamat sebab bengkak di kepala akan membesar dan perlukan surgery untuk selamat itupun peluang untuk sembuh agak tipis tambah pula bila Raghav dah tak ada semangat langsung untuk hidup.


Anirudh cuba contact balik semua member zaman kolej dia untuk buktikan kepada Raghav yang diorang satu masa dulu loser jugak, even menetap di hostel H4 – hostel untuk semua loser di kolej tu. Bukan setakat loser in personal life tapi tak ada achievement yang boleh naikkan nama hostel pun. 


Setiap tahun ada General Championship untuk semua hostel bertanding dalam 30 acara sukan dan dalam tempoh 15 tahun, hostel H4 tak pernah menang apa-apa pingat pun. That’s why hostel diorang paling buruk, makanan paling lemau, even fasiliti pun tak pernah upgrade tak macam hostel H3, hostel kebanggan kolej.


Dari awal movie, Nitesh main dua plot masa antara flashback zaman kolej LOSERS dengan present sebab setiap cerita akan bagi tindak balas kepada Raghav dan memori kepada geng LOSERS juga lepas 27 tahun tak jumpa. Walaupun dua plot masa bergilir dengan kerap tapi hasilnya tetap cantik, jalan penceritaan tetap cantik teratur even momentum cerita tetap buat kita rasa hooked dan curious on next scene.


Walaupun ramai pelakon dalam movie ni, Raghav dengan kawan-kawan dia, geng LOSERS dan watak utama hostel H3, masing-masing tetap menyerlah dengan dialog cantik dan padu and amazingly I can remember them all with each character dalam masa yang singkat. Some quotes might be stretch from the real dialogues but better than nothing hshshs


"True friends are those..who tease you a lot when your time is great..and when the tough time comes, then the same vagrant friends are standing at your door"

"We always talk about success and what happened if our kid manage to score in exams but we never tell them what happened if they fail. They didn't prepare themselves to face failure in life" 


Kalau bab watak yang dekat dengan audience memang tak ada masalah langsung bagi Sushant. Proved it again and again just like Kedarnath, M.S Dhoni, P.K., Kai Po Che. Tahir Raj Bhasin pun mehyerlah sebagai Derek – the unofficial daddy of H4. Kalau dalam Mardaani dia menyerlah sebagai villain, dalam Manto sebagai pelakon berkarisma, dalam movie ni fuhhh macho habis. Varun macam biasa dengan watak kelakar dia dan Shraddha dengan jadi cantik setiap screentime yang dia muncul.


Great job untuk wardrobe team for recreating 90s vibe tapi annoying pulak tengok geng LOSERS tahun 2019. Masing-masing kena makeup supaya sesuai dengan style tua padahal masing-masing kaya. 2019 even yang dah berusia pun nampak hot and stylish okay. Come onnnn! Ajay Devgn berlakon watak 50-an kot dalam De De Pyaar De, Salman Khan 70 dalam Bharat but still cool and stylish.


Music album quite nice for low budget movie like Chhichhore walaupun lagu bergerak seiring dengan jalan cerita dan satu lagu dekat credit scene. Kalau masukkan lagi lagu pun tak kisah sebab tak puas tengok 2 jam lebih! Kudos to Pritam!


Movie ni dari director yang sama dengan Dangal so social message untuk parents dalam hal parenting quite strong even I cried for some scenes bila Anirudh sedih tengok Raghav lose hope. Mesej bab parenting dalam movie ni quite special & datang dari hati sebab producer Sajid Nadiadwala luahkan isi hati dia untuk anak-anak supaya tak putus asa dalam hidup.


Dalam sedih tu sakit usus juga gelak dengan student life macam dalam movie 3 Idiots sebab perangai masing-masing sengal ubi masuk air. Ada yang kata Chhichhore lagi best dari 3 Idiots, ada yang kata tak sampai tahap tu tapi still nostalgic and best nak layan.


All in all for me hasil karya Nitesh Tiwari dengan semua pelakon dan team Chhichhore did their best in creating some life lessons, some nostalgic memories, some romantic vibes, strong friendship bond with a bit of twist which great enough to watch and entertaining. A must watch movie!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10

10 comments

  1. Tak terfikir langsung nak tengok movie ni sebelum ni tau. Sebab ingat tak best. Atau maybe sebab ada Shraddha tu kot (tak minat dia sangat)..oppss..

    Tapi lepas baca review ni rasa teringin pulaaaaaaa nak tengok.. huhuhuu.. thanks sebab review filem ni dan ingatkan kak ain tentang 3 idiots.. love.. :)

    ...

    ReplyDelete
  2. Mesej movie ini sangat baik untuk rakan2 menghargai siri masing2. Jangan jadi rakan ketawa ramI tetapi rakan menangis tiada. Walau pun memaparkan adegan putus asa hingga nak bunuh diri tetapi mesejnya perlu dihayati. Ambi apa yang tersirat daripad apa yang tersurat.

    ReplyDelete
  3. Good review. Tapi saya x tengok sangat movie2 Bollywood. So x leh nak comment byk ya. Thank you for sharing. Have a good day.

    ReplyDelete
  4. Story line nampak macam menarik ja. Selepas ini Naim akan mencari movie ini, Terima kasih share review. Terbaik~

    ReplyDelete
  5. Wow filem hindustan kita semua barisan pelakon baru ini kita tidak kenal langsung seorang pun hehehe tapi baca sinopsis cerita ni pun bagus untuk kuatkan hubungan antara student zaman kolej teringat kita masa study dulu2 hehehe..

    ReplyDelete
  6. terima kasih diatas perkongsian, nanti bolehlah menonton time free-free barulah feeling tu sampai he he he

    ReplyDelete
  7. Love the movie that bring out positive message to community. Friendship, life challenges and how to overcome it. That is real life story!

    ReplyDelete
  8. Tunggu netflix keluar movie ni!! Thanks for sharing

    ReplyDelete
  9. Wow!!!! Menariknya review ni... Nanti nak tengoklah... Memang betul coretan awak... Yelah, kita as parents will always Ada good feedback for a success tapi bila ada kegagalan akan jadi jammed sekejap... Basically, kita kena persiapkan diri untuk berhadapan dengan both situations positively...

    ReplyDelete
  10. alamak. dipertandingkan dengan 3 idiots ni. memang best rasanya cerita ni. tapi entah bila ada kat sini nak tengok sama.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.