Tuesday, 3 September 2019

First Time Experience - Derma Darah

Ever since kid, takut sangat dengan jarum. Everytime doktor datang nak buat injection mesti gigil lutut bila sampai turn nak kena inject. Berdoa kuat dalam hati mak akan tanda bahagian allergic tapi mana ada alahan apa-apa. 

Pernah jugak doctor inject sampai berdarah. Fuhhhh menyengat betul rasa dia. Kawan tolong pinjam bahu sebab jari kena cucuk untuk ambil darah tengok tahap kadar gula pun ada jugak. 

Tapi masuk umur 21 dah malas nak hidup sebagai seorang yang takut dengan jarum. Start beranikan diri kena inject turns out tak sakit dah pun lepas tu. Ever since dah set satu goal nak derma darah tapi tak pernah ada rezeki. Asyik terlepas je tarikh program ataupun program tu jauh sangat.

Image

Bulan lepas MBO buat program derma darah besar-besaran di semua cawangan seluruh negara so I dapat join dekat MBO Citta Mall. Dah clearkan schedule nak pergi derma darah hari Ahad dekat sana. Being such a lucky person on my first experience I dapat jadi peserta Lucky 100!


Tak ada apa yang special pun cuma orang sana excited cecah target, I excited sebab berjaya tunaikan impian hidup gittewwww

Start dengan isi borang untuk menderma lepastu check jenis kumpulan darah, mine is O & few months back ada announcement dekat radio yang darah jenis O dah kurang dekat blood bank sebab tu lagi semangat nak join. 

Lepas dah dapat tahu jenis darah, kena check blood pressure semua then dapat sebotol air untuk diminum sebelum derma. Sementara tunggu kita ambik gambar dulu hshshshs


Bila dah sampai turn, nurse akan inject jarum dekat tangan. Jarum dia agak besar tapi buat tak nampak lagipun tak rasa sakit masa dia cucuk. Terasa sebenarnya tapi kita steady okay. 
 

Supposedly 5 minit je tapi darah slow pulak dah, mungkin dah lama sangat dalam badan so dia syahdu nak pergi. It's okay, you will be okay :')

Dah penuh 1 pin, nurse datang untuk keluarkan jarum lepastu bagi kapas untuk lap darah then letak plaster. Sebelum balik kena rest lama dekat katil around 10 minutes kot. Kerusi sebelah sangat lama sebab dia pening sampai tak boleh bangun. 


Lepas nurse check tak ada rasa pening atau loya apa semua, dah boleh bangun pergi bahagian goodies bag. Sebelum derma tu tak tahu pun ada apa dekat dalam. Masa dapat tu dia bagitahu ada 2 tiket percuma valid sampai November nanti. 


Dapat 2 papan Folic Acid dengan Iron vitamin, vouchers, tisu and jajan semua ni dari penganjur yang terlibat. 


So this is my blood donation book, my aim nak penuhkan satu buku starting from now. Though lepas derma darah tangan rasa lenguh sangat lepastu lebam besar but it is soooooooo worth it. 

Fun fact bila kita derma darah kita selamatkan 3 orang pesakit yang memerlukan and another fiction fact, vampires are waiting to recharge their energy. #TeamVampireDiaries hshshs

Okay ni serious, derma darah boleh kurangkan risiko sakit jantung dan kanser, lepas derma kita akan rasa aktif sebab badan kita produce darah baru tapi yang paling penting haruslah badan kita bakar kalori. Tapi tak jalan jugak lah kalau lepas derma pergi minum boba tea hshshsshs kbai.

3 comments:

  1. Teringin jgk nak derma darah tp tu la tiap kali nak pegi derma mesti ada hal. Kena pegi direct hospital kot .. tak penah derma sebenarnya :') takut jugak hehe

    ReplyDelete
  2. So far tak lepas lg nak derma darah pasal hb just ngam ngam ... Harap ada kesempatan juga in future nak menderma.

    ReplyDelete
  3. Dah lama teringin nak derma darah tapi tulah.. Keberanian tu tak ada.. Tengok Farhana ini, nampak macam semangat pula.. May aim before 2019 habis.. Harapnya berjayalah derma walau sekali..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.